Salam, today takmo citer psl update diet.
Cerita 1:
Yup i'm still on diet. Semasa post ini sedang ditaip, someone dari site office telah menghantar 4 kotak Pizza ke office. I just tgk and don't eat. Malah duduk jauh darinya. I dunno why i mual bau cheese itu. Padahal minggu lepas bukan main lagi aku melantak pizza hut itu. Ngengada sungguh kan.
Cerita 2:
Ada sahabat bercerita padaku tentang kebimbangannya pada hubungan cintanya. Dia seoranmg yang manis, manja dan tegas bagiku. For me dia memang manja. Amat menghargai sebuah perhubungan.Sangat komited dalam perhubungan. Dari ceritanya daku tahu Arjuna mencintainya. Satu, dia agak 'cemburu'. yerp cemburu tandanya sayang. She feels insecure. Takut Arjuna meninggalkannya. Kerna apa? Kerna ada anasir-anasir yang mempunyai kenangan dengan si Arjuna cuba menjengah dan mengetuk kenangan lama sang Arjuna. Hati sang Gadis terponggah juga kan. Takut Arjuna berubah hati. Ku nasihatkan padanya, jangan melulu serang sang Arjuna tanpa ketahuan sebab dan punca. Kerna dari apa yg ku tahu hanya anasir itu yg sakan menjengah namun Arjuna membatu jua. Jika mahu bertengkar terangkan sebab dan punca jgn buat tuduhan melulu. Nak bergaduh kena ada fakta dan jgn terlalu emosi. hehe pandai sungguh aku bagi nasihat bukan? Aku tidak akan merubah sahabat yg baik itu, aku cuma mahu dia berubah menjadi lebih baik, lebih matang, lebih tenang. Moga Allah kurniakan ketenangan kepadaku apabila daku dalam gelora juga kan?
Cerita 3:
Terbaca dalam laman yg selalu ku singgah berkenaan sang lelaki yg bukan lagi jadi kekasih sang gadis, mengaku masih mahu jadi kekasih. Pelik bukan? Padahal sang lelaki itulah yg putuskan perhubungan. Tiba-tiba mahu sambung semula. Apabila si gadis manis ini menolak dia mengamuk kayak Jebat marahkan Sultan Melaka kerana hukuman ke atas Tuah. Aneh berani sungguh bicara tentang mengambil nyawa semata-mata nak puaskan hati. Cintakah itu? Ku bilang pada gadis manis itu. Hubungi pihak yang berwajib, lelaki itu siumannya sudah tiada. Jangan hampiri langsung sang lelaki itu.
Cerita 4:
Ayahandaku masuk hospital. Kerna keletihan mungkin. Macam-macam terjadi kebelakangan ini, bapa mertua masuk hospital 2 minggu sudah. Sekarang ayahanda pula. Aku sanggup bersembang berjam-jam dengan ayahanda kerna daku tahu dia setia melayani. Anak perempuannya ini masih belum matang bila berhadapan dengannya. Masih manja seperti zaman gadis juga. Walaupon tahu diri ini sudah ada bersuami. Namun dengan ayahanda masih mahu bermanja juga. Bonda pon selalu berkata "Anak manja abah" aku tergelak mendengarnya. Bila ayahanda pulang ke kantornya di seberang laut, dalam hati berharap "ayah cepatlah pulang".
Cerita 4:
Suami bertanyakan. Jikalau ada rakan-rakanku yang masih bujang Memang ramai. Kutanyakan untuk siapa. Untuk sahabatnya bilang suamiku. Tapi..yang tidak sedapnya untuk dijadikan isteri kedua. Tanpa pengetahuan isteri pertama..huh..langsung kutolak lelaki itu untuk para sahabatku. Jika benar banyak duitnya mahu seseorang menguruskannya jikalau jauh dari isterinya, katakan pada isteri pertama yang sebenarnya "Aku mahu mencari payung emas buatmu di sana" Ada berani?
3 comments:
wah..aku mau...mau dibuat isteri..ku ku ku...
shemmi
benar siyes mahu jd yg ke 2 ya?
nanti ku khabarkn pd cik abg
mau?
ku ku ku...
no.2?..jika ia manis...tentu aku mahu...
gurau jer...
nntlah cukup 40thn if x tawen2 lg..ok...maybe tach tuko pemikiran....n i wl call u..hahahaha...
Post a Comment