Thursday, October 29, 2009

Malin Kundang

Abah ke rumah tok Alang, keadaannya menyedihkan, along tahu kan Tok Alang cmne
Aku mengangguk. Lelaki tua itu pernah diserang angin ahmar
Allah masih sygkan dirinya., umurnya masih panjang
Tapi itulah bila usia makin menginjak ke arah senja, tenaga muda kita pon ikut sama hilang
Tok Alang ku uzur, sangat uzur
Kenapa dengan dia? Bertanya kembali pd Abah
Abah melawat dia, bersama Angah, dia terbaring tiada siapa yang menguruskan
Kencing berak tak terjaga
Aik anak lelakinya ke mana?
Sibuk jawabnya.

Aik sibuk sungguh ke, menjengah ayah sendrik tak berkesempatan?

Kalian nak tahu di mana tinggal anak lelaki tunggalnya?
Abahnya di tingkat 6, rumah anak lelakinya di tingkat 16!!
Bangunan yang sama. Bukannya jarak macam Kuala Lumpur ke Shah Alam nak menjengah
Buka pintu, sarung selipar, masuk lif tekan ke tingkat 6. Jengah la ayah sendrik, bukan orang lain!! (marah nih). Bayangkan lelaki tua yang ada sakit angin ahmar, jalannya pon kena berpimpin logik atau tidak kena uruskan diri sendrik? Logikkah? Takde langsung ke sifat bertanggungjawab dalam diri sampaikan untuk menjaga ayah sendirik pon tak berkesempatan? Buruk macam mana pon dia. Tetap dia ayah kandung kamu. Huh dasar Malin Kundang!!

Ye benar, ayahmu dahulu kala tidak sempurna ada khilafnya. maka apa kurangnya kamu berbuat begitu pada ayah kamu? Apa tugas kamu sebagai seorang anak? sempurna sangatkah kamu sehingga menjengah ayah sendrik pon tak berkesempatan. Apa kerja kamu menteri??

Bertanya pada abah, apa ayah katakan pada sepupu ayah itu
Mahu menghantar ayahandanya ke rumah orang tua..sungguhlah tak terkata aku dibuatnya.


kataku: mungkin ini ujian Allah buat atuk saudaraku, pengajaran buat aku & seluruh ahli keluargaku. Ya Allah lindungi ahli keluargaku serta insan-insan yang dekat di hatiku.


Tuesday, October 27, 2009

Isu serius..cerita penting

dipetik dari blog di sini

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Monday, October 26, 2009

Hujan..



Perasan tak? Seminggu dua nih, asal petang je hujan
Hujan je waktu petang

Masa tu yg driving car di Kuala Lumpur mengeluh "Aiii hujan lagi.."
terbayang kesesakan lalu lintas yang akan menjelma
Di Kuala Lumpur ni, hujan rintik pon akan menyebabkan jem teruk sangat-sangat

aku pon salah seorang daripada yg mengeluh bila hujan turun (dolu laaa..skrg ni aku menerima je, hujan kan rahmat dari Allah, ini kata somi den)


Teringat zaman bekerja di Mont Kiara dulu kalau hujan,
sahih aku balik jam 7 atau 8 malam baru keluar dari office.
Apa guna meredah kesesakan sambil mendongkol rasa tak puas hati apabila sangkut dalam kesesakan bukan?
Baik kita lepak di office, kacau kerja bos, minum teh di kedai mamak, solat maghrib baru bersiap pulang.
Tenang je rasa bukan?


Remember banjir besar di KL tahun 2001/2002?
memang aku dapat call dari my uncle yg bekerja di Kl city.
Katanya Kl banjir besar. Aku keluar opis jam 8 malam.
Masih jem teruk giler. Panas hati pon ada.
tetiba radio berputar lagu kegemaran. kepala terangguk-angguk mengikut rentak muzik.
Pandang ke sisi, ada satu kereta mamat-mamat ensem (?) memandang ke arahku sambil tersenyum (aiseh...hilang comey)
ah pedulikan la..bukan dia kenal aku pon.
Dari aku menyumpah memaki baik aku tenangkan fikiran dan berseronok bukan?


Sekarang KL hujan lagi..i love the feeling.
Aku suka melihat rintik hujan turun.
Aku suka mendengar bunyi hujan jatuh atas bumbung.
Aku suka melihat titisan hujan yang turun dari bumbung rumah.
Cuba duduk di dalam bilik, padamkan lampu dan dengar bunyi hujan yg turun.
Tenang bukan?

I love the feelin' of rain


Mungkin ada antara kita yang tidak suka hujan.
Tapi kita tak tahu, ada orang lain yang sangat bersyukur bila hujan turun. Mungkin hujan la punca mereka untuk mendapat bekalan air. Mungkin di KL mungkin di mana-mana.

Aku suka hujan, suka membiarkan diri aku di basahi oleh hujan. bermain dengan lopak air.
Payung ada di tangan tapi aku dah kebasahan dalam hujan. Kenapa? sebab payung tidak di atas kepala tetapi di sisiku.
Cik abang bising dia melihat aku bermain hujan.
"hah men ujan, demam kang," katanya.
Aku cuma sengih dan terus bermain hujan. Seronok bukan berkelakuan macam kanak-kanak kecil yang galak bermain hujan?
Sesekali berperangai childish takde salahnya..kan?



Yang paling ku suka, hujan, berpayung berdua dengan si dia.. awww..romantis nya..




p/s: aku suka bermain hujan jika takde kilat sabung menyabung. Aku takutkan petir dan kilat

Monday, October 19, 2009

Top 5 apabila...

Mamat tiada di rumah,

ok last 2 hari mamat ada kerja kt luar. X balik for 2 days. Sangat dilanda kebosanan. Berikut adalah my top 5 list yang ku buat apabila si kaduk takde kt rumah.

5. Menangis sebab kewenduan


siyesly mamat takde kat rumah for 2 days, wendu? adala, sakit hati memang pon (nape x call org?) huwaaaaaaaa

4. Bertukar menjadi 'Couch potato'


so kita kebosanan kan, maka tvlah jadi peneman setia. Tonton setiap channel sampai lembam. Sampai muak. Astro dok tayang anak halal 5 kali sehari, bosan gak tuh. Ok layan CSI: Miami, Layan Mystery Woman, Layan McBride, Layan citer Royal Pains. Oh lupa cuti Deepavali kan? So layanlah citer-citer tamil yang terpampang megah di kotak tv itu.

3.Shopping!!


bondaku menalipon, ajak shopping. Wau antara the best treatment ever. dari jam 11 sampai jam 3.30 petang hebat tak? Penuh troli. Paling best is. Tak keluarkan satu sen pon..hahahahahahaha. Ditaja sepenuhnya oleh Puan Ummi bonda terchenta. Ops tapi ada balasan tau. Mengikut bonda ke kenduri rumah orang..aiyyohhhhhhhhhhhhhhhhh


2. Melepak di 'mapley' (dengan keizinan of course)

adik ipar menalipon, mengerti kakal iparnya kebosanan. Dia ajak melepak di mapley paling fofular di kawasan Wangsa Maju itu. (Nope bukan NZ Wangsa Maju la) its ALi Maju!! Yeahaaa. Bergebang sikit punya lama dengan adik & kakak ipar. Alhamdulillah dapat ipar yang coolio and satu kepala (syukur ya Allah). Oh did i tell you my mother in law is the best?


1. Tidur!! (best activity ever!!)



so any words yang boleh describe keseronokan aktiviti ini? takde kan? memang best tido kan? hehehehehehehe


p/s: itu adalah antar aktiviti yg ku lakukan semasa mamat takde kt rumah, selain dari mengemas rumah pehtu sepahkan rumah kembali, memasak, minta resepi dari sahabat. erm..itu lah. pendek kata. Takde mamat memang bosan sangat-sangat

nota: awww...cheesy giler aaaaa

Tuesday, October 13, 2009

Antara yang ku kagumi


Ramai orang dalam dunia aku kagumi
Ramai di antara mereka aku anggap mereka sebagai guru aku
Trust me you can be someone's teacher sama ada kamu sedar atau tidak
My mum is my teacher, my aunt is my teacher, my friends also is my teacher
Setiap seorang mengajar aku sesuatu tentang hidup

Semalam, kebosanan di rumah sementelah cik abang masih tidak pulang dari masjid. Katanya ada perbincangan. Aku menonton tv. Tukar-tukar channel sampai lah ke E! Channel (nota: terkadang channel ini agak extereme skit, so parents tolong pantau anak-anak anda bila tgk channle ini ye). Ada dokumentari. (yes entertainment channle ada dokumentari ok, its more to biography ttg artis, sape lagi kaya, sapa paling tak chantek feseynnya. Yeah byk mengarut punya channel). Tajuk: True Hollywood Story: Oprah Winfrey. Sape suka tonton Oprah Winfrey Show angkat pc!! (me: angkat keyboard, monitor plus printer!!)

This lady, aku memang admire. She got something.
Latar belakang hidupnya yang tak cantik, dirogol when she was 9, until 15 years old dia jadi gadis agak sosial sehingga get pregnant. Unfortunately her baby tak dapat diselamatkan.
Kemudian dia diletakkan bawah jagaan ayahnya yang bekas tentera. There dia menjadi lebih berdisiplin.
She got that aura, aura yang boleh buat orang terpesona dengan kata-katanya. Luckily she used her talent for good. Oh teringat satu ketika dia di 'shifted'kan daripada pembaca berita utama kepada mengacarakan rancangan biasa kerana: Rambutnya yang kembang, Hidungnya yg pesek, Matanya, Kulitnya yg gelap (gosh..kesian dia). Sampaikan eksekutip kat sana minta dia buat pembedahan plastik supaya dia ubah diri dia menjadi lebih acceptable pd pandangan org lain. Ada dia berubah? Non ado!! Dia wat juga talk show itu dgn rambut kembangnya itu. Masa tu mana ada African-American woman yang hostkan talk show. Masa tu market itu dikuasai oleh lelaki!!

Dia bangkit, acarakan rancangan talk show itu. End up dia beli pemilikan saham utk rancangan talk show tersebut. Gosh..this lady memang hebat. Now dah ada channel sendrik, yayasan sendrik, siap buka sekolah di afrika selatan sinun.

Ye aku tahu, itu dia. Oprah, kaya boleh la wat apa sahaja. Hello, yang aku nampak semangat dia. kekuatan dia. Usahanya untuk berjaya. Menukar kelemahan menjadi kekuatan dirinya. La ni makcik ni dah jadi billionaire. Siyesly aku rasa para eksekutip yg suruh dia buat plastic surgery untuk ubah wajah dia jadi lebih menawan satu ketika dahulu la ni mahu menghentak kepalanya ke dinding 40 ribu kali. Dia sudah berjaya sekarang. Thanks to you yang tukarkan dia dr pembaca berita kepada mengacara talk show. Now dia jadi billionaire you.

Monday, October 12, 2009

Jangan menjauh


Apa pon salah kita jangan pergi jauh
Nakal camne pon diri ni
Jangan tinggalkan kita jauh-jauh

Please jangan menjauh...Nanti kita sakit kerinduan


So amacam?
Romantik tak?
Ceh rasa cam tak romantis langsung

To cut the story short, i hurt him, he punished me. He said "Ayang tak marah, ayang cuma sedih". Sedih sampai tak balik rumah pening kepala woo. Kucen pon bosan tgk tuannya asyik menangis kewenduan.

Apa yang aku buat? Mmmg salah ku. Big mistake. Patut dihukum. But sedar khilafku. I'm not perfect. Suami kata "Sayang terlalu nakal. Nakalmu keterlaluan." Huhu maafkan daku sayang. Daku memang sangat nakal. Ayang kan tahu, saya ni "pengganas sekolah" dan ayang adalah "pengawas sekolah". So sape lagi yang layak mendisiplinkan 'pengganas' ini jika bukan ayang?

Tapi please, marah camne pon jangan menghilang, jangan menjauh. Nanti saya kewenduan. Tak caya? Tanyalah sahabat camnilah dahsyatnya tangisan bila diri ditinggalkan. Hilang malu. Tangis sebab wendu. Sayang janji lepas ni tak buat lagi. Takkan over nakal. Tapi tetap nakal. Vuleh ye ayang?


p/s: dapat call dari yang terchenta "Sayang, khamis ni please masakkan paprik untuk 30 orang ye, boleh kan?"

me enter mode: 30!! (purak-purak pingsan)

(menjadik tak?)

Friday, October 9, 2009

saya kembali!!

salam,

bukan xmo menghupdate..everyday buka ada saja nk ku update
bukan xde citer mmg byk citer
citer ttg kenangan semasa g umrah
citer ttg kehidupan seharian
citer ttg masalah kerja yg menimbun (boringgggg)
citer ttg sahabat
citer ttg keluarga
citer ttg raya

macam-macam citer ada
tp bila dah jengah blog..
nak taip..aku tatau mana satu nk story 1st.
mental block
mungkinkah sebab aku dah lama x membaca bahan ilmiah?
hmmm

oh ye berita gembira..aku dengan sang kancil hubungan dh kemabli pulih
takat smashing & perli & sindir tu dah lali
sampai bila nak masam muka kan..

berita lagi satu
aku menegur sahabat terchenta
kerna lemah semangat, bersedih dan masih x percaya sang Arjuna mungkir janji
puas aku menasihati
bermacam cara ku berikan agar dia cergas kembali
Lelaki itu sudah gembira di sisi yg lain, kenapa kamu masih berduka?
tapi dia masih menatap pintu yg telah tertutup itu
masih mahu mengetuk..enggan berganjak
yang lagi buat aku marah..dia mula mengetuk pintu lain
masalahnya di pintu itu sudah ada Suri lain di dalamnya
sebagai sahabat aku berhak memarahinya bukan?
sahabt perlu marah sahabat yg lain bila dia berbuat salah bukan?
ya..sahabatku itu merajuk hati kerna aku menegurnya
teguran bukan kerna ku benci sahabat
teguran kerana aku sayang

cerita lagi satu
seorang sahabat bertanyakan pdku
tidak cantikkah dia? kurang berserikah dia?
pada ku dia sungguh cantik..dia menawan dan comel
padaku dia ada identiti tersendiri
enggan mengikut arus, yakin pada diri
tapi terkadang yakinnya goyah, semangatnya goncang
kataku pada sahabat
Yakinlah bahawa dirimu itu cantik, yakinlah bahawa dirimu itu bersinar
Bagiku hanya jauhari mengenal manikam
Dia mahal orangnya, hanya orang tertentu dapat melihat betapa istimewanya dirinya
Yakin pada ku kawan, kamu sangat istimewa

sahabat yg tercinta lagi seorang
terputus hubungan utk sementara,tapi aku tahu..dia pon tahu
hati kami masih yakin. dia sahabat, dia kawan, dia teman
aku setia ada di sini utk mendengar luahan
sahabat, jangan menghilang begitu lama ya
aku merindu dibuatnya, rindu dgr luahan kamu, rindu dengar celoteh kamu

waaa...aku byk bercerita tentang sahabat ye
kerna bagiku sahabat perencah dalam hidup aku
sahabat banyak mengajar aku
sahabat teman daku
sahabat tidak menghakimi daku
to all my frens i really do love you