Friday, May 29, 2009

Update: Tentang diet

Kalian nak tahu tak?
Mmg la sbb badanku yg besar ini..tidak nampak bezanya
Tp diriku rasa perbezaannya
That's hasil dr watch your calorie..hahahahaha

OK Update for today:
Bekpes:
Meehoon goreng+ telur goreng + milo = 550 kalori + 120 kalori + 110 kalori = 780 kalori


huh kalu pagi mmg aku makan x hingat sungguh..kan?

ni camno nih apa aku nak makan for the rest 220 kalori?

erm...xpe xpe kan bulan 9 nak raya..kata nk comey kan? tu dia..niat mulia sungguh.

p/s: kat sini den tepekkan gbrku sebelum diet bermula..n terkini hahaha (cam la comey kan)
sebelum mulakan diet..huh tembams bulat kan mukaku?

haa..ini gbr latest..masih tembam tp agak kecikkan? kan kan?

Monday, May 25, 2009

Entry..surat chenta?

Salam all,

remember tentang mereka yg memasang spy utk menelek sama ada aku guna pakai "YM" semasa waktu kerja itu?

Nak tahu satu cerita? mereka ambil tindakan seterusnya. Memotong line internet dari pc-pc yg tidak berkenaan. Huh..yeah right..i bet my pc included

semasa dikhabarkan berita itu. Mataku memandang pd mereka-mereka yg aktip ber Google 'internet' pada waktu kerja. Masing-masing membulatkan mata. Habis sahaja berita itu. Aku tidak bangun utk bersalam dgn si dia yg cuba memasang "SPY" itu. Aku tak mahu menjadi hipokrit. bermanis muka pdhal waktu yg sama menikam dari belakang. Jika aku tidak suka..aku tidak suka. Profesional.

Aku bergosip dgn rakan sealiran dgnku, Internet umpama nadi. Dipotong maka lifeless jadinya. Katanya jika pc dia jd mangsa. Tunggu sahaja surat chenta utk management. Sempat bergosip dgn sorang lagi se'aliran' dgnku, katanya surat chenta dah lama ready cuma belum di poskan sahaja. Seorang lagi yg mungkin menjadi mangsa. Katanya, kita ni cuma makan gaji, ikut sahaja rentak mereka.

Persoalanku, sejak bila kompeni ini bertukar rentak menjadi autokrat? Hmm. Sistem beraja mungkin lebih tepat. Apapon, aku makan gaji. Aku turutkan sahaja keputusan mereka. Jika atas alasan ini katanya masing-masing akan jd lebih produktip. Lihat sahajala berapa ramai yg hepi. Hepi utk dtg kerja..hepi utk bersenda gurau seperti dulu kala.

Maaf jika selepas ini aku menjadi terlalu formal buat kalian. Aku tidak mahu jd hipokrit. Hukuman atas aku laksanakan ke atas diriku. Jgn dilakukan ke atas org lain. Terpulang. kerna aku pn sedang merangka isi surat chenta ku untuk mereka.

Update: My diet

Salam,

mmg i komited nak turunkn berat badanku ini. Tp mengambil kata shemmi nan manis, jgn sampai mudarat. Ku teruskan juga perjlnan nk loose weight ini. I bukan loose my weight utk nmpk cantik, but utk kesihatan.

Ok update for today. Semlam my diet kaput coz somi minta masakkan paprik ayam, pehtu dia dok rayu temankan dia makan sama..so nasik la yang masuk perutku semalam. takpela demi abg tersayang.

Menu for today:
Bekpes: Thosai & milo ais
Kalori counter: 300 + 150 = 450 kalori ( i dunno calori for 1 thosai so i amik roti canai..muleh?)

pagi je sampai 450 kalori. kena watch out nih

Friday, May 22, 2009

Me?

Salam,

pagi ini dah ada someone yg bisa buat daku marah.
Actually aku mmg malas nak marah org ni. If memang salah daku yes, aku akui and i admit

2-3 hari ni sibuk ada seorang insan yg merupakan AJK a.k.a Committee sebuah property yg kompeni daku bertanggungjawab ini. So dats means i'm the one yg keluarkan data akaun and presented it to the auditor.

Alhamdulillah audited report dah selesai. W/pon sang auditor itu mmg agak slow buat keje but he did it. Kudos to you Mr Yap, maaflah asyik diganggu oleh daku yg asyik mengejar. You know i chase you sbb ada org dok pressure i kan.

Ok berbalik pd citer sang minah Comittee itu. Terdapat kesilapan pd tajuk audited report itu. Nope bukan sebab nombornya. Ia dsebabkan oleh namanya. Daripada Apartment harus ditukar kepada Retail. so, mmg aku akui, kami agak lambat bekerja. Aku la yg lambat itu. Leka mungkin. Tapi kami dah buat yg sepatutnya, daku dan auditor sama-sama berusaha membetulkan yg salah. Tapi biasa la syarikat audit ini perlukan Partner utk menandatangan, kemudian ke Pesuruhjaya Sumpah. Sang minah ini, i think la so old fashioned fikirannya asyik kepada perkara yg lepas. Daku yg baik hati ini menadah telinga mendengar bebelannya. Kemudian..aku mengamuk dek satu ayat yang minah ini sebutkan. Korang nak tahu apa dia kata?

"You hantar amendment nih you ada altered the numbers ke?"

Siyes nih. Ni statement yg berbahaya. Dia kuarkan soklan yg menuduh daku menipu akaun. Kuarkan andaian bahawa aku tukar nombor-nombor yg tercarit dalam audited report itu.
Ni mmg aku pantang. Tuduhan. Fitnah.

Maka, hilanglah adab sopan aku pada minah Comittee ini. Aku bersengkang mata, bergaduh dgn auditor, dimarah oleh pihak atasan kerna uruskan akaun property ini. Dituduh sedemikian rupa. Meninggi suara la jugak daku pagi td.

Tindakan ku, memberikan nombor auditor ku padanya, suruh sang Minah itu bertanya sendiri pd auditor ku. ADAKAH DAKU ADA MENUKAR DATA DALAM AUDITED REPORT ITU.

Sehabis berbuat demikian. Ku ucapkan terima kasih dan pantas meletakkan telefon. Minah itu terdiam mungkin. Tak sangka aku sangat marah dengan statementnya.

Di sini, aku nak bertanya pada kalian. Siapa yang tidak marah dengan kenyataan yg dia utarakan?

This is about my job. My gaji. My duit. Yang menjadi darah daging. Aku tak berani nak menukar data dalam akaun. Aku tak berani nak mengambil lebih dari yang sepatutnya. Jika rezeki RM1 aku takkan menipu utk dapatkan RM2.

p/s: esok daku ada meeting dengan penduduk di property terbabit. Jika ada berita tentang minah Committee dibaling kerusi oleh si tukang wat akaun itu, mungkin daku orangnya..hahahaha (isk tak mungkin punye..). Kalian doakan daku agar tabah berhadapan dengan peluru yg akan hinggap di hati aku esok. Doakan daku ye

Wednesday, May 20, 2009

Attention!!

Salam to all,

buat sumer nak beritahu
aku telah mendelete perisian YAHOO MESSENGER" dari kumputerku ini. so no more YM senin ke jumaat nak layan n feeling the blues. u need help korang email or calling me ok.

ye lah dah kena perli secara berdepan oleh tuan besar xkan wat derk je kan
pehtu siap psg-psg spy..
"Matun tu masih YM lagi ke?"

macam la aku YM straight 8 jam kan..lupa kerja..lupa dateline segala bagai

xpe la..sape la kita nih...apa pon depa kata betullah tu

ye aku mengular waktu kerja
betul la tu satu kerja langsung aku tak buat dek kerna YM itu
yes yes and yes aku hanya makan gaji buta
hanya mereka mereka sahajalah yg paling berdedikasi dlm kompeni ini

sekian. luahan dari daku pekerja cabuk ini.

Syukur, bersyukur..Alhamdulillah

Artikel ini kakakku Teratai76 taip satu persatu dr buku Dr HM Tuah Membina Personaliti terbilang. Ayatnya cukup bagus sekali pd pdgnku

SIAPA KITA UNTUK "MEMAKSA" TUHAN

Bila kita mengangkat tangan berdoa, kita mahu doa kita dikabulkan. Tidak boleh tidak, kita mahu ALLAH kabulkan permintaan kita itu. Kita bertindak seolah-olah kita tahu apa yang kita minta itu baik untuk kita.

Bila kita kerap berdoa dan tidak nampak tanda-tanda doa itu akan kabul, kita resah, kita gelisah. Apabila nyata doa kita tidak menjadi sebagaimana yang kita harap-harapkan kita rasa seolah-olah ALLAH sengaja hendak menghukum kita. Kita merasakan ALLAH sengaja tidak mahu mengabulkan doa kita dan lebih mahu melihat kita menderita digelut masalah.

Kita selalu berdoa dan selalu doa kita berbau paksaan agar ALLAH mengabulkannya. Semakin bersungguh kita berdoa semakin bulat kemahuan kita supaya ALLAH kabulkan permintaan kita itu. Bagi kita, tidak ada sebab ALLAH tidak mengabulkannya sedangkan kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan itulah penentu pada berjaya atau tidaknya kita dalam satu-satu usaha.



Apabila doa kita dikabulkan benar seperti apa yang kita minta, kita merasakan ALLAH amat sayang kepada kita tetapi andainya apa yang terjadi jauh menyimpang daripada doa yang selalu kita panjatkan, kita menjadi begitu kecewa dengan ALLAH.

Memang kita disuruh berdoa di samping usaha yang tuntas dan yakin doa itu akan dikabulkan, tetapi kia tidak pernah tahu apakah sesuatu itu lebih baik untuk kita. Semua yang kita lihat baik dan menguntungkan belum tentu baik di 'mata' ALLAH. Bukan semua yang kita sangkakan baik untuk kita, benar-benar baik untuk kita, adakalanya di situlah punca masalah kita.


Cuba renungkan kisah di bawah:

Kisah ini dikatakan berlaku di sebuah desa di Jawa Tengah. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadah. Dia rajin menunaikan sembahyang-sembahyang sunat dan bangun malam bertahajjud, berdoa seta bermunajat kepada Allah SWT. Kerjanya setiap hari ialah membuat tempe dan kemudian menjualnya di sebuah pasar.

Pada suatu hari selepas solat Subuh dia bersiap sedia dengan tempenya untuk dibawa ke pasar. Sebelum bertolak dia membuka salah satu daripada bungkusan tempenya untuk melihat samada tempenya itu sudah masak atau belum. Memang begitulah yang dilakukannya setiap hari. Kebiasaannya tempe telah masak sebelum bertolak.

Tetapi, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tempenya belum masak lagi. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Nyatalah memang kesemuanya belum masak. Dia pun bertawakal meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa kepada ALLAH dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Apabila sampai di pasar dia membentangkan barangan tempenya dan membuka salah satu bungkusan untuk melihat sama ia telah masak ataupun belum. Alangkah dukacitanya dia apabila mendapati tempe-tempenya masih seperti tadi.

Dia pun berdoa kepada ALLAH agar tempe-tempe itu masak sebelum ada pelanggan yang datang membeli. Sambil menunggu-nunggu dia berdoa dan terus berdoa.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pelanggan wanita memilih tempe yang dijualnya itu. Berdebar-debar dada wanita tua itu, khuatir kalau-kalau tempenya belum masak. Namun dia yakin ALLAH tidak akan menghampakannya pada kali ini. Tetapi sebaik sahaja dibuka, didapati tempe itu masih belum masak lagi. Alangkah sedihnya dia.

Pelanggan itu tiba-tiba berkata, "Alhamdulillah, sudah puas saya mencari merata-rata tempat, baru sekarang ini saya terjumpa."

Perempuan tua itu berasa hairan dan bertanya apa maksud kata-katanya.

"Saya sebenarnya sedang mencari kalau-kalau ada orang yang menjual tempe separuh masak untuk dikirimkan kepada anak saya yang sekarang sedang belajar di luar negara. Saya perlu tempe separuh masak supaya apabila sampai tempe-tempe ini kepada anak saya, ia cukup-cukup masaknya. Sedangkan kalau saya mengirim yang telah masak, mungkin tempe-tempe itu sudah berulat apabila sampai ke tangannya kelak."

Maka dibelilah kesemua tempe separuh masak wanita tua itu. Dalam melayani permintaan pelanggan berkenaan, wanita tua itu tidak sudah-sudah mengucap syukur terhadap ALLAH kerana memakbulkan doanya.


TIPS MENJADI INSAN BERSYUKUR

1. Hidup seadanya tetapi tidak berhenti berusaha untuk mengubah nasib.

2. Iringi usaha dengan doa dan usah peduli dengan kemakbulannya. Jika tidak terkabul itu baik jika
terkabul juga juga baik. Anggap semuanya dalam pengetahuan ALLAH dan ALLAH lebih tahu mana
yang lebih baik untuk hamba-NYA.

3. Bertawakal dan terima semua keputusan dengan redha, tenang dan sabar....




Tuesday, May 19, 2009

Cabaran diet

"Akak saya tak kira, akak kena ikut gak orang pi lunch nanti"

Haiyoh. Punah la dietku nanti

Ok update for the day

Breakfast - Roti bakar, air milo ais - kalori intake = 200kalori + 120 = 320 kalori (amik kalori roti canai xde kuah..sbb tatau baper kalori intake for Roti bakar 1 set)

Update 1: Makan tengah hari - mee hun sup + milo ais = 380 + 120 = 500 kalori

Total sampai jam 4.15 petang = 820 kalori huish byk nih

wish me all the best utk bertahan

Monday, May 18, 2009

aKU NAK DIET...KUIKUI

Ehem..

siyes ni den nak diet..
mmg badan mencanak naik melampau..kan tach kan..
so den start today

make sure ingatkan daku
catatkan apa yg ku makan pd hari ini

ok we start today

sarapan pagi:
bihun/maggi(?) sup - 380 kalori
teh o limau panas - baper ek kalori dia? tatau la tulun daku

How to Burn Calories Without Exercise

To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.


-Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed.

2
-Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories.

3
-Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still.

-Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.

5
-Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods.
6
-Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn.

update: Tej ckp jgn makan nasik
UPDATE 2: Petang makan 2 biji karipap - sebiji 130 kalori..so jadi 260 kan?
Update 3: malam kuehtiow sup and limau ais - 380 kalori..air letak 20 kalori la ek

Total kalori intake - 260 + 380 + 20 + 380 = 1,040 kalori..aiyoh bykkan?

Friday, May 15, 2009

Aduhai Cici..

Tup tup kejap je dah hari Jumaat pejam celik, pejam celik Rupanya dah sebulan lebih si Cici bersama. Cici? Anak tucen la

Ingat lagi sebulan lepas. Semasa daku berhiba dgn kehilangan Oren (pon anak tucen) Dapat panggilan dari adik iparku, "Akak, nak anak kucen? orang jumpa kat pasar, kesian kak lapar dia" Malam tu juga ku kerahkan suamiku utk menjemput si dia yang ku belum berikan nama ketika itu

Hari pertama cuba letakkan dia dalam kandang. Menjerit dia minta dilepaskan Simpati. Aku keluarkan dia dari pagar itu..biarkan dia lepas bebas
Suami risau "Nanti dia yak yak camne?"
Aku angkat bahu. Suami diam. Faham Alamat kena cucilah tu

Sekarang dah sebulan Cici bersama. Balik kerja meluru ke arahku

Faham mahukan makanan

Kalau balik lambat suaranya lebih tinggi dan panjang

Membebel mungkin sebab tinggalkan dia terlalu lama

Waktu malam pon dia kejutkan aku juga. Utk midnight snack nya. Manja

Ke mana aku pergi Cici nak ikut kalau daku mandi, dia tunggu depan pintu bilik air Ke tingkat atas, utk menseterika baju dia ikut Turun ke bawah pon dia mengikut. Kdg kadang saja menyuruk dari Cici, melihat dia akan cari atau tidak

Sah! Dia mencari satu rumah. Ke mana hilang tuannya


Satu malam Cici ajak bermain. Aku keletihan mahu tidur.
Ku biarkan sahaja Cici bermain seorang diri. Mengejar apa sahaja yang bergerak
Kertas, tisu, kain langsir yg bergerak, tidak ku pedulikan semua. Aku tidur.
Tiba-tiba
satu benda mencakar muka ku

Cici menerkam ke arah mukaku! Berdarah!
Bawah dagu, bibir dan pipi. Huhu Cici dah tak sayang padaku kah
Suami yang tenangkan daku..sambil menekap kawasan luka cakaran


Esoknya aku demam. Demam panas. Cici ajak bermain. Aku diam. Suami ajak berjalan aku mengikut. Buka pintu kereta Cici melompat masuk juga. Mahu ikut dia!
Cici diam perhatikan mukaku. Aku demam. Tak larat melayan karenah Cici. Kemudian tidur.Suhu badan semakin meningkat. Suami membawaku ke klinik. Pesanan doktor. Esok MC! Rehat.

Masuk kereta. Cici perlahan naik ke atas peha. Duduk diam di situ.

Sampai di rumah, aku terus berbaring, tak pedulikan sekeliling. Suami menuam dahi.
Ku buka mata. Bertanya pada suami, "Mana Cici?" Suami tersenyum, menunjuk ke arah sebelah ku. "Itu," ku menoleh. Cici di sebelahku. Berbaring juga dia. "Tak bergerak dia dari tadi temankan sayang," kata suami. "Dia tahu sayang tak sihat kot, sayang dia kt isteri ayang," Lembut suami berbicara.
Perlahan ku angkat tangan membelai Cici. Cici mengiau manja. Faham. Dia mahu aku sembuh cepat. Faham, mungkin dia ingin meminta maaf kerna kenakalannya. Aduhai Cici.

Wednesday, May 13, 2009

Mood saya today

lately suka sgt pegi ke website www.iluvsilam.com

so i suka ayat ini:


Tuesday, May 12, 2009

Tagged by Tachi dearest


Syarat-syaratnya..

1. Copy award di atas letakkan di blog anda
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award.. (tachi shemmi!!)

Ok citer tentang cik tachi shemmi yg kukenali adalah:
* Agak pemalu bila mula berkenalan but mula-mula je la after that she can be really peramah
* Lemah lembut and manja..
* Erm..suka aktiviti lasak-lasak panjat gunung, water rafting, (nampak je lembut minah ni)
*Suka komik, ini for sure
*She's a very gud fren, sanggup lending her ear utk dgr tangisan sahabat (akulah tuh)

3. 10 fakta tentang diri sendrik

* sensitip
* suka ramai kawan
* suka buli cik abang (hahaha sori ayang)
* suka tucen....my cat name is cici
* suka tido..suka makan..suka pi jalan2
* suka mandi sungai berendam lama-lama
* tak suka jika kerja byk sgt
* tak suka jika kawan skerja dibuli
* tak suka makan 'cheese'
* suka amik gbr cici berkali-kali..sampai cici bosan




Thursday, May 7, 2009

Allah kan Ada



EEiii..geramnyaaaa

Ya Allah tabahkan hatiku

Situasi 1
eei geram sangat-sangat
tatau baper kali nak sending benda yg sama kt depa nih
banyak sgt ke kertasnya sampai kertas yg 2-3 helai yg telah ku buat salinan kali ke 3 pon masih tak lengkap katanya.

Tahun lepas dah hantar..katanya hilang
2 bulan lepas bos pon dah hantar katanya mereka tak terima..so he give his copy to them
Bulan lepas ku hantar lagi..now katanya tak lengkap takde attachment pulak..

eeeiiiiiiii geram la..kalu wat kerja lambat depa tuduh kita cuai lak...eeei bengang sungguh ada je alasan tah apa-apa tuh.


Situasi 2
Haaa ini lagi satu
kalau minta payment bukan main cepat tunjuk invoice "payment, payment"..kalau siapkan kerja
mak aai..janji 3 hari boleh makan masa 10 hari!!
eeii..sakit jiwa sungguh..ingat kerja aku nak menghadap kamu sahajakah?
alasan sumer sama sahaja...pehtu yg kena marah diri ini jugak..eeeiiiii