Friday, May 15, 2009

Aduhai Cici..

Tup tup kejap je dah hari Jumaat pejam celik, pejam celik Rupanya dah sebulan lebih si Cici bersama. Cici? Anak tucen la

Ingat lagi sebulan lepas. Semasa daku berhiba dgn kehilangan Oren (pon anak tucen) Dapat panggilan dari adik iparku, "Akak, nak anak kucen? orang jumpa kat pasar, kesian kak lapar dia" Malam tu juga ku kerahkan suamiku utk menjemput si dia yang ku belum berikan nama ketika itu

Hari pertama cuba letakkan dia dalam kandang. Menjerit dia minta dilepaskan Simpati. Aku keluarkan dia dari pagar itu..biarkan dia lepas bebas
Suami risau "Nanti dia yak yak camne?"
Aku angkat bahu. Suami diam. Faham Alamat kena cucilah tu

Sekarang dah sebulan Cici bersama. Balik kerja meluru ke arahku

Faham mahukan makanan

Kalau balik lambat suaranya lebih tinggi dan panjang

Membebel mungkin sebab tinggalkan dia terlalu lama

Waktu malam pon dia kejutkan aku juga. Utk midnight snack nya. Manja

Ke mana aku pergi Cici nak ikut kalau daku mandi, dia tunggu depan pintu bilik air Ke tingkat atas, utk menseterika baju dia ikut Turun ke bawah pon dia mengikut. Kdg kadang saja menyuruk dari Cici, melihat dia akan cari atau tidak

Sah! Dia mencari satu rumah. Ke mana hilang tuannya


Satu malam Cici ajak bermain. Aku keletihan mahu tidur.
Ku biarkan sahaja Cici bermain seorang diri. Mengejar apa sahaja yang bergerak
Kertas, tisu, kain langsir yg bergerak, tidak ku pedulikan semua. Aku tidur.
Tiba-tiba
satu benda mencakar muka ku

Cici menerkam ke arah mukaku! Berdarah!
Bawah dagu, bibir dan pipi. Huhu Cici dah tak sayang padaku kah
Suami yang tenangkan daku..sambil menekap kawasan luka cakaran


Esoknya aku demam. Demam panas. Cici ajak bermain. Aku diam. Suami ajak berjalan aku mengikut. Buka pintu kereta Cici melompat masuk juga. Mahu ikut dia!
Cici diam perhatikan mukaku. Aku demam. Tak larat melayan karenah Cici. Kemudian tidur.Suhu badan semakin meningkat. Suami membawaku ke klinik. Pesanan doktor. Esok MC! Rehat.

Masuk kereta. Cici perlahan naik ke atas peha. Duduk diam di situ.

Sampai di rumah, aku terus berbaring, tak pedulikan sekeliling. Suami menuam dahi.
Ku buka mata. Bertanya pada suami, "Mana Cici?" Suami tersenyum, menunjuk ke arah sebelah ku. "Itu," ku menoleh. Cici di sebelahku. Berbaring juga dia. "Tak bergerak dia dari tadi temankan sayang," kata suami. "Dia tahu sayang tak sihat kot, sayang dia kt isteri ayang," Lembut suami berbicara.
Perlahan ku angkat tangan membelai Cici. Cici mengiau manja. Faham. Dia mahu aku sembuh cepat. Faham, mungkin dia ingin meminta maaf kerna kenakalannya. Aduhai Cici.

No comments: