Allahurabbi..
Genset rosak
Setiap peniaga jalanan mesti rasa susah hati sgt
Melainkan kalo mereka menyewa tapak dengan kedai yg ada elektrik
atau..
yang curi letrik dr tiang TNB (definitely not me)
Khamis 19/2/2015 tepat jam 12.00 tgh malam gen set mati
Ku fikirkan sbb minyak dah habis
rupanya meleset jangkaan
terpaksa bungkus sumer..balik
Bersyukur dengan hasil jualan
Jumaat ingin cuba lagi meniaga..gen set masih tak hidup
rasa sesak nafas
Allah..Allah..permudahkan la
ternyata rezeki bukan milik kami pd hari itu
mesin itu masih buat hal..
Tak berniaga, maka tiada hasil untuk kami..
Fikirkan dengan hanya ada RM100 dalam tangan, memikirkan bil bil nan bertimbun perlu dilunaskan
rasa sesak nafas jgn dikira..rumah,kereta, henpon, tnb, credit card (siyes i will cut this expenses immediately)..
sedih sgt bila ia menimpa
Ku fikir Allah ada..Allah ada..
Dah berbincang dengan suami..mesti ada backup
Jika gen set buat hal mesti ada back up
guna bateri kereta..
Ini mata pencarian kami
Ingat kata seseorang pada kami
Bukan senang nak senang..
Usaha usaha usaha
Jangan putus asa
Pengajaran dari kisah ini: Peniaga jalanan mesti ada backup jika bekalan elektrrik terhenti..mesti ada
No comments:
Post a Comment