saya? for me life is beautiful. Apa yg kita fikir tak semestinya sama dgn apa org lain fikirkan. jd hormati pdgnnya juga.
Wednesday, November 25, 2009
Review filem: Papadom
Ok ok mmg dah lewat
tapi at least aku dah nonton kan..
Citer yg bagus padaku
bagaimana sayangnya seorang ayah kepada anaknya
bagaimana rasa kesalnya dalam hati dia kerana x cukup masa diluangkan untuk arwah si isterinya (norkhiriah). dengan itu si bapa meluangkan 24/7 dengan anak pompuannya Miasara (liyana jasmay). setiap kali besday anak dia ms kecik-kecik kawannya yg tolong ingatkan. almaklum kedai makin maju, demi untuk bisnes.
bab yang aku paling terasa bila menonton citer nih:
1. bila si isteri Mun meminta tolong si Saadom ambilkan susu utk si Miasara (yg baru lahir). masa tu Saadom sebuk citer ttg projek nak kembangkan bisnes dengan kawan-kawannya, padahal botol susu itu dekat sgt dengan dia. Sudahnya isterinya sendrik turun ambil botol susu itu (kalu aku la sahih la aku amuk bila somi wat camtu...)
2. Saadom x basuh kasut sekolah anaknya, tapi dia beli kasut banyak2 letak dalam stor. Nak pakai kasut baru, buang kasut lama buka kotak kasut yg baru..tu dia aih org lelaki jaga anak..hihi
3. bila Saadom menyamar jd tukang kebun semata nak dekat dengan anak dia. Dah janji dengan si anak xmo datang jumpa anaknya sepanjang berada di kampus. Mmmg la dia tak jumpa anak dia, tapi masih xmo lepaskan anaknya. Sudahnya menyamar jd pakcik tukangkebun (Shukor kata "Jangan emosi dengan tanah"..hehe nice)
4. Masa Saadom mengekor anak dia g dating si Hisham Hashim tgk citer Zombie Kampung Pisang.."Api..api,"
ok la..tu antara chapter yg aku suka dalam citer ini. Belum lagi
a. bab Saadom dan si Rahmat (Que Haidar with hideous hair..tapi watak dia cute..mamat yg abstrak) panjat pokok intip si Miasara
b. watak Hisham Hasim (farid kamil) yang nampak macho tapi not la 'macho' mana "Hey..berzina"..eww so lembut..
c. Scha..dia chantek..tp nak bw watak ala 'bitchy' style cheerleader yg kerek x begitu menjadi. She can act, but untuk jd cheerleader yg agak 'bitchy' agak kurang la..
d. Norkhiriah, she's a ghost sebenarnya..eh bukan hantu, tapi lebih kepada bayangan si Saadom ttg arwah isterinya. Cool giler. Tukar tukar baju kejap tukang kebun, kejap baju cheerleader, kejap baju lip lap masa tgk movie..cute
aku nonton citer ini, aku gelak..pehtu aku pon nangis gak. Terus rasa nak peluk abah masa tu gak. Nak - nak bila Saadom kata "kalau susah papa tetap ada, panggil je, papa akan datang," siyes teringat kat abahku..
Aku tabik pada Afdlin, lakonan yg marbeles, he deserved it. Sangat sukakan lakonannya. Liyana Jasmay she's talented. Que Haidar..watak mmg blur and abstrak satu lagi eksperimen yg menjadi selepas filem Zombie Kampung Pisang(tepukan untuk dia please). Norkhiriah watak sampingan yg bagi rencah yg lagi best dalam citer ini.
aku bagu 4.5 dari 5 bintang..aku sukaaaaaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ya kisah mana mana filem pon tentang kasih seorang ayah memang akan menyentuh kalbu,
kasih syang ibu itu nyata, tapi kasih seorang ayah itu ajaib.
waa sgt mengarut aku ni...
suka filem Papadom.
guess what bring me here?
CiM sdg siapkan tugasan tentang review filem mengenai kemasyarakatan, komunikasi & hubungan kekeluargaa. Then i choose Papadom
Post a Comment