BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

Alkisah hari isnin punya cerita

Hehehehe

alkisah
maka pagi ini,
tiba-tiba mendung menjelma (elok2 je mmg cuaca hari ni mendung kan?)
Sang kancil murka kerana
Ada cat tertumpah ke karpet, aduh sang raja rimba mengarahkan "Cepat bersihkannya"

setelah disiasat

rupanya kerja-kerja sekawan anak rusa yg bergurau senda
menconteng dgn gembira pada hari cuti bekerja

kata anak rusa 1: kerjanya dah sudah, tiba-tiba botol cat itu jatuh
kata anak rusa 2: dah sudah pon kak kerjanya tgh mengemas, sambil sembang-sembang berlawan kata tiba-tiba....
kata anak rusa 3: (waktu siasatan berlangsung anak rusa ke 3 masih belum menjelma, dalam perjalanan katanya)

daku yg secara tak langsung berada di kawasan kejadian
pantas menyinsing lengan mencari bahan untuk mencuci karpet yg bertukar warna
(merah lak tuh) itu

bersama anak rusa 1 dan anak rusa 2
sedang asyik menyental sang kancil pon turut sama
alhamdulillah, dia membantu
tapi..
MULUTNYA PON MEMBANTU SAMA...

aku faham, kancil takut dimarahi oleh sang Raja Rimba
sempat menjeling pada anak rusa 1 & 2
merah muka mereka, mungkin menahan panas telinga kerana disyarah sebegitu rupa
diam membatu, tunduk menyental karpet

bila sang kancil mengadap utusan dari Rimba Tanah tinggi
masing-masing mula bersuara, merungut kerna dimarah oleh sang kancil
aku tersenyum sahaja, tangan masih setia menyental kotoran yg ada

kini
anak rusa 3 menjalankan tugasan yg sama
mengulang sentalan di tempat yg sama
sama-sama lah berdoa agar hilang kotoran yg menjelma

itulah ceritanya
cerita hari Isnin yang gembira (?)

Thursday, November 5, 2009

Bersyukur

Assalamualaikum, kisah ini dipetik dari sini
Bagus sekali kisahnya ada pengajaran, buat kita berfikir


Ada
satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:


“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang "terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita." Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.

Pengajaran dari kisah tersebut ialah
jangan kita hanya nampak susah kita,
tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita cuba jadi benda lain.
Kit
a harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita.

Payahnya bilamana

atap
nak jadi tiang,
tiang
pulak nak jadi
dinding
dan
dinding pulak
nak jadi
tangga.




Tuesday, November 3, 2009

Tentang Cinta

Aku suka melawat forum dr tuah di sini
malah aku adalah antara org yg rajin membalas apa yg ada di sana (forumer)

antara tempat yg rajin ku jengah adalah bahagian Aduh, Sakitnya Cinta

ye tepat sekali tentang cinta, sumer kerana cinta


kerana Cinta, Saidatina Khadijah sanggup memanjat gunung semata mahu menghantar makanan pd baginda Rasulullah s.a.w (masa tu umurnya 50 tahun lebih)
kerana Cinta, Tembok Beijing berjaya ditakluk oleh Mongolian
kerana Cinta, Marc Anthony boleh mengkhianat pd pimpinan dek kerana cintanya pd Cleopatra
kerana Cinta, merajuk camne pon dengan sang suami, si isteri tetap uruskan makan pakainya (bukan ke cinta namanya)


sumer sebab C.I.N.T.A

melihat

melihat...wajah sahabat yang bercahaya bila bercerita ttg yg dicintainya

melihat... titis airmata teman yang kerana ditinggalkan oleh yang dicinta, kecewa

mendengar

bicara kawan yang tak putus putus bercerita ttg apa yg dia lalui bersama kekasih hatinya

aduan teman yang bergolak dengan yg dicinta..sayangnya masih ada..sangat manis sekali kerana salah faham adalah puncanya

cuba memahami luahan rasa teman yang ditinggalkan
setelah ditaburkan kata-kata yang mampu
membuat sahabatku terbang ke awan.
Patah hati


terkadang aku sendiri mencari rujukan,
terkadang daku juga menjadi tpt dirujuk


Manusia boleh jadi gila sebab Cinta
Terkadang melihat masalah orang,
rasanya terlalu mudah di mata kita

Akan tetapi, bahunya yang memikul kita juga yang menggalasnya kah?
Terkadang terasa bengang
melihat insan melakukan perkara gila
demi kerana membuktikan Cinta.
Ada yang sanggup diperbodohkan demi kerana Cinta

Ye semua demi kerana Cinta

Siapa yang menciptakan rasa Cinta itu?
Bukankah Allah Maha Pencipta

daku agak khuatir kiranya
Cintaku pd yg tercinta (somiku)
melebihi Cintaku pada Sang Pencipta rasa Cinta ini
Allah s.w.t


Kenapa ye? demi insan yang tercinta
ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbuat dosa
Tetapi
amatlah berat untuk melaksana
apa yang diperintahkan
oleh Maha Pencipta rasa CINTA itu sendrik?

Aku memikirkannya
Akui terkadang aku juga leka
Bagiku jika Cinta kita
pd Sang Pencipta melebihi
dari cinta kita pada yang diciptanya,
insya Allah rasa kecewa
dan patah hati itu akan hilang lama kelamaan.
Allah tak pernah tinggalkan kita. Allah sentiasa ada.



Patutnya kita lebih Cinta
dengan yang selalu ada dekat dengan kita bukan?

Fikir-fikirkan


p/s: pada yang cuba nak tahu Tentang Cinta try la baca buku ini, bagus sekali. Insya Allah rasa kecewa sebab patah hati akan terubat sendrik. Bagi yang mencari Cinta pon rujuklah buku ini
. Buat yang sedang bercinta, jadikan sebagai panduan & rujukan


Monday, November 2, 2009

Sape tak tempting?

"Ish ayang makin mendebab la, jalan skit mengah" adu cik abang

"A'ah syg pon, jom kita diet sama-sama jom" bersemangat aku.

Masing-masing sedar diri yg badan makin gedebab..hehe. Maka kedua-dua bersetuju nak menjalani gaya hidup sihat. Pagi2 jgn skip breakfast, oily food elakkan, exercise itu penting. Kena turunkan nih adik iparku nak kawen bulan 12 nih. kena make myself and my hubby appearance kami more acceptable. You knw org-org yang peramah mesti berckp "makin sihat ko skrg nih" tak sedar agaknya yg berckp itu saiz badannya hampir sama dengan kita. Takpe sabar sabar

Maka aku pon dengan semangat yg kuat melangkah ke opis. Amalan gaya hidup sihat terlekat dalam hati dan minda (?? bersemangatnya)
sekali punah!!! Aduh aku menahan godaan
Terletak megah di atas meja ku



sape yang tak tergoda? uish melawan godaan sungguh

Thursday, October 29, 2009

Malin Kundang

Abah ke rumah tok Alang, keadaannya menyedihkan, along tahu kan Tok Alang cmne
Aku mengangguk. Lelaki tua itu pernah diserang angin ahmar
Allah masih sygkan dirinya., umurnya masih panjang
Tapi itulah bila usia makin menginjak ke arah senja, tenaga muda kita pon ikut sama hilang
Tok Alang ku uzur, sangat uzur
Kenapa dengan dia? Bertanya kembali pd Abah
Abah melawat dia, bersama Angah, dia terbaring tiada siapa yang menguruskan
Kencing berak tak terjaga
Aik anak lelakinya ke mana?
Sibuk jawabnya.

Aik sibuk sungguh ke, menjengah ayah sendrik tak berkesempatan?

Kalian nak tahu di mana tinggal anak lelaki tunggalnya?
Abahnya di tingkat 6, rumah anak lelakinya di tingkat 16!!
Bangunan yang sama. Bukannya jarak macam Kuala Lumpur ke Shah Alam nak menjengah
Buka pintu, sarung selipar, masuk lif tekan ke tingkat 6. Jengah la ayah sendrik, bukan orang lain!! (marah nih). Bayangkan lelaki tua yang ada sakit angin ahmar, jalannya pon kena berpimpin logik atau tidak kena uruskan diri sendrik? Logikkah? Takde langsung ke sifat bertanggungjawab dalam diri sampaikan untuk menjaga ayah sendirik pon tak berkesempatan? Buruk macam mana pon dia. Tetap dia ayah kandung kamu. Huh dasar Malin Kundang!!

Ye benar, ayahmu dahulu kala tidak sempurna ada khilafnya. maka apa kurangnya kamu berbuat begitu pada ayah kamu? Apa tugas kamu sebagai seorang anak? sempurna sangatkah kamu sehingga menjengah ayah sendrik pon tak berkesempatan. Apa kerja kamu menteri??

Bertanya pada abah, apa ayah katakan pada sepupu ayah itu
Mahu menghantar ayahandanya ke rumah orang tua..sungguhlah tak terkata aku dibuatnya.


kataku: mungkin ini ujian Allah buat atuk saudaraku, pengajaran buat aku & seluruh ahli keluargaku. Ya Allah lindungi ahli keluargaku serta insan-insan yang dekat di hatiku.


Tuesday, October 27, 2009

Isu serius..cerita penting

dipetik dari blog di sini

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Monday, October 26, 2009

Hujan..



Perasan tak? Seminggu dua nih, asal petang je hujan
Hujan je waktu petang

Masa tu yg driving car di Kuala Lumpur mengeluh "Aiii hujan lagi.."
terbayang kesesakan lalu lintas yang akan menjelma
Di Kuala Lumpur ni, hujan rintik pon akan menyebabkan jem teruk sangat-sangat

aku pon salah seorang daripada yg mengeluh bila hujan turun (dolu laaa..skrg ni aku menerima je, hujan kan rahmat dari Allah, ini kata somi den)


Teringat zaman bekerja di Mont Kiara dulu kalau hujan,
sahih aku balik jam 7 atau 8 malam baru keluar dari office.
Apa guna meredah kesesakan sambil mendongkol rasa tak puas hati apabila sangkut dalam kesesakan bukan?
Baik kita lepak di office, kacau kerja bos, minum teh di kedai mamak, solat maghrib baru bersiap pulang.
Tenang je rasa bukan?


Remember banjir besar di KL tahun 2001/2002?
memang aku dapat call dari my uncle yg bekerja di Kl city.
Katanya Kl banjir besar. Aku keluar opis jam 8 malam.
Masih jem teruk giler. Panas hati pon ada.
tetiba radio berputar lagu kegemaran. kepala terangguk-angguk mengikut rentak muzik.
Pandang ke sisi, ada satu kereta mamat-mamat ensem (?) memandang ke arahku sambil tersenyum (aiseh...hilang comey)
ah pedulikan la..bukan dia kenal aku pon.
Dari aku menyumpah memaki baik aku tenangkan fikiran dan berseronok bukan?


Sekarang KL hujan lagi..i love the feeling.
Aku suka melihat rintik hujan turun.
Aku suka mendengar bunyi hujan jatuh atas bumbung.
Aku suka melihat titisan hujan yang turun dari bumbung rumah.
Cuba duduk di dalam bilik, padamkan lampu dan dengar bunyi hujan yg turun.
Tenang bukan?

I love the feelin' of rain


Mungkin ada antara kita yang tidak suka hujan.
Tapi kita tak tahu, ada orang lain yang sangat bersyukur bila hujan turun. Mungkin hujan la punca mereka untuk mendapat bekalan air. Mungkin di KL mungkin di mana-mana.

Aku suka hujan, suka membiarkan diri aku di basahi oleh hujan. bermain dengan lopak air.
Payung ada di tangan tapi aku dah kebasahan dalam hujan. Kenapa? sebab payung tidak di atas kepala tetapi di sisiku.
Cik abang bising dia melihat aku bermain hujan.
"hah men ujan, demam kang," katanya.
Aku cuma sengih dan terus bermain hujan. Seronok bukan berkelakuan macam kanak-kanak kecil yang galak bermain hujan?
Sesekali berperangai childish takde salahnya..kan?



Yang paling ku suka, hujan, berpayung berdua dengan si dia.. awww..romantis nya..




p/s: aku suka bermain hujan jika takde kilat sabung menyabung. Aku takutkan petir dan kilat