Wednesday, November 25, 2009

Review filem: Papadom



Ok ok mmg dah lewat
tapi at least aku dah nonton kan..

Citer yg bagus padaku
bagaimana sayangnya seorang ayah kepada anaknya
bagaimana rasa kesalnya dalam hati dia kerana x cukup masa diluangkan untuk arwah si isterinya (norkhiriah). dengan itu si bapa meluangkan 24/7 dengan anak pompuannya Miasara (liyana jasmay). setiap kali besday anak dia ms kecik-kecik kawannya yg tolong ingatkan. almaklum kedai makin maju, demi untuk bisnes.

bab yang aku paling terasa bila menonton citer nih:
1. bila si isteri Mun meminta tolong si Saadom ambilkan susu utk si Miasara (yg baru lahir). masa tu Saadom sebuk citer ttg projek nak kembangkan bisnes dengan kawan-kawannya, padahal botol susu itu dekat sgt dengan dia. Sudahnya isterinya sendrik turun ambil botol susu itu (kalu aku la sahih la aku amuk bila somi wat camtu...)

2. Saadom x basuh kasut sekolah anaknya, tapi dia beli kasut banyak2 letak dalam stor. Nak pakai kasut baru, buang kasut lama buka kotak kasut yg baru..tu dia aih org lelaki jaga anak..hihi

3. bila Saadom menyamar jd tukang kebun semata nak dekat dengan anak dia. Dah janji dengan si anak xmo datang jumpa anaknya sepanjang berada di kampus. Mmmg la dia tak jumpa anak dia, tapi masih xmo lepaskan anaknya. Sudahnya menyamar jd pakcik tukangkebun (Shukor kata "Jangan emosi dengan tanah"..hehe nice)

4. Masa Saadom mengekor anak dia g dating si Hisham Hashim tgk citer Zombie Kampung Pisang.."Api..api,"

ok la..tu antara chapter yg aku suka dalam citer ini. Belum lagi
a. bab Saadom dan si Rahmat (Que Haidar with hideous hair..tapi watak dia cute..mamat yg abstrak) panjat pokok intip si Miasara

b. watak Hisham Hasim (farid kamil) yang nampak macho tapi not la 'macho' mana "Hey..berzina"..eww so lembut..

c. Scha..dia chantek..tp nak bw watak ala 'bitchy' style cheerleader yg kerek x begitu menjadi. She can act, but untuk jd cheerleader yg agak 'bitchy' agak kurang la..

d. Norkhiriah, she's a ghost sebenarnya..eh bukan hantu, tapi lebih kepada bayangan si Saadom ttg arwah isterinya. Cool giler. Tukar tukar baju kejap tukang kebun, kejap baju cheerleader, kejap baju lip lap masa tgk movie..cute

aku nonton citer ini, aku gelak..pehtu aku pon nangis gak. Terus rasa nak peluk abah masa tu gak. Nak - nak bila Saadom kata "kalau susah papa tetap ada, panggil je, papa akan datang," siyes teringat kat abahku..

Aku tabik pada Afdlin, lakonan yg marbeles, he deserved it. Sangat sukakan lakonannya. Liyana Jasmay she's talented. Que Haidar..watak mmg blur and abstrak satu lagi eksperimen yg menjadi selepas filem Zombie Kampung Pisang(tepukan untuk dia please). Norkhiriah watak sampingan yg bagi rencah yg lagi best dalam citer ini.

aku bagu 4.5 dari 5 bintang..aku sukaaaaaaa

Monday, November 23, 2009

Hehe

Today kan 23 November tau...so

Align Center

so my dear hubby, for my besday present..i want this ok



tak pun yang ini tau..


erm kalering x nice la..next one la pulak


seksinya...ayang i like this one can I have this?

adapon tujuan ku meminta handbag sebagai besday presentku adalah kerana..henbag ku yg sekarang ini zipnya dh problem..yeah i know leh hantar kt kedai..tp nak gak yang baru..huhu leh ngengada kan ayang kan

Saya..mahu jadi usahawan

Siyes
tajuk di atas tu mmg siyes
Takyah la nak dibelek-belek lagi

Its time for to create my own way kan
masa untuk saya bertanggungjawab atas diri sendrik
Gaji saya, saya usaha sendrik (apakah?)

Mahu tahu apa yg kujual?
Benda biasa je..kecil-kecilan
Tapi pakcik bagitau, biar bermula dengan selangkah
at least saya mula melangkah dari berdiri tegak langsung tak bergerak

So here saya perkenalkan apa yg saya jual T SHIRT MUSLIMAH!!

jap-jap saya nak pastekan antara design produk yang saya jual. Insya Allah sumer saiz ada S, M, L , XL, XXL, 3XL & 4XL (saya yg tembam pakai saiz XL..hehe)


cantek kan? ini saya panggil as sport cut sbb kolar dia bentuk V.
Ada dalam kaler biru, pink, hijau



ini saya panggil double layer, sbb dia 2 kaler kan. Ada dalam kaler hitam, purple, brown & hijau, ops lupa pink pon ada. Nak tgk? tadaaa!!!


double layer kaler pink

apa lagi ek..banyak lagi..oh ye full cut + half cut
apa bezanya? cmni full cut warna lengannya satu warna
tapi half cut, warna lengannya ada dua kaler
Contoh camni la


purple is half cut, light green is full cut, blue is sport cut (tgk kolar dia)
warna lain untuk full cut pon ada, blue, green, purple, maroon and pink
(huh nampak cam i suka pink kan?)


full cut kaler maroon chantek kan?

sumer yang disebutkan di atas harganya adalah standard RM 38 (kalu beli lebih i kasik diskaun la). Cuma untuk saiz 3XL ada tambahan RM 3 and untuk 4XL harga tambahan adalah RM 6.

Tambahan untuk design t shirt biasa ada gak yg berpoket and berbutang. Contoh camni

ada dalam warna pink, biru, hijau, maroon. (2 side pockets tau)
tapi harganya lebih skit RM 42. Kos untuk butang and nak wat poket.

Apart from that ada lagi satu yang sungguh memikatku. Kardigan design untuk muslimah


cantek kan? labuh & selesa. Yang ni harganya akan dimaklumkan kendian..hehehe nak negotiate harga dulu.

















Monday, November 16, 2009

Alkisah hari isnin punya cerita

Hehehehe

alkisah
maka pagi ini,
tiba-tiba mendung menjelma (elok2 je mmg cuaca hari ni mendung kan?)
Sang kancil murka kerana
Ada cat tertumpah ke karpet, aduh sang raja rimba mengarahkan "Cepat bersihkannya"

setelah disiasat

rupanya kerja-kerja sekawan anak rusa yg bergurau senda
menconteng dgn gembira pada hari cuti bekerja

kata anak rusa 1: kerjanya dah sudah, tiba-tiba botol cat itu jatuh
kata anak rusa 2: dah sudah pon kak kerjanya tgh mengemas, sambil sembang-sembang berlawan kata tiba-tiba....
kata anak rusa 3: (waktu siasatan berlangsung anak rusa ke 3 masih belum menjelma, dalam perjalanan katanya)

daku yg secara tak langsung berada di kawasan kejadian
pantas menyinsing lengan mencari bahan untuk mencuci karpet yg bertukar warna
(merah lak tuh) itu

bersama anak rusa 1 dan anak rusa 2
sedang asyik menyental sang kancil pon turut sama
alhamdulillah, dia membantu
tapi..
MULUTNYA PON MEMBANTU SAMA...

aku faham, kancil takut dimarahi oleh sang Raja Rimba
sempat menjeling pada anak rusa 1 & 2
merah muka mereka, mungkin menahan panas telinga kerana disyarah sebegitu rupa
diam membatu, tunduk menyental karpet

bila sang kancil mengadap utusan dari Rimba Tanah tinggi
masing-masing mula bersuara, merungut kerna dimarah oleh sang kancil
aku tersenyum sahaja, tangan masih setia menyental kotoran yg ada

kini
anak rusa 3 menjalankan tugasan yg sama
mengulang sentalan di tempat yg sama
sama-sama lah berdoa agar hilang kotoran yg menjelma

itulah ceritanya
cerita hari Isnin yang gembira (?)

Thursday, November 5, 2009

Bersyukur

Assalamualaikum, kisah ini dipetik dari sini
Bagus sekali kisahnya ada pengajaran, buat kita berfikir


Ada
satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:


“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang "terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita." Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.

Pengajaran dari kisah tersebut ialah
jangan kita hanya nampak susah kita,
tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita cuba jadi benda lain.
Kit
a harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita.

Payahnya bilamana

atap
nak jadi tiang,
tiang
pulak nak jadi
dinding
dan
dinding pulak
nak jadi
tangga.




Tuesday, November 3, 2009

Tentang Cinta

Aku suka melawat forum dr tuah di sini
malah aku adalah antara org yg rajin membalas apa yg ada di sana (forumer)

antara tempat yg rajin ku jengah adalah bahagian Aduh, Sakitnya Cinta

ye tepat sekali tentang cinta, sumer kerana cinta


kerana Cinta, Saidatina Khadijah sanggup memanjat gunung semata mahu menghantar makanan pd baginda Rasulullah s.a.w (masa tu umurnya 50 tahun lebih)
kerana Cinta, Tembok Beijing berjaya ditakluk oleh Mongolian
kerana Cinta, Marc Anthony boleh mengkhianat pd pimpinan dek kerana cintanya pd Cleopatra
kerana Cinta, merajuk camne pon dengan sang suami, si isteri tetap uruskan makan pakainya (bukan ke cinta namanya)


sumer sebab C.I.N.T.A

melihat

melihat...wajah sahabat yang bercahaya bila bercerita ttg yg dicintainya

melihat... titis airmata teman yang kerana ditinggalkan oleh yang dicinta, kecewa

mendengar

bicara kawan yang tak putus putus bercerita ttg apa yg dia lalui bersama kekasih hatinya

aduan teman yang bergolak dengan yg dicinta..sayangnya masih ada..sangat manis sekali kerana salah faham adalah puncanya

cuba memahami luahan rasa teman yang ditinggalkan
setelah ditaburkan kata-kata yang mampu
membuat sahabatku terbang ke awan.
Patah hati


terkadang aku sendiri mencari rujukan,
terkadang daku juga menjadi tpt dirujuk


Manusia boleh jadi gila sebab Cinta
Terkadang melihat masalah orang,
rasanya terlalu mudah di mata kita

Akan tetapi, bahunya yang memikul kita juga yang menggalasnya kah?
Terkadang terasa bengang
melihat insan melakukan perkara gila
demi kerana membuktikan Cinta.
Ada yang sanggup diperbodohkan demi kerana Cinta

Ye semua demi kerana Cinta

Siapa yang menciptakan rasa Cinta itu?
Bukankah Allah Maha Pencipta

daku agak khuatir kiranya
Cintaku pd yg tercinta (somiku)
melebihi Cintaku pada Sang Pencipta rasa Cinta ini
Allah s.w.t


Kenapa ye? demi insan yang tercinta
ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbuat dosa
Tetapi
amatlah berat untuk melaksana
apa yang diperintahkan
oleh Maha Pencipta rasa CINTA itu sendrik?

Aku memikirkannya
Akui terkadang aku juga leka
Bagiku jika Cinta kita
pd Sang Pencipta melebihi
dari cinta kita pada yang diciptanya,
insya Allah rasa kecewa
dan patah hati itu akan hilang lama kelamaan.
Allah tak pernah tinggalkan kita. Allah sentiasa ada.



Patutnya kita lebih Cinta
dengan yang selalu ada dekat dengan kita bukan?

Fikir-fikirkan


p/s: pada yang cuba nak tahu Tentang Cinta try la baca buku ini, bagus sekali. Insya Allah rasa kecewa sebab patah hati akan terubat sendrik. Bagi yang mencari Cinta pon rujuklah buku ini
. Buat yang sedang bercinta, jadikan sebagai panduan & rujukan


Monday, November 2, 2009

Sape tak tempting?

"Ish ayang makin mendebab la, jalan skit mengah" adu cik abang

"A'ah syg pon, jom kita diet sama-sama jom" bersemangat aku.

Masing-masing sedar diri yg badan makin gedebab..hehe. Maka kedua-dua bersetuju nak menjalani gaya hidup sihat. Pagi2 jgn skip breakfast, oily food elakkan, exercise itu penting. Kena turunkan nih adik iparku nak kawen bulan 12 nih. kena make myself and my hubby appearance kami more acceptable. You knw org-org yang peramah mesti berckp "makin sihat ko skrg nih" tak sedar agaknya yg berckp itu saiz badannya hampir sama dengan kita. Takpe sabar sabar

Maka aku pon dengan semangat yg kuat melangkah ke opis. Amalan gaya hidup sihat terlekat dalam hati dan minda (?? bersemangatnya)
sekali punah!!! Aduh aku menahan godaan
Terletak megah di atas meja ku



sape yang tak tergoda? uish melawan godaan sungguh