Wednesday, January 14, 2009

Andaianku..

Hmm
Ini mungkin cuma rasaku
Mungkin fikiran jahatku
Tapi..
Memang terasa sangat
Aku terasa pelik
Tak mungkin kot..
Takpe kita tunggu lagi..
Hari demi hari aku menunggu
Pun tiada juga
Kenapa kah?
Maka aku rasa perlu ku lontarkan rasa ini..

ELLO SAHABAT KU..KE MANA KALIAN?
JANGAN BUANG DAKU KERNA AKU SDH TINGGALKAN ALAM GADIS KU
KALIAN TIANG PENGUAT SEMANGAT DAKU..

dengan sape lagi aku nak sembang kalu korang hilang??

Tuesday, January 13, 2009

Dalam hati..

Sana sini org berbicara tentang saudara ku nun jauh di Gaza sana
setiap kali melihat atau mendengar..sungguh aku rasa ngilu..
mahu saja aku tikam mereka yg membuat onar pada saudaraku di Palestine sana
maafkan daku saudaraku..aku hanya mampu mengetap bibir..bibir memaki..hati tak putus-putus mendoakan kesejahteraan kalian..

sesungguhnya..anak-anak bangsa kalian lebih berani dlm menempuh hidup berbanding anak bangsaku di negara ini, yg kenal bentuk senjata melalui kaca televisyen mahupon mainan PS2 mereka...

Tapi, anak-anak Palestine di sana lebih hebat..berani melawan senjata yg memuntahkan beribu peluru yg pasti akan meragut nyawa mereka. Senjata mereka?
batu-batu..dilontar pd anjing-anjing Zionis keparat itu..(sebak tahan menangis)
kalian lebih berani..kalian lebih tabah..kalian lebih kuat..(ye aku akui aku penakut)

Tatkala..anak-anak bangsaku sibuk menggilai segala macam rancangan realiti hiburan
kalian berhadapan dengan realiti kehidupan..mempertahankan agama..tanah air dan keluargamu..

Namun sungguh aku tidak faham..kenapa jiran kalian membisu?..kamu seagama..peduli apa aku dengan syiah dan sunnah..aku tidak mahu tahu itu. Paling penting agamamu Islam. Kenapa jiran kamu paling hampir enggan membuka pintu sempadannya utk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke tempat mu? Tergamaknya mereka..melihat jiran sendiri disembelih dan mereka hanya memeluk tubuh..

Mana dia pemimpin dunia Arab yg kaya raya itu? Yg mampu membina dan menghias tandasnya bersalut dengan emas..alangkah baiknya jika wang itu disalurkan utk membantu saudara seagama mereka yg dalam kesusahan yg kebuluran mati kerana tak cukup makan. Perlu apa bersidang saban hari..bermesyuarat tak henti-henti padahal kalian di bumi Gaza saban hari bermandi darah?

Ye..aku akui Israel memang kejam..Zionist memang kejam..
Tapi pada hematku yg paling kejam adalah jiranmu yg seagama denganku dan kamu
Kerna membiarkan kalian disembelih di tanah air sendiri..
Akan ku tuntut..akan ku tanya pada setiap pemimpin dunia Arab satu hari nanti..
Kenapa mereka tergamak membiarkan kalian disembelih saban hari..
Mungkin aku tak akan dapat bertanya di alam ini..tapi akan ku tuntut di alam 'sana '
Setiap titik darah kalian akan ku tuntut..akan ku tanya..

Ini janji aku..ini janji saudaramu..

(nota penulis: maaf tiada gambar..jiwa sakit melihat saudaraku jadi begitu. Mamat (Kaduk) bertanya..adakah aku izinkan jika dia mahu ke sana? Aku benarkan tapi aku mahukan dia tinggalkan kenangan buatku di sini.)

Tuesday, January 6, 2009

SAWANG DI BLOG...



Dear..your blog dah bersawang.. (huh?)..pesanan ikhlas dr sahabat tersyg baru ku perasan sudah sebulan aku tak menghupdate my blog terchenta ini.. sebab-sebabnya.. 1. Kaduk eksiden..lagi 12 hari nak tawen (sadis sungguh..wat drama dlm Emergency wad HKL) 2. Bz preparation..majlis nikah n tawenku... 3. keje..keje n keje 4. den cuti tawen.. 5. balik dr cuti tawen..mejaku bersawang dgn keje-keje nan menimbun.. hmm..sggh nampk muram aja blog ku ini.. sawang penuh..(alasan penuh..hahaha)

yeah yeah aku berhutang pd kalian ttg kenangan di majlis bersejarah buat diriku..
akn ku postkan gbr-gbr tersebut..

to my frens..tenkiu for hadir..tenkiu for being there for me..tach thanks coz tenangkan daku tatkala si dia dilanda musibah..haha sangka ku aku cukup tabah..ternyata meleset bukan..

ok sebagai menceriakan keadaan i will post a few pic from my bersejarah day..

Wednesday, December 3, 2008

Jiwa Terpujuk


Hehe it takes less than 24 hour utk si kaduk kalut memujukku..aduh sygku

Monday, December 1, 2008

Hurting


Funny kan cinta ni..we'll hurt even more when we hurt someone we really loved.