semalam ai amik cuti half day
menemankan ayah..
my giliran utk hantar ayah gi fisioterapi..
sambil2 tu belajar cmne nak wat fisioterapi nih
balik rumah leh praktis..lagi cepat ayah pulih..kan kan kan
smlm sambil2 arahkan angkat kaki pelan2
tarik kaki pelan2..kedengaran la ayah agak manja
aku rasa yg paling bising dalam bilik rehabilitation tuh kami berdua la
siap dgn gelak2 lagi..
and then tetiba ada sorang pakcik menegur ayah..
bertanya adakah daku nurse di situ...ayah kata "this is my daughter, datang buat fisioterapi with me, balik nanti dia boleh buat lagi"
aku tersenyum je..kemudian ayah bangkit utk wat aktiviti stretching..
tetiba pakcik tu berckp dgn daku
"I think your relationship with your father is really close,"
wah pakcik tu spekang you, i pon balas (ceh cam berpantun)
"Not only me pakcik, all in our family is like that,"
aku tgk pakcik tu..matanya cam bergenang..suaranya ada nada sebak..
"Anak saya doktor, sekalipon dia x pernah jenguk saya,"
"Isteri pakcik?" tanyaku pantas..
Pakcik tu senyum kat aku, "dia pegi bercuti," lemah je suaranya..
wah pelik sungguh..anak doktor..bapa sendrik x jenguk..kata merawat pesakit kan
lebih hebat isterinya..siap pegi melancong lagik
Aku terdiam..tatau nak jawab apa dah..takut salah kata..
Pakcik tu sambung lagi "When i look at you with your father, saya rasa marah..bukan saya marahkan awak, saya marah pada anak saya, kenapa dia tak jaga saya macam awak jaga ayah awak?"
oh terharu sungguh rasa hati..kemudian nurse datang bawa dia pi stretching session..ai pon pelan2 pi mengadap ayahanda..siyesly bergenang airmata den. Ai pikir baik2, biar kita tak kaya..asal kaya budi bahasa..biarpon kita x senang lenang..at least kita jaga ahli kelurga kita walau susah ataupon senang..
saya? for me life is beautiful. Apa yg kita fikir tak semestinya sama dgn apa org lain fikirkan. jd hormati pdgnnya juga.
Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts
Friday, April 15, 2011
Friday, June 19, 2009
Ayah

"Kak long henpon letak dalam peti ais ke?" lembut suara ayah memerli. Haha tergelak kejap, ye lah terleka jawab henpon yang bebunyi td kan. "Mana ada, tadi along kat atas henpon kt bwh..x dengar" alasan diberi (tipu..tipu). Amik hati ayah, yelah dia baru pulang dr indonesia. Kesian ayah mesti penat.
"Nape ayah?" soklan di aju untuk memendekkan perbualan(more to takmo kena syarahan..noti kan anak abah nih?). "Henpon Celcom ayah kena bar..dari petang ayah try, katanya line bar" sore ayah kedengaran.Sayu. Sedih.
Siyes nih. Ayah kalu henpon dia problem ibarat ikan kekurangan air. "Ok, ayah kejap lagi along call Celcom Careline" janjiku
20 minutes later (wau omputeh)
"Ayah, along dah call Celcom..line ayah takde problem" perlahan ku memberitahu
"Tapi line ayah masih kena bar," Pantas ayah menjawab.
"Ok ayah, kejap lagi along sampai" Janjiku lagi. Tu dia aku lak berkhidmat sebagai PA abah ku. Almaklum adikku nan sorang tu (angah you know la sape kan) beri alasan katanya tak tahu mengenai henpon NOKIA.
Selang 10 minit aku sampai rumah ayahanda.
Belek henpon. Try on dan off kan henpon. Cuba dail. Masih kena bar.
Sim card problem kot.
"Limi pinjam henpon jap, rasanya phone ayah problem nih, nape lak takleh call out, Celcom kata line ayah takde masalah"
Tak membantah adik bongsu ku hulurkan henpon SONY ERICSSON nya.
Membuka casing NOKIA.
Cabut bateri.
Perhatikan sim card di dalam henpon abah ku.
Terus tergelak Geli hati.
"Ayah, ni sim card Telkomsel Indonesia la. Mmg la tak leh call dalam Malaysia nih" aku memberitahu sambil ketawa.
"Ye ke? ayah mana tahu, henpon tu tak bagitau pon"
Aduhai ayahanda..adakah ini bermakna perlu mencari henpon dual sim card for you dad?
Subscribe to:
Comments (Atom)