Tuesday, June 2, 2009

Cici

salam,

semalam dah cerita kan, Cici yang hilang.
aku sedapkan hati Cici akan pulang. Bila ku sampai di rumah Cici akn meluru ke arahku
menarik kain kurungku minta dikasihani, minta dibelai
Dengan suaranya yang nyaring seolah memarahiku yg sering pulang lewat.
Yakin aku sebutkan dalam hati, Cici akn berada di rumah
sesampai di rumah.
Ku buka pintu, tiada Cici, hati dah galau
Ku pandang pinggan makanannya, masih ada sisa tak berusik mungkin
Aku diam. Pandang ke arah pintu. Cici tak pulang..

Ku capai kunci rumah menyusur kawasan perumahan.
Memanggil Cici. Ke mana hilang Cici
Puas ku panggil, tidak bersahut
Aku letih berjalan perlahan pulang ke rumah
Di muka pintu suami sudah menantiku
Air mata bergenang cuba untuk bertahan
Apabila suami memegang bahu terus tumpah air mata. Aduhai seakan anak kecil daku menangis
Hanya kerana Cici tak pulang.
Dalam sedu sedan sempat berkata pd suami "Cici balik nanti nak rotan dia," suami tergelak sambil memujuk. Katanya Cici akn pulang. Cici merayau, mungkin sesat mencari jalan pulang

Pagi tadi,
semasa bersiap mahu ke tempat kerja. Aku terdengar satu suara
Aku kenal suara itu. Di celah longkang itu. Suami memanggil "Cici.." perlahan dia membalas
Ya Allah comotnya Cici. Kotor hapak dan hamis semuanya ada.
Ok denda utk Cici

"Masuk bilik air Mandi!!"


Semasa dimandikan dia mengiau manja minta dikasihani. Aku tak mengendahkannya. Tahu Cici tak suka mandi.

Syukur ya Allah. Cici ke rumah kembali.

No comments: