Friday, June 26, 2009

Family Day - Keluarga Tok Karim (upcoming)

"Tahun ni kita buat family day lagi ye," kata abah. Suarakan hasrat kat spital lak tuh

Sumer adik beradik ofsekos setuju punye..sudah dipayungi kan. Family kami? Ofsekos la..laaaaaaaaagi setuju (melompat lebih tinggi dengan riangnya..tenkiu abah!!). Tahun ini ada pertambahan ahli baru..insya Allah hujung tahun Nuril akan jadi ayah. (Den? Insya Allah akan menyusul..Allah lebih tahu)

"Kak long handle bahagian t-shirt family day ye" ayah memberi arahan..(err actually meminta pertolongan sebenanya)

T-shirt? wallaweh..cmno nih
Walaupon tarikh cdgn lambt lagi..tapi den nih..dah garu kepala dah. Macam-macam cdgn kuar nk t shirt kain yg cmni la..kaler cmni la. pesyen cmni..org nk pesyen cmni..waaaa men order je ek. Takat cdgn duit tarak..don bising-bising la.

Sepanjang pengetahuan den..syarat-syarat yg ditetapkn oleh sang penyimpan mohor besar a.k.a abah den, dlm nak wat t-shirt adalah:
  • t shirt utk lelaki berkolar (mesti)
  • kaler gelap, sbb nnti kang kaler meriah lembut2 gitu cepat kotor
  • t shirt tak panas ye..meaning 100% cotton
  • utk pompuan lengan panjang
  • utk pompuan, bajunya labuh sampai menutup punggung
  • utk pompuan, size baju sumer up satu saiz..xde ikut body hugging de..(cth bdnku yg montel ini saiz XL (apakah?) maka saiz yg akan diterima is XXL. Gedobosh kah daku? Except for European size la
Tau tak nape syarat utk pompuan lebih ketat? Sbb abah anak sulung dalam familynya..kira cam ketua keluarga. Tanggungjawab dia utk menghalangkerja-kerja utk menghalang mata-mata nakal sang lelaki dr menatap susuk tubuh mereka-mereka yg dibawah jagaannya. Yeahmasing-masing ada suami dan ayah utk jadi kuasa authority kan. But, yang kuar duit is abah..dia xmo wat saham utk galakkan org tak menutup aurat seperti yg disyariatkan.

Maka start la pencarian ku utk kontraktor nak wat t shirt ini. Bertanyakan somi..bertanya kn pd sahabat. Akhirnya ketemu 1 (satu je?). Dia bawa a few sample la. Meh sini ku attachkan gbrnya. Ku lebih melihat pada kaler dan bentuk kolarnya

kaler kuning lembut (rejek d kaler) tapi kainnya 100% cotton.

hate d kaler, kolar..erm..any idea tak kengkawan?

ini kolar xde butang tuh..seksi tau. kaler agak ok

Chelsea kaler, kolar dia pon lulus but its not Cotton..Microfibre


so kengkawan tolong la daku..sape-sape kenal org wat t shirt? nk order nih 50 tau..

Thursday, June 25, 2009

Tweet..tweet

Maka berkicaulah seantero alam maya
secara tiba-tiba sang kancil mengambil cuti
huh? ke mana dia ye

terdgr angin sepoi sepoi bahasa, terdengar suara unggas membw berita
"sang kancil di sana..dia ke sana, atas jemputan"
wau..maka berkirim salamlah daku pada sang kancil
almaklum jarang sekali sang kancil hendak ke mana tanpa memberi khabar
malahan diri ku pon tahu dari sang unggas yg menyampaikan berita
bertanya sang hud hud pada sang kancil..di manakah dirinya "daku bercuti..usah sebuk mahu bertanya" terdiam sang tukang tanya

hari ini ku lihat sang kancil..ku berlagak seolah tidak tahu ke mana dirinya
lagaknya seolah..tidak terjadi apa-apa
sang kancil membw satu bungkusan dalam negeri belah sana
katanya sahabat dr belah sana menitipkan utk yang di sini..hmmm
ku lihat isi dalamnya..ada buah-buahan dari dusun. Mungkin sahabatnya punya dusun di sana.


petang nya....
sang hud-hud membw khabar berita
dari istana kewangan sana..penghuni di sana bertanya pdnya
"sudah dilawatikah dusunnya sang pemilik kamu?"
"dusun? kebun?"
"ye, dengar khabar sang pemilik membw kalian ke dusunnya,"

sang hud-hud terdiam..dikhabarkan pd aku berita yg didengarnya

aku terdiam bila mendengarnya..
masih menatap guni yg sama
..kata sang kancil ini hadiah dr sahabat di sana
kata pembw berita dr bangunan kewangan sana..
pemilik membw org melawat ke kebun miliknya..

hmmmmmmmmmmmmm..apakah? kebetulan atau ada sesuatukah?
jadi..aku hanya mendiamkan dan memakan ole-ole yg dibawanya atau tidak mengendahkannya?

Monday, June 22, 2009

In the line of FIRE!!

Sms dr En. S:

salam, utk makluman cob ulu selangor dan warning kita n akan saman kalau audit kenanga, buginvilla, kemuning tak hantar dalam tempoh 7 hari.

Sms dr Boss:

apa nak jadi ni?? What the status now?

kata ku:

I'm dead meat


Utk auditorku:

Should i kill you? Why tak siap lagi audit report yg i dah hantar berbulan itu?


payment dah buat, deposit dah bayar. What else yang you mahu? U help me i help you? Huh..looks like my job on the edge tau sekarang. If i kena..you answer ok!!

Friday, June 19, 2009

Duh!

Dari depa:

Dear Halimatun,

Please be reminded that your dateline to send us your reply on our enquiries pertaining to Seasons Square Maintenance Account is on next Tues, 23th June 2009.

Note: No time extension will be given.

Thanks.

XXX

Jawapan ku utk depa:

Dear ms xxxx,
its ready.
will be sent to you on Tues 23dr june 2009

thank you

(formal kan bahasaku..)

padahal dalam hati aku nak jawab kat mereka begini

ADA AKU KESAH??
BUZZ OFF

Ayah


"Kak long henpon letak dalam peti ais ke?" lembut suara ayah memerli. Haha tergelak kejap, ye lah terleka jawab henpon yang bebunyi td kan. "Mana ada, tadi along kat atas henpon kt bwh..x dengar" alasan diberi (tipu..tipu). Amik hati ayah, yelah dia baru pulang dr indonesia. Kesian ayah mesti penat.

"Nape ayah?" soklan di aju untuk memendekkan perbualan(more to takmo kena syarahan..noti kan anak abah nih?). "Henpon Celcom ayah kena bar..dari petang ayah try, katanya line bar" sore ayah kedengaran.Sayu. Sedih.

Siyes nih. Ayah kalu henpon dia problem ibarat ikan kekurangan air. "Ok, ayah kejap lagi along call Celcom Careline" janjiku


20 minutes later (wau omputeh)


"Ayah, along dah call Celcom..line ayah takde problem" perlahan ku memberitahu

"Tapi line ayah masih kena bar," Pantas ayah menjawab.
"Ok ayah, kejap lagi along sampai" Janjiku lagi. Tu dia aku lak berkhidmat sebagai PA abah ku. Almaklum adikku nan sorang tu (angah you know la sape kan) beri alasan katanya tak tahu mengenai henpon NOKIA.

Selang 10 minit aku sampai rumah ayahanda.
Belek henpon. Try on dan off kan henpon. Cuba dail. Masih kena bar.
Sim card problem kot.
"Limi pinjam henpon jap, rasanya phone ayah problem nih, nape lak takleh call out, Celcom kata line ayah takde masalah"
Tak membantah adik bongsu ku hulurkan henpon SONY ERICSSON nya.

Membuka casing NOKIA.
Cabut bateri.
Perhatikan sim card di dalam henpon abah ku.

Terus tergelak Geli hati.
"Ayah, ni sim card Telkomsel Indonesia la. Mmg la tak leh call dalam Malaysia nih" aku memberitahu sambil ketawa.
"Ye ke? ayah mana tahu, henpon tu tak bagitau pon"

Aduhai ayahanda..adakah ini bermakna perlu mencari henpon dual sim card for you dad?

Thursday, June 18, 2009

Me? Followers?


Haiyoh aku terperasa sesuatu..blog ku ada follower? adakah ini bermakna aku kena lebih kerap meng'hupdate?' perah otak..citer ttg apa ye? macam-macam citer..hmmm nak kena susun dulu (cewah lagak cam penulis skrip kan?)

Monday, June 15, 2009

Opisku dipecah masuk!!

Assalamualaikum

macam-macam perkara terjadi di opis lately. dengan ke'tensen'an disebabkan oleh kerja yg makin menimbun. hmm macam-macam kan?

skrg ni..pagi td masuk opis..opisku tak rupa selalu..kena ransacked! jap ye den upload a few pictures dr tempat kejadian

ini gbr kt mejaku..nmpk cm normal kan? actually dr laci 1st itu RM350 dah diamiknya, huh!! pagi2 kena sound dengan bos sbb tinggalkn duit dalam meja..padan muka ku

bilik paling teruk kena 'ambush' bilik bos la kan. almaklum harta dalam tu paling mahal tuh. Kehilangan Projector opisku yang bernilai almost RM 4,000

haaa..ini meja En Kamal. Yang hilang dari meja ini kamera digital Canon..huish kayo pakcik pencurik kan. Ini kira kurang skit sepahnya sbb Cik kamal dah kemaskan mejanya


ini gbr meja Puan Sorina. Benda yang hilang? Alaaa yang wireless punye alat tuh. Tanya kt member yang supply menda tuh harganya dlm RM 120 mahal tuh. Actually CPU meja dia nih ditemui di sofa opis tapi mungkin mende alah tu berat so sang pencuri tak larat nak bawanya turun ke bawah. Ye lah depa panjat ikut tingkap belakang..

benda lain yang hilang:

cash money dr laci meja kak ha RM 420 together with 1 cash cheque yang berjumlah RM 700. Ikut kata pak polis kalu sang pencurik itu cuba 'cash' kan cheque itu, bermakna sang pencurik bukanlah seorang yg bijak sbb dia serahkan tengkok pada pihak polis. Pihak bank telah dimaklumkan mengnai cek nomot yang telah di copet itu..

Sempat gak la aku melihat pak polisi mengambil gambar dan cuba mencari kesan cap jari pd tingkap yg mereka pecah masuk itu. Dimaklumkan bahawa..cap jari boleh hilang apabila kena haba. Meaning jika dh kering tempat itu maka cap jari itu kemungkinan besar akan hilang juga. Dalam siri CSI tak hilang cap jari walau bertahun kan? Penipu je tuh..Itu kata pak polisi la..

Muka bos? kelam kelabu..dah la ada meeting penting pagi ini..kesian bosku.

Sekian makluman dari saya. Hehe akan ku khabarkan maklumat seterusnya nanti

Selamat bekerja pada hari senin sumer. Assalamualaikum

Monday, June 8, 2009

Sahabat..teman..kawan..chinggu..dosti..

Salam,

dari jauh sahabatku nan sorang itu dtg..
berhajat utk ketemu daku
ye aku maklum akan itu
tetapi apakan daya
serentak dengan kehadirannya, ahli keluargu menuntut perhatian dariku

aduhai sahabat rasa bersalah bergalau dalam hati
ye aku tahu, aku juga mahu
bertemu kamu walaupon sekejap

Ya Allah, bantu daku..lembutkanlah hati sahabatku
agar kecil hatinya padaku tidak lama..
aku punya tanggungjawab..aku punya urusan..keluarga..saudara mara..kerjaya

yerp benar, sibuk bukan alasan yang kukuh..alasan apa lagi perlu aku beri ya..
cuma itu alasan yang aku ada
itu sahajalah

maaf ye sahabat..ternyata daku bukan sahabat yg baik buat kamu

Thursday, June 4, 2009

Update today

salam,

pagi-pagi sampai opis dh buat kerja sampai jam 11

tengahari dpt call dr bapa saudara, memerahi ku sebab tak memberitahu tentang ayahanda yg sakit. 4 hari sudah dia di hospital. Kalut juga daku. Sebab tidak diberitahu saudara kerna arahan dari ayahanda dan bonda.

jam 1: ke hospital..badan ayah panas..demam tak kebah'

susah hati..

Wednesday, June 3, 2009

Cerata..ceriti..ceritu..cerakian

Salam, today takmo citer psl update diet.

Cerita 1:
Yup i'm still on diet. Semasa post ini sedang ditaip, someone dari site office telah menghantar 4 kotak Pizza ke office. I just tgk and don't eat. Malah duduk jauh darinya. I dunno why i mual bau cheese itu. Padahal minggu lepas bukan main lagi aku melantak pizza hut itu. Ngengada sungguh kan.


Cerita 2:
Ada sahabat bercerita padaku tentang kebimbangannya pada hubungan cintanya. Dia seoranmg yang manis, manja dan tegas bagiku. For me dia memang manja. Amat menghargai sebuah perhubungan.Sangat komited dalam perhubungan. Dari ceritanya daku tahu Arjuna mencintainya. Satu, dia agak 'cemburu'. yerp cemburu tandanya sayang. She feels insecure. Takut Arjuna meninggalkannya. Kerna apa? Kerna ada anasir-anasir yang mempunyai kenangan dengan si Arjuna cuba menjengah dan mengetuk kenangan lama sang Arjuna. Hati sang Gadis terponggah juga kan. Takut Arjuna berubah hati. Ku nasihatkan padanya, jangan melulu serang sang Arjuna tanpa ketahuan sebab dan punca. Kerna dari apa yg ku tahu hanya anasir itu yg sakan menjengah namun Arjuna membatu jua. Jika mahu bertengkar terangkan sebab dan punca jgn buat tuduhan melulu. Nak bergaduh kena ada fakta dan jgn terlalu emosi. hehe pandai sungguh aku bagi nasihat bukan? Aku tidak akan merubah sahabat yg baik itu, aku cuma mahu dia berubah menjadi lebih baik, lebih matang, lebih tenang. Moga Allah kurniakan ketenangan kepadaku apabila daku dalam gelora juga kan?

Cerita 3:
Terbaca dalam laman yg selalu ku singgah berkenaan sang lelaki yg bukan lagi jadi kekasih sang gadis, mengaku masih mahu jadi kekasih. Pelik bukan? Padahal sang lelaki itulah yg putuskan perhubungan. Tiba-tiba mahu sambung semula. Apabila si gadis manis ini menolak dia mengamuk kayak Jebat marahkan Sultan Melaka kerana hukuman ke atas Tuah. Aneh berani sungguh bicara tentang mengambil nyawa semata-mata nak puaskan hati. Cintakah itu? Ku bilang pada gadis manis itu. Hubungi pihak yang berwajib, lelaki itu siumannya sudah tiada. Jangan hampiri langsung sang lelaki itu.

Cerita 4:
Ayahandaku masuk hospital. Kerna keletihan mungkin. Macam-macam terjadi kebelakangan ini, bapa mertua masuk hospital 2 minggu sudah. Sekarang ayahanda pula. Aku sanggup bersembang berjam-jam dengan ayahanda kerna daku tahu dia setia melayani. Anak perempuannya ini masih belum matang bila berhadapan dengannya. Masih manja seperti zaman gadis juga. Walaupon tahu diri ini sudah ada bersuami. Namun dengan ayahanda masih mahu bermanja juga. Bonda pon selalu berkata "Anak manja abah" aku tergelak mendengarnya. Bila ayahanda pulang ke kantornya di seberang laut, dalam hati berharap "ayah cepatlah pulang".

Cerita 4:
Suami bertanyakan. Jikalau ada rakan-rakanku yang masih bujang Memang ramai. Kutanyakan untuk siapa. Untuk sahabatnya bilang suamiku. Tapi..yang tidak sedapnya untuk dijadikan isteri kedua. Tanpa pengetahuan isteri pertama..huh..langsung kutolak lelaki itu untuk para sahabatku. Jika benar banyak duitnya mahu seseorang menguruskannya jikalau jauh dari isterinya, katakan pada isteri pertama yang sebenarnya "Aku mahu mencari payung emas buatmu di sana" Ada berani?

Tuesday, June 2, 2009

Cici

salam,

semalam dah cerita kan, Cici yang hilang.
aku sedapkan hati Cici akan pulang. Bila ku sampai di rumah Cici akn meluru ke arahku
menarik kain kurungku minta dikasihani, minta dibelai
Dengan suaranya yang nyaring seolah memarahiku yg sering pulang lewat.
Yakin aku sebutkan dalam hati, Cici akn berada di rumah
sesampai di rumah.
Ku buka pintu, tiada Cici, hati dah galau
Ku pandang pinggan makanannya, masih ada sisa tak berusik mungkin
Aku diam. Pandang ke arah pintu. Cici tak pulang..

Ku capai kunci rumah menyusur kawasan perumahan.
Memanggil Cici. Ke mana hilang Cici
Puas ku panggil, tidak bersahut
Aku letih berjalan perlahan pulang ke rumah
Di muka pintu suami sudah menantiku
Air mata bergenang cuba untuk bertahan
Apabila suami memegang bahu terus tumpah air mata. Aduhai seakan anak kecil daku menangis
Hanya kerana Cici tak pulang.
Dalam sedu sedan sempat berkata pd suami "Cici balik nanti nak rotan dia," suami tergelak sambil memujuk. Katanya Cici akn pulang. Cici merayau, mungkin sesat mencari jalan pulang

Pagi tadi,
semasa bersiap mahu ke tempat kerja. Aku terdengar satu suara
Aku kenal suara itu. Di celah longkang itu. Suami memanggil "Cici.." perlahan dia membalas
Ya Allah comotnya Cici. Kotor hapak dan hamis semuanya ada.
Ok denda utk Cici

"Masuk bilik air Mandi!!"


Semasa dimandikan dia mengiau manja minta dikasihani. Aku tak mengendahkannya. Tahu Cici tak suka mandi.

Syukur ya Allah. Cici ke rumah kembali.

Monday, June 1, 2009

Update Tengahari: Cici Hilang


salam..
aku susah hati..cik abg telefon sebentar td
Cici Hilang..risau..pintu rumah terbuka td ada org betulkan rumah
Cici pantang nampak pintu rumah terbuka
Meluru dia keluar..
aduhai Cici jgn merayau terlalu jauh ye

Alkisah Internet di opis

Salam,

ingat tak tentang cdgn pihak tertentu nak potong line internet di opis ini?

ok dimaklum bahawasanya, internet tidak dipotong. Tetapi, segala jenis 'chatting' telah di'block'. Huh terasa mcm keje kt gomen lak kan.

Takpe, takpe. Jujur dalam melaksanakan tugasan. Its ok.

Thank you kerana bertindak bijak. Yup tak potong nadi, tapi lukakan jari. Masih boleh berdiri kan?

dan..Diet lagi..

Salam..

update utk today: Bekpes tak sempat mkn..so amik mknn
makan :nasi campur (4 sayur + 1 lauk) + air milo ais kalori : 620 kalori + 150 = 770 kalori (hmm better thn 800 kalori kan?)

korang caya tak aku dah nmpk comey?
siyes aku rs daku makin comey..kekekekkeekkee

ok2 now i nak tepekkn gbr den n cik abg sebelum diet and latest pic (semalam)

ini gambar 3 minggu lepas lihat mukaku bulat kan

ini gbr semalam. Semalam. I love my newself..nmpk comey hahahaha

p/s: daku letakkn gbrku menunjukkn kesungguhanku utk teruskan diet ku. Sihat walafiat.