Showing posts with label loceng hatiku. Show all posts
Showing posts with label loceng hatiku. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Terharu..

semalam ai amik cuti half day
menemankan ayah..
my giliran utk hantar ayah gi fisioterapi..
sambil2 tu belajar cmne nak wat fisioterapi nih
balik rumah leh praktis..lagi cepat ayah pulih..kan kan kan

smlm sambil2 arahkan angkat kaki pelan2
tarik kaki pelan2..kedengaran la ayah agak manja
aku rasa yg paling bising dalam bilik rehabilitation tuh kami berdua la
siap dgn gelak2 lagi..

and then tetiba ada sorang pakcik menegur ayah..
bertanya adakah daku nurse di situ...ayah kata "this is my daughter, datang buat fisioterapi with me, balik nanti dia boleh buat lagi"
aku tersenyum je..kemudian ayah bangkit utk wat aktiviti stretching..
tetiba pakcik tu berckp dgn daku
"I think your relationship with your father is really close,"
wah pakcik tu spekang you, i pon balas (ceh cam berpantun)
"Not only me pakcik, all in our family is like that,"
aku tgk pakcik tu..matanya cam bergenang..suaranya ada nada sebak..
"Anak saya doktor, sekalipon dia x pernah jenguk saya,"
"Isteri pakcik?" tanyaku pantas..
Pakcik tu senyum kat aku, "dia pegi bercuti," lemah je suaranya..
wah pelik sungguh..anak doktor..bapa sendrik x jenguk..kata merawat pesakit kan
lebih hebat isterinya..siap pegi melancong lagik
Aku terdiam..tatau nak jawab apa dah..takut salah kata..

Pakcik tu sambung lagi "When i look at you with your father, saya rasa marah..bukan saya marahkan awak, saya marah pada anak saya, kenapa dia tak jaga saya macam awak jaga ayah awak?"

oh terharu sungguh rasa hati..kemudian nurse datang bawa dia pi stretching session..ai pon pelan2 pi mengadap ayahanda..siyesly bergenang airmata den. Ai pikir baik2, biar kita tak kaya..asal kaya budi bahasa..biarpon kita x senang lenang..at least kita jaga ahli kelurga kita walau susah ataupon senang..

Tuesday, January 4, 2011

Fikir-fikir

ingat x kisah cik abg majuk nakkan mp3 itu?
ok at last dia dgr ckp akak
dia beli mp3 yg RM100 lebih tu je..tapikan
mslh melanda........

mp3 tu jenis nak charge kena pakai komputer..
kami mana ada pc kat rumah
adoi la
kesian lak tgk cik abg pagi td..beriya nak dgr
tp msih xleh pakai..mengong punye mp3 (salah mp3 kah?)

today besday cik abang sayang..
i tgh priki henpon utk dia...(syttt secret ok)

tapi jenama biasa je la
janji dia pakai elok2
yg ada mp3, yg ada bluetooth, yg ada 3g, yg bila amik gbr..gbr marbeles giler
sumer all in one..dia xyah bw byk2 gajet ke hulu ke hilir
cmne ek..nak pakai henpon apa wei?

p/s: akak masih fikir-fikir...adeh sakit kepala

Tuesday, December 28, 2010

Bila si Dia merajuk



cik kaduk majuk..ensem kan?

lately kan..si kaduk cepat sentap tau..
skit2 merajuk
salah ckp merajuk
x dpt apa yg dia nak majuk


cam smlm dia majuk gak..
sbbnya i x setuju dgn permintaannya

yeah yeah i know besday dia nak dekat
tp besday i x dpt apa pon..
jap..eh dpt..dia bw i gi MAHA2010..hehehe


so i tahu dia nak sgt Sony MP3 player tuh..yg 4GB tuh

smlm tgk kat Carrefour harga dia RM 250..mak aii mahalnya
kalau dalam 100 lebih tu ok lagik

kalu sampai RM 200 lebih tu larik bajet kang

maka majuk la dia smlm
still ai x rasa yg ai salah..

i lebih fikir pd masa depan..bajet lari kang
nak makan apa lak

now dia masih majuk..

senyum pg td pon x ikhlas..

xmo pdg org pon...

eei..cam budak kecik
geram geram


yang diidamkan oleh si Dia

update 30/12/2010 - luckily x turutkan kehendak cik abg..nak renew road tax kena clearkan saman blacklist dulu terbang RM300..pheww....

Friday, October 29, 2010

Kita semakin sakit...

salam sumer...
no..not me alhamdulillah akak sihat walafiat

tau tak sape yang sakit?
cuba kita tgk berita dalam paper sekarang..
muka depan akhbar metro and kosmo..
akak aci sebelah rumah potong jari..kita leh baca berita psl
mslh sosial makin menjadik di kalangan rakyat negara kita

waaa...akak berbicara edisi serius pulak akhir ak
hir ni kan
siyes berikut adalah berita yg buat akak geleng kepala sambil beristghfar pjg dalam hati:-
akak rephrasekan balik ye news berkenaan sbb x ingat dah tajuk dia..

1. kisah budak pompuan umur 12 tahun yg jatuh dari tingkat 5, after projek with 3 guys..damansara damai

ye di ulang umur arwah 12 tahun..seingat akak ms umur 12 tahun, akak seronok main batu seremban..main teng teng..galah panjang..rounders..baling tin..itu game masa akak umur 12 tahun...bebudak skrg gamenya lain sungguh. beritanya di sini

tempat kejadian

itu adalah satu..semalam baca metro kisah ini pula

2. cinta ditolak..maka mamat yg frust itu curah cuka getah ke muka sang gadis..

kesian dak pompuan itu, dah la nak bertunang raya haji nih..akak rasa sama ada majlis ditangguhkan atau dibatalkan ..muka comel-comel dh jd lain dah..kenapa sampai cmni mamat ni buat semata cintanya ditolak..minah tu pon bukan ckp marah2 ckp elok2..tp tu la org sekarang..motto nya..aku tak dapat, org lain pon xleh dpt..dihasuk dek setan la tuh

pagi ini..yg buat akak betul betul sedih, adalah kisah ini

3. Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian

KUALA LUMPUR:
Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang. "Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa. "Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau. Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana. "Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA

dah bunuh main lipat2 cam baju kendian masukkan dalam beg baju..pehtu buang..siyes akak terkejut sgt baca berita cmni (sori gbr xde...akak mmg terlalu sebak bila tgk kaki budak tu terjulur je..sedih)


akhir kata..bila pembangunan insan tak ditekankan..beginilah jadinya..akan muncul manusia yg tak takutkan Tuhan langsung...langsung tak takut pada balasan dikemudian hari..

me enter mode: insaf..risau ttg generasi akan datang...cmne keturunan akak di masa hadapan..Ya Allah lindungi kami..aku takut

Friday, September 3, 2010

Saya nak...

kan kan orang kan lately xde selera nak makan
buka pose pon org takat menum air je
siyesly org tak main-main nih
bukan diet sakan pon

semalam pon sama
walaupon ada meniaga kat bazar ramadhan
dekat2 nak buka pose tuh
org round satu pasar
satu pon org x berkenan (why why..konpius tau)
tgk abg makan mak aiii dh makan bihun dia nk makan nasi ayam lak
luckily org tahan..x bagi makan lebih2
oranga takat minum air soya je..itu pon x abis

adakah Allah dah amik nikmat selera makan yg ada pada aku nih?

tapi kan..orang sgt2 tingin nak makan

1. Nasi Bubur Berlauk kampung baru
2. Pasta yg letak byk cheese tuh

ngengada tak?
smlm dh jalan2 mencari...sumer abis..
ada jumpa tp x menepati citarasa..so xmo mkn
pehtu abg xmo g Kampong Baru
sedey sgt tau..majuk xmo ckp ngan abg..

sedih sgt..tapi org nak gak nasi bubur kat Kampung Baru tuh..
nak jugak...


UPDATE: Dah makan pon, yg malangnya kedai feveret ku membelasah nasi bubur ini tutup la pulak..oh sadis rasa!! mkn kt tempat lain..area kg baru gak..sgt x sedap!! pergh buruk bperangai kan? rezeki Allah bagi halimatun..silalah bersyukur

































Tuesday, June 22, 2010

Dia kembali...



teman tersayang kembali
dahulu cuba-cuba juga menjengah
tp tahap itu shjalah
dalam hati berbolak balik, tgn masih memegang henpon
apa yg mahu dikata ye
marah lagikah dia pd aku
benci kah mendengar suara aku
xmo dgr lagikah bebelan aku..
gi mana..terkadang rindu juga mendengar isi hati dia
curahan rasa
si dia yg pernah jadi tempat aku mencurah rasa
segala gelak tawa tangis aku sumer dia tahu

alhamdulillah

dia sudi menjengah
syukur ya Allah
sahabatku sudi menjengah

Tuesday, April 20, 2010

Takde tajuk

Menjauhlah jika itu yg kamu mahu
pergilah jika kamu bahagia dengan tindakan itu

namun

jika tergerak di hati kamu untuk menoleh
ketahuilah aku masih di situ
tidak bergerak dan menanti kamu

jangan pertikai ikhlas wujud atau tidak di hati
kerna dalam hati
Hanya aku dan Allah yang tahu sampai mana dalamnya
Allah lebih tahu


p/s: i'll pray for your happiness my friend

Monday, March 15, 2010

Update..luahan rasa

rasanya aku ada satu perangai
membiarkan sawang penuh di laman blog terchenta

maaf la ye..
kerja dtg bertubi-tubi
siap satu
dtg lagi satu
pendek kata dalam 2-3 bulan akhir akhir ini
aku byk buat kerja di luar opis

kerja banyak..cerita ceriti luahan perasaan pon byk
mcm2 yg kudengar
simpati..meluat..lucu
macam-macam rasa terbit dari hati

kenkadang rasa diri ini sgt tak bertuah
tp tatkala melihat org lain yg masih boleh tersenyum
walau diri ditimpa masalah yg lagi berat dr kita
serasa mahu menampar diri berulang kali
sbb diri tak reti-reti nak bersyukur
bukankah Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk diri kita?
napa la liat sangat untuk diri ini bersyukur

ttg sahabat..ttg kerjaya..ttg keluarga..ttg diri dgn yg tercinta
syukur padamu ya Allah..aku bersyukur sgt-sgt

Wednesday, January 20, 2010

Aduhai


Aku dalam dilema nih
oh ye lupa
jumaat dan sabtu lepas ku menerima khabar gembira
gembira yg wat aku melompat di depan suamiku (yeah dia blur tgk aku cmtu) sambil berbual di telepon isterinya menjerit kesukaan
ok, apart from Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan di takhta carta aku terima berita yg cukup menggembirakan
2 berita

Berita 1

Sahabatku nan tercinta

teman sekolah dari usia menengah (13 tahun la tuh)
mengkhabarkan ayahandanya meminta jejaka pilihan hatinya menemuinya bersama kedua ibu bapanya
waaaa..bukankah itu berita yg cukup menggembirakan hatiku
melompat kegirangan mendengarnya

5 tahun..5 tahun mempertahankan cinta
ya Allah, ku pohon kau permudahkan urusan mereka..ringankan jodoh antara mereka

Berita 2

teman tersayang nun di pantai timur sana
mengkhabarkan berita gembira
subhanallah
dua khabar gembira yg sgt ku sukai
jodohnya dtg cepat sekali.. mudah..datang merisik bulan ini
bulan depan mereka akan diijab kabulkan

subhanallah..syukur ya Allah

jadi dilema yg ku hadapi sekarang
untuk memujuk sang dicinta
hadir bagi kedua majlis untuk
memujuk dia yang ku cinta
merelakan dirinya untuk bertarung dengan keletihan..
merelakan diriku untuk pergi ke majlis mereka
aduhai sayang..mereka kesayanganku
duhai sayang

tak rela ketinggalan

aku mahu melihat mereka di hari bahagia mereka..
boleh kan sayang...

mereka bahagia..kita bahagia..
life is beautiful kan?

Syukur padamu ya Allah

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita 'kan bertemu

(
bila lak dia tak balik..everyday dia balik)

Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

(
bawa motor elok-elok jgn merempit tak tentu hala)

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


To my dear,
happy besday to you, moga sentiasa dilindungi Allah dirahmati Allah selalu i lebiu..i lebiu..i lebiu.. (huh mood cheesy giler kan?)

p/s daku tak menceritakan tentang family day di PD, sambutan annivesary tak seberapa, and dating ke Genting semalam..huhu bz gilak woo

Tuesday, November 3, 2009

Tentang Cinta

Aku suka melawat forum dr tuah di sini
malah aku adalah antara org yg rajin membalas apa yg ada di sana (forumer)

antara tempat yg rajin ku jengah adalah bahagian Aduh, Sakitnya Cinta

ye tepat sekali tentang cinta, sumer kerana cinta


kerana Cinta, Saidatina Khadijah sanggup memanjat gunung semata mahu menghantar makanan pd baginda Rasulullah s.a.w (masa tu umurnya 50 tahun lebih)
kerana Cinta, Tembok Beijing berjaya ditakluk oleh Mongolian
kerana Cinta, Marc Anthony boleh mengkhianat pd pimpinan dek kerana cintanya pd Cleopatra
kerana Cinta, merajuk camne pon dengan sang suami, si isteri tetap uruskan makan pakainya (bukan ke cinta namanya)


sumer sebab C.I.N.T.A

melihat

melihat...wajah sahabat yang bercahaya bila bercerita ttg yg dicintainya

melihat... titis airmata teman yang kerana ditinggalkan oleh yang dicinta, kecewa

mendengar

bicara kawan yang tak putus putus bercerita ttg apa yg dia lalui bersama kekasih hatinya

aduan teman yang bergolak dengan yg dicinta..sayangnya masih ada..sangat manis sekali kerana salah faham adalah puncanya

cuba memahami luahan rasa teman yang ditinggalkan
setelah ditaburkan kata-kata yang mampu
membuat sahabatku terbang ke awan.
Patah hati


terkadang aku sendiri mencari rujukan,
terkadang daku juga menjadi tpt dirujuk


Manusia boleh jadi gila sebab Cinta
Terkadang melihat masalah orang,
rasanya terlalu mudah di mata kita

Akan tetapi, bahunya yang memikul kita juga yang menggalasnya kah?
Terkadang terasa bengang
melihat insan melakukan perkara gila
demi kerana membuktikan Cinta.
Ada yang sanggup diperbodohkan demi kerana Cinta

Ye semua demi kerana Cinta

Siapa yang menciptakan rasa Cinta itu?
Bukankah Allah Maha Pencipta

daku agak khuatir kiranya
Cintaku pd yg tercinta (somiku)
melebihi Cintaku pada Sang Pencipta rasa Cinta ini
Allah s.w.t


Kenapa ye? demi insan yang tercinta
ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbuat dosa
Tetapi
amatlah berat untuk melaksana
apa yang diperintahkan
oleh Maha Pencipta rasa CINTA itu sendrik?

Aku memikirkannya
Akui terkadang aku juga leka
Bagiku jika Cinta kita
pd Sang Pencipta melebihi
dari cinta kita pada yang diciptanya,
insya Allah rasa kecewa
dan patah hati itu akan hilang lama kelamaan.
Allah tak pernah tinggalkan kita. Allah sentiasa ada.



Patutnya kita lebih Cinta
dengan yang selalu ada dekat dengan kita bukan?

Fikir-fikirkan


p/s: pada yang cuba nak tahu Tentang Cinta try la baca buku ini, bagus sekali. Insya Allah rasa kecewa sebab patah hati akan terubat sendrik. Bagi yang mencari Cinta pon rujuklah buku ini
. Buat yang sedang bercinta, jadikan sebagai panduan & rujukan


Monday, October 19, 2009

Top 5 apabila...

Mamat tiada di rumah,

ok last 2 hari mamat ada kerja kt luar. X balik for 2 days. Sangat dilanda kebosanan. Berikut adalah my top 5 list yang ku buat apabila si kaduk takde kt rumah.

5. Menangis sebab kewenduan


siyesly mamat takde kat rumah for 2 days, wendu? adala, sakit hati memang pon (nape x call org?) huwaaaaaaaa

4. Bertukar menjadi 'Couch potato'


so kita kebosanan kan, maka tvlah jadi peneman setia. Tonton setiap channel sampai lembam. Sampai muak. Astro dok tayang anak halal 5 kali sehari, bosan gak tuh. Ok layan CSI: Miami, Layan Mystery Woman, Layan McBride, Layan citer Royal Pains. Oh lupa cuti Deepavali kan? So layanlah citer-citer tamil yang terpampang megah di kotak tv itu.

3.Shopping!!


bondaku menalipon, ajak shopping. Wau antara the best treatment ever. dari jam 11 sampai jam 3.30 petang hebat tak? Penuh troli. Paling best is. Tak keluarkan satu sen pon..hahahahahahaha. Ditaja sepenuhnya oleh Puan Ummi bonda terchenta. Ops tapi ada balasan tau. Mengikut bonda ke kenduri rumah orang..aiyyohhhhhhhhhhhhhhhhh


2. Melepak di 'mapley' (dengan keizinan of course)

adik ipar menalipon, mengerti kakal iparnya kebosanan. Dia ajak melepak di mapley paling fofular di kawasan Wangsa Maju itu. (Nope bukan NZ Wangsa Maju la) its ALi Maju!! Yeahaaa. Bergebang sikit punya lama dengan adik & kakak ipar. Alhamdulillah dapat ipar yang coolio and satu kepala (syukur ya Allah). Oh did i tell you my mother in law is the best?


1. Tidur!! (best activity ever!!)



so any words yang boleh describe keseronokan aktiviti ini? takde kan? memang best tido kan? hehehehehehehe


p/s: itu adalah antar aktiviti yg ku lakukan semasa mamat takde kt rumah, selain dari mengemas rumah pehtu sepahkan rumah kembali, memasak, minta resepi dari sahabat. erm..itu lah. pendek kata. Takde mamat memang bosan sangat-sangat

nota: awww...cheesy giler aaaaa

Monday, October 12, 2009

Jangan menjauh


Apa pon salah kita jangan pergi jauh
Nakal camne pon diri ni
Jangan tinggalkan kita jauh-jauh

Please jangan menjauh...Nanti kita sakit kerinduan


So amacam?
Romantik tak?
Ceh rasa cam tak romantis langsung

To cut the story short, i hurt him, he punished me. He said "Ayang tak marah, ayang cuma sedih". Sedih sampai tak balik rumah pening kepala woo. Kucen pon bosan tgk tuannya asyik menangis kewenduan.

Apa yang aku buat? Mmmg salah ku. Big mistake. Patut dihukum. But sedar khilafku. I'm not perfect. Suami kata "Sayang terlalu nakal. Nakalmu keterlaluan." Huhu maafkan daku sayang. Daku memang sangat nakal. Ayang kan tahu, saya ni "pengganas sekolah" dan ayang adalah "pengawas sekolah". So sape lagi yang layak mendisiplinkan 'pengganas' ini jika bukan ayang?

Tapi please, marah camne pon jangan menghilang, jangan menjauh. Nanti saya kewenduan. Tak caya? Tanyalah sahabat camnilah dahsyatnya tangisan bila diri ditinggalkan. Hilang malu. Tangis sebab wendu. Sayang janji lepas ni tak buat lagi. Takkan over nakal. Tapi tetap nakal. Vuleh ye ayang?


p/s: dapat call dari yang terchenta "Sayang, khamis ni please masakkan paprik untuk 30 orang ye, boleh kan?"

me enter mode: 30!! (purak-purak pingsan)

(menjadik tak?)

Friday, October 9, 2009

saya kembali!!

salam,

bukan xmo menghupdate..everyday buka ada saja nk ku update
bukan xde citer mmg byk citer
citer ttg kenangan semasa g umrah
citer ttg kehidupan seharian
citer ttg masalah kerja yg menimbun (boringgggg)
citer ttg sahabat
citer ttg keluarga
citer ttg raya

macam-macam citer ada
tp bila dah jengah blog..
nak taip..aku tatau mana satu nk story 1st.
mental block
mungkinkah sebab aku dah lama x membaca bahan ilmiah?
hmmm

oh ye berita gembira..aku dengan sang kancil hubungan dh kemabli pulih
takat smashing & perli & sindir tu dah lali
sampai bila nak masam muka kan..

berita lagi satu
aku menegur sahabat terchenta
kerna lemah semangat, bersedih dan masih x percaya sang Arjuna mungkir janji
puas aku menasihati
bermacam cara ku berikan agar dia cergas kembali
Lelaki itu sudah gembira di sisi yg lain, kenapa kamu masih berduka?
tapi dia masih menatap pintu yg telah tertutup itu
masih mahu mengetuk..enggan berganjak
yang lagi buat aku marah..dia mula mengetuk pintu lain
masalahnya di pintu itu sudah ada Suri lain di dalamnya
sebagai sahabat aku berhak memarahinya bukan?
sahabt perlu marah sahabat yg lain bila dia berbuat salah bukan?
ya..sahabatku itu merajuk hati kerna aku menegurnya
teguran bukan kerna ku benci sahabat
teguran kerana aku sayang

cerita lagi satu
seorang sahabat bertanyakan pdku
tidak cantikkah dia? kurang berserikah dia?
pada ku dia sungguh cantik..dia menawan dan comel
padaku dia ada identiti tersendiri
enggan mengikut arus, yakin pada diri
tapi terkadang yakinnya goyah, semangatnya goncang
kataku pada sahabat
Yakinlah bahawa dirimu itu cantik, yakinlah bahawa dirimu itu bersinar
Bagiku hanya jauhari mengenal manikam
Dia mahal orangnya, hanya orang tertentu dapat melihat betapa istimewanya dirinya
Yakin pada ku kawan, kamu sangat istimewa

sahabat yg tercinta lagi seorang
terputus hubungan utk sementara,tapi aku tahu..dia pon tahu
hati kami masih yakin. dia sahabat, dia kawan, dia teman
aku setia ada di sini utk mendengar luahan
sahabat, jangan menghilang begitu lama ya
aku merindu dibuatnya, rindu dgr luahan kamu, rindu dengar celoteh kamu

waaa...aku byk bercerita tentang sahabat ye
kerna bagiku sahabat perencah dalam hidup aku
sahabat banyak mengajar aku
sahabat teman daku
sahabat tidak menghakimi daku
to all my frens i really do love you

Friday, August 28, 2009

Aku Rindu



HambaMU datang menyahut panggilanMu Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu Ya Allah


HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu datang menyahut panggilanMu


Sesungguhnya segala pujian,


dan nikmat,


dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu


Tidak ada sekutu bagi Mu


Friday, August 14, 2009

Aduhai..

Motor sangkut sebab saman, so xleh nak renew road tax
Sms dari somi terchenta

Terbayang kat mataku. Motor WQK 1320 itu. Yang pernah accident hujung tahun lepas.

Pantas menalipon, "Kena saman kat mana? Bila kena?"

Somi ku menjawab "Kat Manjung Perak, bukan motor tapi kereta orang lain pakai plat motor kita"

sahih keta curik tuh. Tu yang bw lelaju..

Lupa nak tanya cik abangku

Keta apa ye sayangku?

adakah begini rupa keta yg disaman itu?

atau

yang inikah..waduh kellas gitu terpikat jiwa

tak pon yang ini ye kanda...

pergh tenteram jiwa raga melihatnya kan ayang..terbakar jiwa jiran sebelah hahaha

sudah-sudahlah berangan ye sayangku..hakikat motor kesayangan kita inilah rupanya

besar jasanya tau jgn main-main. Keta-keta kat atas tu kalau waktu sesak mesti mengeluh kan sayang? Kita gak sengih je mencelah antara mereka..kan kan kan

Friday, July 31, 2009

Citer for today:Terluka


Apa citer utk hari nih?
Psala hati terluka, kaduk cederakan hati saya

Monday, June 8, 2009

Sahabat..teman..kawan..chinggu..dosti..

Salam,

dari jauh sahabatku nan sorang itu dtg..
berhajat utk ketemu daku
ye aku maklum akan itu
tetapi apakan daya
serentak dengan kehadirannya, ahli keluargu menuntut perhatian dariku

aduhai sahabat rasa bersalah bergalau dalam hati
ye aku tahu, aku juga mahu
bertemu kamu walaupon sekejap

Ya Allah, bantu daku..lembutkanlah hati sahabatku
agar kecil hatinya padaku tidak lama..
aku punya tanggungjawab..aku punya urusan..keluarga..saudara mara..kerjaya

yerp benar, sibuk bukan alasan yang kukuh..alasan apa lagi perlu aku beri ya..
cuma itu alasan yang aku ada
itu sahajalah

maaf ye sahabat..ternyata daku bukan sahabat yg baik buat kamu

Wednesday, May 20, 2009

Syukur, bersyukur..Alhamdulillah

Artikel ini kakakku Teratai76 taip satu persatu dr buku Dr HM Tuah Membina Personaliti terbilang. Ayatnya cukup bagus sekali pd pdgnku

SIAPA KITA UNTUK "MEMAKSA" TUHAN

Bila kita mengangkat tangan berdoa, kita mahu doa kita dikabulkan. Tidak boleh tidak, kita mahu ALLAH kabulkan permintaan kita itu. Kita bertindak seolah-olah kita tahu apa yang kita minta itu baik untuk kita.

Bila kita kerap berdoa dan tidak nampak tanda-tanda doa itu akan kabul, kita resah, kita gelisah. Apabila nyata doa kita tidak menjadi sebagaimana yang kita harap-harapkan kita rasa seolah-olah ALLAH sengaja hendak menghukum kita. Kita merasakan ALLAH sengaja tidak mahu mengabulkan doa kita dan lebih mahu melihat kita menderita digelut masalah.

Kita selalu berdoa dan selalu doa kita berbau paksaan agar ALLAH mengabulkannya. Semakin bersungguh kita berdoa semakin bulat kemahuan kita supaya ALLAH kabulkan permintaan kita itu. Bagi kita, tidak ada sebab ALLAH tidak mengabulkannya sedangkan kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan itulah penentu pada berjaya atau tidaknya kita dalam satu-satu usaha.



Apabila doa kita dikabulkan benar seperti apa yang kita minta, kita merasakan ALLAH amat sayang kepada kita tetapi andainya apa yang terjadi jauh menyimpang daripada doa yang selalu kita panjatkan, kita menjadi begitu kecewa dengan ALLAH.

Memang kita disuruh berdoa di samping usaha yang tuntas dan yakin doa itu akan dikabulkan, tetapi kia tidak pernah tahu apakah sesuatu itu lebih baik untuk kita. Semua yang kita lihat baik dan menguntungkan belum tentu baik di 'mata' ALLAH. Bukan semua yang kita sangkakan baik untuk kita, benar-benar baik untuk kita, adakalanya di situlah punca masalah kita.


Cuba renungkan kisah di bawah:

Kisah ini dikatakan berlaku di sebuah desa di Jawa Tengah. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadah. Dia rajin menunaikan sembahyang-sembahyang sunat dan bangun malam bertahajjud, berdoa seta bermunajat kepada Allah SWT. Kerjanya setiap hari ialah membuat tempe dan kemudian menjualnya di sebuah pasar.

Pada suatu hari selepas solat Subuh dia bersiap sedia dengan tempenya untuk dibawa ke pasar. Sebelum bertolak dia membuka salah satu daripada bungkusan tempenya untuk melihat samada tempenya itu sudah masak atau belum. Memang begitulah yang dilakukannya setiap hari. Kebiasaannya tempe telah masak sebelum bertolak.

Tetapi, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tempenya belum masak lagi. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Nyatalah memang kesemuanya belum masak. Dia pun bertawakal meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa kepada ALLAH dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Apabila sampai di pasar dia membentangkan barangan tempenya dan membuka salah satu bungkusan untuk melihat sama ia telah masak ataupun belum. Alangkah dukacitanya dia apabila mendapati tempe-tempenya masih seperti tadi.

Dia pun berdoa kepada ALLAH agar tempe-tempe itu masak sebelum ada pelanggan yang datang membeli. Sambil menunggu-nunggu dia berdoa dan terus berdoa.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pelanggan wanita memilih tempe yang dijualnya itu. Berdebar-debar dada wanita tua itu, khuatir kalau-kalau tempenya belum masak. Namun dia yakin ALLAH tidak akan menghampakannya pada kali ini. Tetapi sebaik sahaja dibuka, didapati tempe itu masih belum masak lagi. Alangkah sedihnya dia.

Pelanggan itu tiba-tiba berkata, "Alhamdulillah, sudah puas saya mencari merata-rata tempat, baru sekarang ini saya terjumpa."

Perempuan tua itu berasa hairan dan bertanya apa maksud kata-katanya.

"Saya sebenarnya sedang mencari kalau-kalau ada orang yang menjual tempe separuh masak untuk dikirimkan kepada anak saya yang sekarang sedang belajar di luar negara. Saya perlu tempe separuh masak supaya apabila sampai tempe-tempe ini kepada anak saya, ia cukup-cukup masaknya. Sedangkan kalau saya mengirim yang telah masak, mungkin tempe-tempe itu sudah berulat apabila sampai ke tangannya kelak."

Maka dibelilah kesemua tempe separuh masak wanita tua itu. Dalam melayani permintaan pelanggan berkenaan, wanita tua itu tidak sudah-sudah mengucap syukur terhadap ALLAH kerana memakbulkan doanya.


TIPS MENJADI INSAN BERSYUKUR

1. Hidup seadanya tetapi tidak berhenti berusaha untuk mengubah nasib.

2. Iringi usaha dengan doa dan usah peduli dengan kemakbulannya. Jika tidak terkabul itu baik jika
terkabul juga juga baik. Anggap semuanya dalam pengetahuan ALLAH dan ALLAH lebih tahu mana
yang lebih baik untuk hamba-NYA.

3. Bertawakal dan terima semua keputusan dengan redha, tenang dan sabar....




Wednesday, May 13, 2009

Mood saya today

lately suka sgt pegi ke website www.iluvsilam.com

so i suka ayat ini: