Aku mengangguk. Lelaki tua itu pernah diserang angin ahmar
Allah masih sygkan dirinya., umurnya masih panjang
Tapi itulah bila usia makin menginjak ke arah senja, tenaga muda kita pon ikut sama hilang
Tok Alang ku uzur, sangat uzur
Kenapa dengan dia? Bertanya kembali pd Abah
Abah melawat dia, bersama Angah, dia terbaring tiada siapa yang menguruskan
Kencing berak tak terjaga
Aik anak lelakinya ke mana?
Sibuk jawabnya.
Aik sibuk sungguh ke, menjengah ayah sendrik tak berkesempatan?
Kalian nak tahu di mana tinggal anak lelaki tunggalnya?
Abahnya di tingkat 6, rumah anak lelakinya di tingkat 16!!
Bangunan yang sama. Bukannya jarak macam Kuala Lumpur ke Shah Alam nak menjengah
Buka pintu, sarung selipar, masuk lif tekan ke tingkat 6. Jengah la ayah sendrik, bukan orang lain!! (marah nih). Bayangkan lelaki tua yang ada sakit angin ahmar, jalannya pon kena berpimpin logik atau tidak kena uruskan diri sendrik? Logikkah? Takde langsung ke sifat bertanggungjawab dalam diri sampaikan untuk menjaga ayah sendirik pon tak berkesempatan? Buruk macam mana pon dia. Tetap dia ayah kandung kamu. Huh dasar Malin Kundang!!
Ye benar, ayahmu dahulu kala tidak sempurna ada khilafnya. maka apa kurangnya kamu berbuat begitu pada ayah kamu? Apa tugas kamu sebagai seorang anak? sempurna sangatkah kamu sehingga menjengah ayah sendrik pon tak berkesempatan. Apa kerja kamu menteri??
Bertanya pada abah, apa ayah katakan pada sepupu ayah itu
Mahu menghantar ayahandanya ke rumah orang tua..sungguhlah tak terkata aku dibuatnya.
kataku: mungkin ini ujian Allah buat atuk saudaraku, pengajaran buat aku & seluruh ahli keluargaku. Ya Allah lindungi ahli keluargaku serta insan-insan yang dekat di hatiku.