Friday, May 29, 2009

Update: Tentang diet

Kalian nak tahu tak?
Mmg la sbb badanku yg besar ini..tidak nampak bezanya
Tp diriku rasa perbezaannya
That's hasil dr watch your calorie..hahahahaha

OK Update for today:
Bekpes:
Meehoon goreng+ telur goreng + milo = 550 kalori + 120 kalori + 110 kalori = 780 kalori


huh kalu pagi mmg aku makan x hingat sungguh..kan?

ni camno nih apa aku nak makan for the rest 220 kalori?

erm...xpe xpe kan bulan 9 nak raya..kata nk comey kan? tu dia..niat mulia sungguh.

p/s: kat sini den tepekkan gbrku sebelum diet bermula..n terkini hahaha (cam la comey kan)
sebelum mulakan diet..huh tembams bulat kan mukaku?

haa..ini gbr latest..masih tembam tp agak kecikkan? kan kan?

Monday, May 25, 2009

Entry..surat chenta?

Salam all,

remember tentang mereka yg memasang spy utk menelek sama ada aku guna pakai "YM" semasa waktu kerja itu?

Nak tahu satu cerita? mereka ambil tindakan seterusnya. Memotong line internet dari pc-pc yg tidak berkenaan. Huh..yeah right..i bet my pc included

semasa dikhabarkan berita itu. Mataku memandang pd mereka-mereka yg aktip ber Google 'internet' pada waktu kerja. Masing-masing membulatkan mata. Habis sahaja berita itu. Aku tidak bangun utk bersalam dgn si dia yg cuba memasang "SPY" itu. Aku tak mahu menjadi hipokrit. bermanis muka pdhal waktu yg sama menikam dari belakang. Jika aku tidak suka..aku tidak suka. Profesional.

Aku bergosip dgn rakan sealiran dgnku, Internet umpama nadi. Dipotong maka lifeless jadinya. Katanya jika pc dia jd mangsa. Tunggu sahaja surat chenta utk management. Sempat bergosip dgn sorang lagi se'aliran' dgnku, katanya surat chenta dah lama ready cuma belum di poskan sahaja. Seorang lagi yg mungkin menjadi mangsa. Katanya, kita ni cuma makan gaji, ikut sahaja rentak mereka.

Persoalanku, sejak bila kompeni ini bertukar rentak menjadi autokrat? Hmm. Sistem beraja mungkin lebih tepat. Apapon, aku makan gaji. Aku turutkan sahaja keputusan mereka. Jika atas alasan ini katanya masing-masing akan jd lebih produktip. Lihat sahajala berapa ramai yg hepi. Hepi utk dtg kerja..hepi utk bersenda gurau seperti dulu kala.

Maaf jika selepas ini aku menjadi terlalu formal buat kalian. Aku tidak mahu jd hipokrit. Hukuman atas aku laksanakan ke atas diriku. Jgn dilakukan ke atas org lain. Terpulang. kerna aku pn sedang merangka isi surat chenta ku untuk mereka.

Update: My diet

Salam,

mmg i komited nak turunkn berat badanku ini. Tp mengambil kata shemmi nan manis, jgn sampai mudarat. Ku teruskan juga perjlnan nk loose weight ini. I bukan loose my weight utk nmpk cantik, but utk kesihatan.

Ok update for today. Semlam my diet kaput coz somi minta masakkan paprik ayam, pehtu dia dok rayu temankan dia makan sama..so nasik la yang masuk perutku semalam. takpela demi abg tersayang.

Menu for today:
Bekpes: Thosai & milo ais
Kalori counter: 300 + 150 = 450 kalori ( i dunno calori for 1 thosai so i amik roti canai..muleh?)

pagi je sampai 450 kalori. kena watch out nih

Friday, May 22, 2009

Me?

Salam,

pagi ini dah ada someone yg bisa buat daku marah.
Actually aku mmg malas nak marah org ni. If memang salah daku yes, aku akui and i admit

2-3 hari ni sibuk ada seorang insan yg merupakan AJK a.k.a Committee sebuah property yg kompeni daku bertanggungjawab ini. So dats means i'm the one yg keluarkan data akaun and presented it to the auditor.

Alhamdulillah audited report dah selesai. W/pon sang auditor itu mmg agak slow buat keje but he did it. Kudos to you Mr Yap, maaflah asyik diganggu oleh daku yg asyik mengejar. You know i chase you sbb ada org dok pressure i kan.

Ok berbalik pd citer sang minah Comittee itu. Terdapat kesilapan pd tajuk audited report itu. Nope bukan sebab nombornya. Ia dsebabkan oleh namanya. Daripada Apartment harus ditukar kepada Retail. so, mmg aku akui, kami agak lambat bekerja. Aku la yg lambat itu. Leka mungkin. Tapi kami dah buat yg sepatutnya, daku dan auditor sama-sama berusaha membetulkan yg salah. Tapi biasa la syarikat audit ini perlukan Partner utk menandatangan, kemudian ke Pesuruhjaya Sumpah. Sang minah ini, i think la so old fashioned fikirannya asyik kepada perkara yg lepas. Daku yg baik hati ini menadah telinga mendengar bebelannya. Kemudian..aku mengamuk dek satu ayat yang minah ini sebutkan. Korang nak tahu apa dia kata?

"You hantar amendment nih you ada altered the numbers ke?"

Siyes nih. Ni statement yg berbahaya. Dia kuarkan soklan yg menuduh daku menipu akaun. Kuarkan andaian bahawa aku tukar nombor-nombor yg tercarit dalam audited report itu.
Ni mmg aku pantang. Tuduhan. Fitnah.

Maka, hilanglah adab sopan aku pada minah Comittee ini. Aku bersengkang mata, bergaduh dgn auditor, dimarah oleh pihak atasan kerna uruskan akaun property ini. Dituduh sedemikian rupa. Meninggi suara la jugak daku pagi td.

Tindakan ku, memberikan nombor auditor ku padanya, suruh sang Minah itu bertanya sendiri pd auditor ku. ADAKAH DAKU ADA MENUKAR DATA DALAM AUDITED REPORT ITU.

Sehabis berbuat demikian. Ku ucapkan terima kasih dan pantas meletakkan telefon. Minah itu terdiam mungkin. Tak sangka aku sangat marah dengan statementnya.

Di sini, aku nak bertanya pada kalian. Siapa yang tidak marah dengan kenyataan yg dia utarakan?

This is about my job. My gaji. My duit. Yang menjadi darah daging. Aku tak berani nak menukar data dalam akaun. Aku tak berani nak mengambil lebih dari yang sepatutnya. Jika rezeki RM1 aku takkan menipu utk dapatkan RM2.

p/s: esok daku ada meeting dengan penduduk di property terbabit. Jika ada berita tentang minah Committee dibaling kerusi oleh si tukang wat akaun itu, mungkin daku orangnya..hahahaha (isk tak mungkin punye..). Kalian doakan daku agar tabah berhadapan dengan peluru yg akan hinggap di hati aku esok. Doakan daku ye

Wednesday, May 20, 2009

Attention!!

Salam to all,

buat sumer nak beritahu
aku telah mendelete perisian YAHOO MESSENGER" dari kumputerku ini. so no more YM senin ke jumaat nak layan n feeling the blues. u need help korang email or calling me ok.

ye lah dah kena perli secara berdepan oleh tuan besar xkan wat derk je kan
pehtu siap psg-psg spy..
"Matun tu masih YM lagi ke?"

macam la aku YM straight 8 jam kan..lupa kerja..lupa dateline segala bagai

xpe la..sape la kita nih...apa pon depa kata betullah tu

ye aku mengular waktu kerja
betul la tu satu kerja langsung aku tak buat dek kerna YM itu
yes yes and yes aku hanya makan gaji buta
hanya mereka mereka sahajalah yg paling berdedikasi dlm kompeni ini

sekian. luahan dari daku pekerja cabuk ini.