Thursday, December 30, 2010

Ttg Bola


ok ok akak tahu isu paling popular skrg nih
Malaysia menang Piala Suzuki AFF
wohoooooooooooo akak bangga you..


walaupon sambil duk meniaga roti john..
akak xleh concentrate bila dgr org menjerit

nasib baik pelanggan x ramai smlm..

sumer concentrate tgk bola.. makan pon depa x heran dah

kejap akak ke depan skrin
kejap akak balik ke gerai balik

pergh penangan bola punye pasal..

time gol..akak jerit slow2 sbb kt gerai..
malu kt org..
malu cik abang kang


pdhal kalu kt rumah..i la jerit paling kuat..


akak memang minat football ok...
oh ikut org amerika depa panggil soccer

i have 3 brothers utk membuktikannya
dr zaman azman adnan..
peminat team selangor sejati
sampai la skrg ni ha
siyesly akak bangga dgn kejayaan malaysia
walaupon sotong indonesia ramalkan indon menang smlm
tp Malaysia juara you..

akak terharu (oh sebak..rasa kembang di dada)

oh tambah terharu..Jumaat Malaysia Cuti...aduhai
kalau kita layak world cup cuti gak ke?


apa? EPL?
akak sokong Chelsea team
wlaupon pakcik Maurinho udah tidak bersama mereka
akak stay with the team
apa kes john terry calling2 akak suh jgn tuko team
sian si drogba tuh kalu akak x support depa
Maurinho dah pesan suh akak sokong..stay jaga pasukan..hahahaha
jap lagi akak nak piat tinger si Ancelotti tuh
cmne jaga budak2 team ni

asik kalah semedang lately.
.dgn pasukan bawahan pon leh seri..

sakit ati ai ok..

ok stop sampai sini akak bebel..
to Rajagopal..you're the man..walaupon org kutuk u teruk2 u still bertahan
sebijik cam pakcik maurinho tuh..kipidap..kipidap

Tuesday, December 28, 2010

Bila si Dia merajuk



cik kaduk majuk..ensem kan?

lately kan..si kaduk cepat sentap tau..
skit2 merajuk
salah ckp merajuk
x dpt apa yg dia nak majuk


cam smlm dia majuk gak..
sbbnya i x setuju dgn permintaannya

yeah yeah i know besday dia nak dekat
tp besday i x dpt apa pon..
jap..eh dpt..dia bw i gi MAHA2010..hehehe


so i tahu dia nak sgt Sony MP3 player tuh..yg 4GB tuh

smlm tgk kat Carrefour harga dia RM 250..mak aii mahalnya
kalau dalam 100 lebih tu ok lagik

kalu sampai RM 200 lebih tu larik bajet kang

maka majuk la dia smlm
still ai x rasa yg ai salah..

i lebih fikir pd masa depan..bajet lari kang
nak makan apa lak

now dia masih majuk..

senyum pg td pon x ikhlas..

xmo pdg org pon...

eei..cam budak kecik
geram geram


yang diidamkan oleh si Dia

update 30/12/2010 - luckily x turutkan kehendak cik abg..nak renew road tax kena clearkan saman blacklist dulu terbang RM300..pheww....

Tuesday, December 14, 2010

Note to myself

Lenkali jangan masuk campur langsung ttg kerja dia
tanya elok2 pon x payah
don ever2 rajin hulurkan bantuan
you're still small di mata dia
silap2 kena smash balik dgn dia
xyah masuk campur..period

you're nothing..
cuma diperlukan bila nak hulurkan tengkuk sesiapa utk disembelih sahaja
you're the black sheep

mungkin dia tak tahu kata-kata dia agak berbisa

sedar diri..kita kena rangka plan untuk pergi...

Monday, December 13, 2010

Cerita hujung minggu

pic: alif di spital, abaikan gbr helmet itu ok..eh beg batik cam kenal kan

Aduhai..penatnya sampai sekarang terasa penatnya nak tahu naper? meh ai citer (walaupon korang x nak tahu kan..ai don care nak citer gak) hehehe citernya camni..tahan ye..pjg citer nih

friday morning, my abah sms
bgtau yg anak buah ai masuk spital
coz demam panas..
abah ai selaku atuk yg prihatin (atuk contoh) admitkan cucunya ke spital
spital Tawakal ye..(tu dia aih).
petang jumaat adik ai merangkap bapa kepada anak buah ai calling2
minta tolong jagakan anaknya..
coz my adik ipar pon demam juga
isk kesian sungguh..
dah la dia tgh menunggu hari nak bersalin second baby..

kesian adik serabut sgt..so ai sbg mak sedara yg glemer agreed la
dalam hati takat jaga budak umur setahun no problemo
balik keje, x balik rumah terus gigih menuju ke tawakkal
(sebelum tu check in kat Restoran Haslam dulu..makan malam, perut kena isi dulu)


mlm tu mmg kenangan betul..tgk si alif my x senang tido ye la dia kan demam..
pehtu ada kahak dalam paru2 x leh nk kuar
so dia jd x selesa.
xleh dok diam

asal ada misi dtg bw set utk sedut gas tu
dia melalak cam kena dera
ai yg jd mak sedara rasa tersentuh sgt2..isk kesian dia
ai tgk nenek dia (mak ai ler datin ummi tuh)
sabar je layan karenah cucunya
yg parahnya..
nak tidur kena berpeluk tuh melekat cam koala bear..
kena dukung dulu
pdhal kalu dia x sakit elok je senang nak tidurkan dia
bygkan kena dukung budak berat 13 kilo nak bg tidur

gigih lengan aku menahan beratnya..esoknya lenguh2 satu badan
and yes..mmg tidur x lena..
sbb demamnya x kebah..sampai doktor masukkan ubat ikut "belakang"..nak bg suhu bdn kurang..
pon menangis gak


pagi sabtunya, my mum dh ckp kt my abah, nak keluar juga ..sbb dia x larat dh
sadly doktor tak bg, coz antibiotik x cukup 48 jam lagi bg..suhu masih tinggi
ai kesian tgk my mum yg keletihan..
ai take turn jaga dia lak
abah and mak balik rumah, rehat2..
petang dalam jam 2, en hubby dtg temankan ai
mula2 alif melekat dgn ai..xmo kt pak longnya..sdh..parah ni mak long pon x makan lagi dr td pehtu bw dia main kt playground together with pak longnya..
bila tgk dia leka..
i take excuse g solat and minum milo sat..bancuh susu utk alif..(itupon setiap 5 minit en hubby dtg jenguk sbb dia x larat nak jaga alif tu..hahahaha). selepas misi dtg kasi antibiotik..ai sumbat dia dgn botol susu..
and alif pon tido dgn tenang.
mlm tu ai x tido kt spital coz my shift diambil alih oleh my makcik, still my mum nak jaga cucunya


alhamdulillah, hari ahad alif kuar spital..
but i masih jd nanny yg hebat coz mak dia (my adik ipar) pulak admit masuk spital..sbb nak bersalin..
rumah ai yg mmg bersepah dia tolong sepahkan lagi,
hebat anak buah ai..mlm tu jam 11 lebih kot my brother dpt newborn baby girl..haha same date with alif 12.12..ahamdulillah sumer selamat

pasca kuar wad: ai demam, my mum demam teruk..kesian mak..
nota: siyesly, menjaga, mengasuh dan mendidik anak adalah tugas yg berat..tp kita enjoy..ngeee..nak baby............

Friday, December 3, 2010

Citer dalam malas..(tajuk apakah?)

siyesly byk citer nak dicerita
tp kepala cam buntu gitu

oh ye lupa nak ucapkan tahniah to my fwen..iwa..congrat to your newborn baby gurl.. i tahu dia mesti comey cam mummy angkat dia..(ai lah tu..hehehe) she's born 24th Nov 2010. hehehe 1 day after my besday..


apa lagi? oh ye tahniah to my fren..nurulainsha yg bakal mendirikan rumahtangga next week
dpt call dr dia..memberitahu khabar gembira..
alhamdulillah syukur..

apa lagi ek? ntah tatau nak citer apa lagi..malaskah?



Wednesday, November 24, 2010

My day..it's My day..




ye ye..it's my day
my birthday..31 tahun lepas my mum lahirkan daku..
maknanya aku dh hidup selama 11,315 hari..(betulkah?)
ikut tahun hijriah lg beberapa hari den akan berusia 32 tahun..

alhamdulillah usia ku dilanjutkan
syukur Allah panjangkan usia aku
makin meningkat umur meaning makin dekat dengan kematian kan..isk
tetiba seriau..dok bayang sorang2 dok kat bwh dalam gelap 7 feet under

Terima kasih Ya Allah, segala rahmat, rezeki yang dilimpahkan
Syukur padamu Ya Allah..











Thursday, November 11, 2010

Sajak: Tuding Jari Pada Tuhan


akak x pandai nak bersajak tapi kenkadang akak suka gak la baca sajak org lain punye. hari ni akak jumpa sajak buat akak terfikir..bagus sekali ayatnya



Align Center
Sajak Emo: Tuding Jari Pada Tuhan
Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,

Dia nak ingatkan kita.


Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,

Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.


Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,

Ramai tunjuk jari kat Tuhan,

Kata tu semua Tuhan punya kuasa.


Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,
cipta kita,

Serba serbi lengkap tercipta,

Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,

Bagi turun bala,turun bencana,

Memanglah Tuhan bagi turun bala,

Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,

Kau pusing ke arah lain,

Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,

Lengkap sempurna,

Kau pegi ubah kenapa?

Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?


Kenapa tak tanya diri sendiri,

Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.
Kepala hotak kau kuasa semulajadi.


Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?

Semua benda mesti ada sebab terjadi,

Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,

Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,
tuding jari,
salahkan Tuhan?


kredit to: cursingmalay.blogspot.com


Friday, October 29, 2010

Kita semakin sakit...

salam sumer...
no..not me alhamdulillah akak sihat walafiat

tau tak sape yang sakit?
cuba kita tgk berita dalam paper sekarang..
muka depan akhbar metro and kosmo..
akak aci sebelah rumah potong jari..kita leh baca berita psl
mslh sosial makin menjadik di kalangan rakyat negara kita

waaa...akak berbicara edisi serius pulak akhir ak
hir ni kan
siyes berikut adalah berita yg buat akak geleng kepala sambil beristghfar pjg dalam hati:-
akak rephrasekan balik ye news berkenaan sbb x ingat dah tajuk dia..

1. kisah budak pompuan umur 12 tahun yg jatuh dari tingkat 5, after projek with 3 guys..damansara damai

ye di ulang umur arwah 12 tahun..seingat akak ms umur 12 tahun, akak seronok main batu seremban..main teng teng..galah panjang..rounders..baling tin..itu game masa akak umur 12 tahun...bebudak skrg gamenya lain sungguh. beritanya di sini

tempat kejadian

itu adalah satu..semalam baca metro kisah ini pula

2. cinta ditolak..maka mamat yg frust itu curah cuka getah ke muka sang gadis..

kesian dak pompuan itu, dah la nak bertunang raya haji nih..akak rasa sama ada majlis ditangguhkan atau dibatalkan ..muka comel-comel dh jd lain dah..kenapa sampai cmni mamat ni buat semata cintanya ditolak..minah tu pon bukan ckp marah2 ckp elok2..tp tu la org sekarang..motto nya..aku tak dapat, org lain pon xleh dpt..dihasuk dek setan la tuh

pagi ini..yg buat akak betul betul sedih, adalah kisah ini

3. Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian

KUALA LUMPUR:
Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang. "Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa. "Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau. Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana. "Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA

dah bunuh main lipat2 cam baju kendian masukkan dalam beg baju..pehtu buang..siyes akak terkejut sgt baca berita cmni (sori gbr xde...akak mmg terlalu sebak bila tgk kaki budak tu terjulur je..sedih)


akhir kata..bila pembangunan insan tak ditekankan..beginilah jadinya..akan muncul manusia yg tak takutkan Tuhan langsung...langsung tak takut pada balasan dikemudian hari..

me enter mode: insaf..risau ttg generasi akan datang...cmne keturunan akak di masa hadapan..Ya Allah lindungi kami..aku takut

Wednesday, October 20, 2010

sembang sembang bajet 2011


tgk dak bajet hari tu? akak tak tgk sgt pon..sbb akak dilanda kesakitan akak tido for 4 hours..start dr lepas zuhur sampai la ke 6.30 petang why akak sakit..xyah la bgtau..Allah uji sikit je tuh eventhough sempat akak bermanja ngan somi terchenta suh dia pick up akak kt car park area klinik coz akak xleh nak driving pon (i lebiu ayang...siyesly) ok berbalik pd citer bajet 2011, korang2 tahu tak apakah summarynya? ok sini akak paste kan summary dia ek ok (tulisan warna coklat tu komen dari akak ok) Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010 ( pulih ke? akak tgk harga barang makin meningkat..kadar inflasi berapa ye skrg?)
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011(hehehehehehe kira cam duit xde la ni kan)
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu (dagangan meningkat ye, jualan guna kontra or guna aliran tunai?)
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.(ok ok i know in 2012 kita akan open service sector to foreigners...so Malaysian companies in service sector sila amik perhatian..skills kena asah lagi, gali ilmu dalam dalam)
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 (akak tatau apa kena mengena buat bangunan 100 tingkat sbg lambang warisan negara..kat UK xde pong, UAE collapse sejak bangunan paling tinggi kat Dubai tu siap, pelancaran bukan main tp hasilnya kosong..why?)
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.(siyes akak x paham..kediaman mampu milik Sungai Buloh? tu kawasan jem teruk tuh..giler sesak..xpela itu je kwsn kosong kan..kat tgh KL ni rumah dah tahap RM500K ke atas dah)
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. ( Bagus la..at least ada juga peruntukan utk rakyat Malaysia di sana, tapi harap bermanfaat utk rakyat sana la..jgn projek mengkayakan kroni je sudah la..tahu tahu jadi projek Gajah Putih..)
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. (burung walit? pergh besor belanja nih...why x galakkan utk industri pemakanan ke, makanan asas ke cam beras tuh..xyah nak import import dah)
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.(why on food service sector only? yg lain-lain nak juga..)
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.(harap jangan guna pakai duit KWSP untuk bailout projek yg bermasalah...my money also in there ok)
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.(akak nampak yg lesen utk syarikat asing tu je, apa syarikat tempatan dah habis skill ke? xde kelayakan ke?)
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah(hahahahaha...akak sokong 400 peratus!! walaupon akak x beli pon..akak suka tgk je..yang henbeg i dah koyak)
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri (masih dikaji...apa beza dia dengan EPF? adakah ini menggantikan skim Anuiti KWSP yang ke laut itu?)
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka (nak kuarkan minyak baru ek? bila harga petrol leh turun? travelling expenses mencanak naik skrg nih..ai think nak naik beskal ke opis after this)
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. (siyesly akak rasa somi akak tersenyum girang..sahih nak tuko henpon baru lagi next year tuh)
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. ( wilayah koridor lagik? baper byk koridor lagik ye? )
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. ( ok2 kita tgk tahun hadapan cmne ok )
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. (akak rasa tiap2 tahun bajet mesti ada citer psl R&D nih..hasilnya? )
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. (orang dalam entertainment industry mesti sengih kan?)
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011 (dah lama buat dah...)
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari. (akak x keje gomen..dunno)
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. (ok..syarat2nya? dear adik2 ku sila gunakan skim ini sebaik mungkin...bagus nih, akak? oh akak dah ada rumah..tapi kalu nak beli rumah guna pakai nama somi as his 1st house layak tak?)
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.(what? aiyoh....maka expenses makin tinggi la ni..so makan mekdi kfc nanti ada 6% service tax la kan instead of 5% sekarang nih)
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. (maka ahli JKKKK..tersenyum girang la...buat kerja dengan ikhlas dan amanah ok..jgn khianat)
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar(tiap tiap tahun ada janji yang nih..kualiti masih sama gak...janji dulu dah ditunaikan ke?)
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.(akak setuju sangat...x kisah la org kata ini projek menggulakan rakyat sarawak and sabah almaklum pilihanraya negeri nak dekat kan..most org semenanjung tatau bahwa keadaan jalanraya di sana..akak tau sgt )
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan (PTD akan ketuk dahi..dulu mereka yg rangka soklan2 kenaikan pangkat nih...so lepas ni naik pangkat dikira cmne lak?)
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.(ok la alhamdulillah, tapi kan encik PM kalu bg depa bonus 1 bulan pon ok kan..dah lama depa x dpt bonus )

Monday, October 18, 2010

Meh tgk fashion show

cuba tgk ni jap..
ye ye ini fashion show..

jom kita tgk jom..tetiba akak fefeling ala2 project runway lak
yeah i know akak bukan heidi klum yg cantek tuh

sila beratur ye sumer..cameraman nak amik gbr

waaa ada fashion festival..festival apa ek? tgk bajunya..waaaaa chanteknya


sila jgn betulkan siaran..ye ini adalah fesyen show..nak tau fesyen show apa?

nampak tak? ye betul ISLAMIC FASHION FESTIVAL...
nak tgk gbr lagi ke? ok2 akak bg

wau weee....mengucap panjang aku..

dah tgk kan sumer? kat mana yg islamicnya akak tatau la. sedih bila org mempermainkan dan mempergunakan nama islam sewenangnya..

oh lupa lagi satu gbr..tukang rasminya..nak tgk ke? siyes ni? jgn menyesal ok..akak bgtau awal-awal nih

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- (rolling drum...)
-
tadaaaa...kenal tak?

so amacam? any komen?

Thursday, October 14, 2010

isk..wau weeee kantoi kantoi

sila klik gbr utk edisi lebih jelas ye


hik hik
akak jalan2 pehtu kan terjumpa iklan cari keje
pehtu sesaja la akak mengklik kan

tetiba kan..akak lemah semangat
sbbnya akak x layak..sedey akak tau
sayu sgt rasa nih. cuba tgk kat sini

isk akak dh try nak copy paste tp x dpt la pulak tecik bebenor
meh kita wat checklisting senarai layak atau tidak

akak amik kat satu hospital tuh punye website

Posted On: Wednesday, 30 June 2010

Job Description:

EXECUTIVE, PATIENT FINANCIAL SERVICES

Responsibilities:

· Accounts Receivable Management

· Administer Accounts Receivable Management System

· Reports generation, analysis & reconciliation

· Problem identification, negotiation and problem solving

Requirements:

· Degree in Accounting or a Professional Accounting qualification -

ok check ado!

· Degree in Information Technology/Computer Science -

ok2 den pandai guno komputer

· Minimum 5 years working experience and at least 3 years experience in AR Management, credit /debt recovery with proven track record -

ello see the kaki la

· Good command of Bahasa Malaysia and English – spoken and written - well well i can speak both fluently, thank you

· Excellent interpersonal, communication and analytical skills -

5 tahun pengalaman insya Allah buleh

· Proficient in Microsoft Office

of coz almost sumer opis di mesia pakai Microfsoft Office, i pon tahu Linux ok


· Preferred Non-Malay

argh...huwaaaaaaaaaaaaaa failed....


see tgk cmne akak x tecik ati
xpe jap lagi cak calling bonda
mana tahu kita ni adamix blood Irish ke, Italian ke, Iran pon x kisah la

Celaru? Haru?

hehehe lihat tajuk ai today..tah apa2 kan

ok today my tajuk is celaru..akak tgk artikel kat sini, masa akak baca tu akak geleng je napolah jd cmni

nak tahu kesah apa?

Konsert Amal Sharifah Aini

KL 13 OKT 10: Biduanita Datuk Sharifah Aini sanggup menghabiskan wang beratus ribu ringgit untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik walaupun hasrat itu tidak menjanjikan keuntungan.

Menurut Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah, dia akan mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 bagi setiap konsert amal yang akan dilakukannya.

"Daripada jumlah itu juga saya perlu membayar para pemuzik, sekali gus menyalurkan kutipan tiket kepada rumah-rumah kebajikan. Sebab itu tiket konsert saya sedikit mahal.

"Dengan cara itu, sekurang-kurangnya syarikat saya dapat menyalurkan wang konsert kepada individu yang memerlukan dengan jumlah yang besar.

"Setakat ini, sepanjang penganjuran konsert amal yang dibuat oleh syarikat saya, Seri Dewi Production dan Lime Events, kami tidak mengumpul sebarang keuntungan pun kerana saya ikhlas untuk menderma.

"Insya-Allah, saya akan mengadakan konsert seperti ini sekurang-kuranya setahun sekali yang tidak membabitkan mana-mana rumah kebajikan secara khusus," katanya pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal, Malam Juitaku Sayang di Hotel Seri Pasific di sini, Selasa.

Mengenai majlis makan malam amal tersebut yang sepatutnya diadakan pada 15 Oktober ini, ia telah ditunda kepada tarikh 31 Oktober 2010 yang akan diadakan di Hotel Seri Pasific, di sini.

Sebahagian kutipan tiket pada majlis persembahan yang turut disertai penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahhabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah Surau Jamal Assurur, Kuala Lumpur.

"Saya menjemput Datuk Ahmad Jais kerana dia ibarat seorang ayah yang banyak mendidik saya untuk mengharungi cabaran sebagai seorang penyanyi ketika awal pembabitan saya dulu.

"Dia juga menyokong usaha saya dalam mencari dana bagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan.

"Pada malam tersebut saya akan membawakan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu yang telah disusun semula oleh Belle Fatah dan Faizal Loke Yew," kata Kak Pah.

Kepada peminat-peminat Kak Pah yang ingin membuat tempahan menyaksikan persembahan berkenaan, sila hubungi di talian 019-3488054 atau 012-9332373.

Tempahan juga boleh dibuat melalui faksimili di talian 03-79568557. Untuk pertanyaan lanjut sila emelkan ke limeevent@gmail.com. Tiket dijual mengikut meja (10 orang setiap meja) dengan harga RM3,500, RM4,500 dan RM7,500.

Bagi yang ingin membuat tempahan secara individu, tiket berharga RM450 dan RM200. (mStar Online/AK)

ok, ok tgk kat huruf bold merah tuh

akak rasa kan instead of dia canangkan yg dia kuarkan belanja samapi RM150k utk buat konsert amal utk derma ke rumah tahfiz itu, ada baiknya..dia bg terus RM150k tu pada sekolah tahfiz tersebut, settle. xyah canang2


to makcik sharifah aini,

suara wanita adalah aurat makcik, mmg matlamatnya baik..tapi caranya makcik amatlah tidak sesuai. matlamat tidak menghalalkan cara wahai makcik sayang

Wednesday, October 13, 2010

Sakit kepala


kung!! kung..!! kung!!!
trettttttttttttttttttttt!! trettt!!!

bebebebebbebebe!!! bebebbebebe!!



berenti 40 seconds
1...2...14...30...35

start again

tretttttttttttttttttttttttttttt!!!! treeettttttttttttttttttttt!!! bebebebebebebeb!!! bebebbebebebebebe!!!!
kung!! kung!!! kung!!!



itu la yang akak hadapi skrg..
dah 2 minggu tau
opis bwh wat renovation..
sakit kepala woooo

apa depa xleh wat time org xde kt opis ke? haiyoh

Wednesday, October 6, 2010

I am speechless

wah tetiba akak spiking

tahu kan ala kisah ni ha yg akak jumpa kat sini

siyesly akak rasa ini parti kena wat siasatan menyeluruh
dok underground untuk setahun dua..
checking setiap ahli
tapis setiap yg jadi AJK
perlantikan setiausaha dibuat secara strict giler
selidik habis-habisan

ini tidak....
asal nama mengaku nak jadi sukarela
terus letak jadi org penting
tah sape dia..asal usul dari mana
takde siasat langsung
sesi investigation langsung xde
rerupanya dia lah api dalam sekam..
dialah gunting dalam lipatan
dan dia jugalah pagar yg dok makan padi-padi itu

itu baru jd petugas tuh
belum lagi...
nak pilih calon untuk mewakili rakyat jelata
calon tak discreen test habis-habisan..
ini baru sua awek2 and minah cun..terus gelap mata
ditawar jawatan dan wang sejuta dua ..dan-dan tu juga berpaling tadah
mana ketahanan?

cmne ini pemimpin nak jd bakal PeyEmm negara?
hancur
masalah dalaman parti awak xleh kawal
masalah kalangan ahli awak xleh settle
semangat setia tak berbelah bagi di kalangan ahli pon masih boleh dipersoal
pemilihan setiausaha sulit pon ikut suka hati..

ini ke yg bakal nak jadi bakal PM kami?
sorila bro..
i think kamu kena berundur la...bagi peluang kat org lain
dah tahu musuh mmg akan attack kamu
masih lagi kamu amik sikap sambil lewa..
ai tatau la nak kata apa

bengong? bangang? hampeh? hampas?

Tuesday, October 5, 2010

Kill Kill Die Die

musuh akak yang terbaru: kerajaan ANAI ANAI

Kill Kill Die Die

huk huk..misi sekarang adalah jelas
menghapuskan musuh..siyes ni akak bersemangat waja menghapuskan musuh
mula -mula hapuskan Queen dia..
cmno nak kenal Queen ek?
ooo pakcik gugel kata Queen paling besar..
kalu Queen mati..rakyat jelata dan kerajaan pon hapus
macam main catur lak kan?

Musuh utama akak skrg ini adalah ANAI ANAI!

citernya begini
semalam akak pegi la kat peti ais..pehtu dengar cam bunyi tik tik kat kabinet atas
memula akak ingatkan ada kebocoran melanda ke..sbb tgk dinding pon cam merekah je
so..akak wat siasatan..memanjat table top dapur
ketuk2 kabinet bunyi tik tik itu berhenti..
sah..sahih..tepat..ada kerajaan lain dalam rumahku
kerajaan ANAI-ANAI
akak menjerit sekuat hati..cik abang yg tgh tgk tv terganggu
cik abg melopong tgk biniknya memanjat table top..pehtu sengih (ai know ai seksi yang..)
punah kabinet dapur akak kalu x diselamatkan dengan segera

dengan berbekal ubat anai-anai yg akak beli di kedai hardware, bersama semburan
akak menjalankan tugasan pembunuhan di kitchen area dengan gigih
Cici..my beloved kucen telah diarahkan agar tidak memasuki ruang dapur..sila tahan lapar..
after operasi baru leh makan
ada musuh yg perlu akak musnah kan

settle ruang dapur
bersihkan segala habuk kayu sisa mknn kerajaan ANAI ANAI itu
tunggu 2 jam baru la cik Cici makan..pandai majuk sbb lambat bagi makan ngengada sungguh

misi esok hari
kabinet bilik tido...
katil
stor
satu rumah!

Friday, October 1, 2010

Lenkali kalau tak tahu ttg hukum jgn pandai-pandai jatuhkan hukum

apa akak merepek nih?
cmni korang ada tgk berita kan ttg si Reezal Merican kecoh2 tuh
actually adala baiknya juga dia hebohkan psl sumber wang ihsan yg diragui halal dan haramnya itu.
beliau mendakwa wang ihsan yg disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu hasil dari sumer judi..judi adalah haram..itu katanya la.

tapi dia berckp psl politik la kan..ok akak takmo sembang psl politik..
sbb lain org lain pendapat psl politik nih

balik rumah adik akak tanya psl kesah wang ehsan ini..akak takleh nak jwb sbb akak tak pandai nak jatuhkan hukum halal haram sesuka hati...sungguh bahaya..silap bg maklumat dosa woo
maka akak pon korek2 la maklumat, checking pada pakcik gugel

tetiba smlm akak tgk utusan malaysia kata ada 40 org warga emas pulangkan balik hasil sumbangan itu, yg pelik depa tak pulangkan pada tukang beri sumbangan (wakil kerajaan negeri), tapi depa pulangkan pada ketua pembangkang negeri pulau pinang pulak (sungguh politik gimik..you see dats why i hate politik), siap ada makcik tu kata somi dia meninggal sbb dia terkejut bila dpt tahu wang ehsan itu adalah hasil judi..adoiyaii..makcik beristighfar la bebanyak ok...lenkali nak tahu tentang hukum halal haram iini, sila rujuk pada ustaz ustazah..dan mereka2 yg arif ttg hukum2 dalam Islam ni ye...(psst..makcik..ada g kelas fardhu ain dak? saya bersangka baik tau..mungkin makcik ter miss kelas itu..xpe xpe esok kita buka kitab balik ok)

so pencarian akak pon berakhir bila akak jumpa artikel ini

Perlukah Memulangkan Wang

Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

gifts.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010



campur tolak darab bahagi..

utk yg tatau tu elok2 la bertanya pd org yg lebih arif..

jgn buat-buat pandai semata nak tarik perhatian ok..