Friday, February 27, 2015

pENIAGA jALANAN: TERKEDU

dtg sahabat baik bertanya soalan jujur
(rephrase ayat ikut pemahaman daku)

"Akak suka kerja sekarang?"
Angguk laju laju
Loving it

Dia tanya lagi
"Boleh cover your commitment?"
Pantas menggeleng
Mmg x dpt cover langsung

Aduhai..

Dia bersuara lagi
"You have the skills kak, your experience & knowledge mahal"
Ada benarnya

Bayangkan
dari bergaji bulanan RM4k
sekarang 1k pon xde

pengsan..

tapi i love my current job

isk mesti cari krja part time ni
x boleh jadi


Tuesday, February 24, 2015

Kawan..


cool kan


Sunday, February 22, 2015

Nota peniaga jalanan: Bila gen set rosak

Allahurabbi..

Genset rosak


Setiap peniaga jalanan mesti rasa susah hati sgt

Melainkan kalo mereka menyewa tapak dengan kedai yg ada elektrik
atau..
yang curi letrik dr tiang TNB (definitely not me)

Khamis 19/2/2015 tepat jam 12.00 tgh malam gen set mati

Ku fikirkan sbb minyak dah habis
rupanya meleset jangkaan

terpaksa bungkus sumer..balik

Bersyukur dengan hasil jualan

Jumaat ingin cuba lagi meniaga..gen set masih tak hidup

rasa sesak nafas
Allah..Allah..permudahkan la
ternyata rezeki bukan milik kami pd hari itu
mesin itu masih buat hal..
Tak berniaga, maka tiada hasil untuk kami..

Fikirkan dengan hanya ada RM100 dalam tangan, memikirkan bil bil nan bertimbun perlu dilunaskan

rasa sesak nafas jgn dikira..rumah,kereta, henpon, tnb, credit card (siyes i will cut this expenses immediately)..
sedih sgt bila ia menimpa
Ku fikir Allah ada..Allah ada..

Dah berbincang dengan suami..mesti ada backup

Jika gen set buat hal mesti ada back up
guna bateri kereta..
Ini mata pencarian kami

Ingat kata seseorang pada kami

Bukan senang nak senang..
Usaha usaha usaha
Jangan putus asa


Pengajaran dari kisah ini: Peniaga jalanan mesti ada backup jika bekalan elektrrik terhenti..mesti ada



Sunday, February 15, 2015

menghilangkan rasa benci

pernah tak rasa begitu

bertanya beribu kali
how to get rid of this feeling?
Nabi s.a.w dah ajar tak baik terlalu membenci
walo bagaimana teruk pon kita terima akibat
jgn terlalu membenci

hari demi hari melihat mereka bergembira
ya bergembiralah kamu
menarilah kamu
atas sengsaranya aku

setiap hari cuba memaafkan
demi Allah aku cuba memaafkan
saban hari pula mereka pamerkan
look how happy we are!!

sudahnya
aku delete sahaja nama mereka
singkirkan dr lingkungan sahabat

aku x nak terlalu membenci

aku dah penat
aku nk uruskan hidup aku sendrik
jgn melintas di hadapan aku
tolong jangan..

aku tak nak benci kamu


Wednesday, February 11, 2015

Peniaga Jalanan...cabaran: Ayat gugah hati

Kata-kata yang akn mematahkan semangat seorang peniaga

Statement 1
 Aik ko tak kerja ofis dah ke, belajar sampai Master kemain

Nak menitik air mata bila dgr statement berkenaan, takkan aku nak ceritakan tentang aku dikhianati oleh orang yg janjikan aku macam-macam, in the end leaving me to bite the dust kan

Jawapan saya
Sahabat, i praktis my Master sijil, nak jadi bisneswoman

Statement 2
Ko meniaga kat mana?

Aduhai, aku ni peniaga jalanan..berhujan panas, dengan debu dan asap kenderaan (aisshh meleleh air mata ku), mana boleh setara dengan sahabat yang kerja di office yang ada aircond kerusi empuk menghadap laptop, pc

Soalan ini aku tak berikan jawapan

Statement 3 
Along meniaga? Banyak dapat? So camne unjuran jualan

Amboi..ingat aku buka syarikat besar ke, nak buat unjuran jualan bagai..
Saudara, saya peniaga jalanan..buka payung, buka meja..letakkan barang jualan dan meniaga
Saya berusaha keras nak kumpul duit byr segala hutang piutang dan bil yg ada
Give me a call bila saya berjaya cipta jualan puluh ribu sebulan ok..


itu 3 ayat yg gugah hati i
top 3
rasa ngilu dihati nih