saya? for me life is beautiful. Apa yg kita fikir tak semestinya sama dgn apa org lain fikirkan. jd hormati pdgnnya juga.
Wednesday, November 25, 2009
Review filem: Papadom
Ok ok mmg dah lewat
tapi at least aku dah nonton kan..
Citer yg bagus padaku
bagaimana sayangnya seorang ayah kepada anaknya
bagaimana rasa kesalnya dalam hati dia kerana x cukup masa diluangkan untuk arwah si isterinya (norkhiriah). dengan itu si bapa meluangkan 24/7 dengan anak pompuannya Miasara (liyana jasmay). setiap kali besday anak dia ms kecik-kecik kawannya yg tolong ingatkan. almaklum kedai makin maju, demi untuk bisnes.
bab yang aku paling terasa bila menonton citer nih:
1. bila si isteri Mun meminta tolong si Saadom ambilkan susu utk si Miasara (yg baru lahir). masa tu Saadom sebuk citer ttg projek nak kembangkan bisnes dengan kawan-kawannya, padahal botol susu itu dekat sgt dengan dia. Sudahnya isterinya sendrik turun ambil botol susu itu (kalu aku la sahih la aku amuk bila somi wat camtu...)
2. Saadom x basuh kasut sekolah anaknya, tapi dia beli kasut banyak2 letak dalam stor. Nak pakai kasut baru, buang kasut lama buka kotak kasut yg baru..tu dia aih org lelaki jaga anak..hihi
3. bila Saadom menyamar jd tukang kebun semata nak dekat dengan anak dia. Dah janji dengan si anak xmo datang jumpa anaknya sepanjang berada di kampus. Mmmg la dia tak jumpa anak dia, tapi masih xmo lepaskan anaknya. Sudahnya menyamar jd pakcik tukangkebun (Shukor kata "Jangan emosi dengan tanah"..hehe nice)
4. Masa Saadom mengekor anak dia g dating si Hisham Hashim tgk citer Zombie Kampung Pisang.."Api..api,"
ok la..tu antara chapter yg aku suka dalam citer ini. Belum lagi
a. bab Saadom dan si Rahmat (Que Haidar with hideous hair..tapi watak dia cute..mamat yg abstrak) panjat pokok intip si Miasara
b. watak Hisham Hasim (farid kamil) yang nampak macho tapi not la 'macho' mana "Hey..berzina"..eww so lembut..
c. Scha..dia chantek..tp nak bw watak ala 'bitchy' style cheerleader yg kerek x begitu menjadi. She can act, but untuk jd cheerleader yg agak 'bitchy' agak kurang la..
d. Norkhiriah, she's a ghost sebenarnya..eh bukan hantu, tapi lebih kepada bayangan si Saadom ttg arwah isterinya. Cool giler. Tukar tukar baju kejap tukang kebun, kejap baju cheerleader, kejap baju lip lap masa tgk movie..cute
aku nonton citer ini, aku gelak..pehtu aku pon nangis gak. Terus rasa nak peluk abah masa tu gak. Nak - nak bila Saadom kata "kalau susah papa tetap ada, panggil je, papa akan datang," siyes teringat kat abahku..
Aku tabik pada Afdlin, lakonan yg marbeles, he deserved it. Sangat sukakan lakonannya. Liyana Jasmay she's talented. Que Haidar..watak mmg blur and abstrak satu lagi eksperimen yg menjadi selepas filem Zombie Kampung Pisang(tepukan untuk dia please). Norkhiriah watak sampingan yg bagi rencah yg lagi best dalam citer ini.
aku bagu 4.5 dari 5 bintang..aku sukaaaaaaa
Monday, November 23, 2009
Hehe
so my dear hubby, for my besday present..i want this ok
tak pun yang ini tau..
Saya..mahu jadi usahawan
tajuk di atas tu mmg siyes
Takyah la nak dibelek-belek lagi
Its time for to create my own way kan
masa untuk saya bertanggungjawab atas diri sendrik
Gaji saya, saya usaha sendrik (apakah?)
Mahu tahu apa yg kujual?
Benda biasa je..kecil-kecilan
Tapi pakcik bagitau, biar bermula dengan selangkah
at least saya mula melangkah dari berdiri tegak langsung tak bergerak
So here saya perkenalkan apa yg saya jual T SHIRT MUSLIMAH!!
jap-jap saya nak pastekan antara design produk yang saya jual. Insya Allah sumer saiz ada S, M, L , XL, XXL, 3XL & 4XL (saya yg tembam pakai saiz XL..hehe)
Ada dalam kaler biru, pink, hijau
apa lagi ek..banyak lagi..oh ye full cut + half cut
apa bezanya? cmni full cut warna lengannya satu warna
tapi half cut, warna lengannya ada dua kaler
Contoh camni la
purple is half cut, light green is full cut, blue is sport cut (tgk kolar dia)
warna lain untuk full cut pon ada, blue, green, purple, maroon and pink
(huh nampak cam i suka pink kan?)
full cut kaler maroon chantek kan?
tapi harganya lebih skit RM 42. Kos untuk butang and nak wat poket.
Monday, November 16, 2009
Alkisah hari isnin punya cerita
alkisah
maka pagi ini,
tiba-tiba mendung menjelma (elok2 je mmg cuaca hari ni mendung kan?)
Sang kancil murka kerana
Ada cat tertumpah ke karpet, aduh sang raja rimba mengarahkan "Cepat bersihkannya"
setelah disiasat
rupanya kerja-kerja sekawan anak rusa yg bergurau senda
menconteng dgn gembira pada hari cuti bekerja
kata anak rusa 1: kerjanya dah sudah, tiba-tiba botol cat itu jatuh
kata anak rusa 2: dah sudah pon kak kerjanya tgh mengemas, sambil sembang-sembang berlawan kata tiba-tiba....
kata anak rusa 3: (waktu siasatan berlangsung anak rusa ke 3 masih belum menjelma, dalam perjalanan katanya)
daku yg secara tak langsung berada di kawasan kejadian
pantas menyinsing lengan mencari bahan untuk mencuci karpet yg bertukar warna
(merah lak tuh) itu
bersama anak rusa 1 dan anak rusa 2
sedang asyik menyental sang kancil pon turut sama
alhamdulillah, dia membantu
tapi..
MULUTNYA PON MEMBANTU SAMA...
aku faham, kancil takut dimarahi oleh sang Raja Rimba
sempat menjeling pada anak rusa 1 & 2
merah muka mereka, mungkin menahan panas telinga kerana disyarah sebegitu rupa
diam membatu, tunduk menyental karpet
bila sang kancil mengadap utusan dari Rimba Tanah tinggi
masing-masing mula bersuara, merungut kerna dimarah oleh sang kancil
aku tersenyum sahaja, tangan masih setia menyental kotoran yg ada
kini
anak rusa 3 menjalankan tugasan yg sama
mengulang sentalan di tempat yg sama
sama-sama lah berdoa agar hilang kotoran yg menjelma
itulah ceritanya
cerita hari Isnin yang gembira (?)
Thursday, November 5, 2009
Bersyukur
Bagus sekali kisahnya ada pengajaran, buat kita berfikir
Ada
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.
Kata tiang "terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita." Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
jangan kita hanya nampak susah kita,
tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita cuba jadi benda lain.
Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita.
Payahnya bilamana
atap nak jadi tiang,
tiang pulak nak jadi dinding
dan dinding pulak
nak jadi tangga.






