tgk dak bajet hari tu? akak tak tgk sgt pon..sbb akak dilanda kesakitan akak tido for 4 hours..start dr lepas zuhur sampai la ke 6.30 petang why akak sakit..xyah la bgtau..Allah uji sikit je tuh eventhough sempat akak bermanja ngan somi terchenta suh dia pick up akak kt car park area klinik coz akak xleh nak driving pon (i lebiu ayang...siyesly) ok berbalik pd citer bajet 2011, korang2 tahu tak apakah summarynya? ok sini akak paste kan summary dia ek ok (tulisan warna coklat tu komen dari akak ok) Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
- Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
- Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010 ( pulih ke? akak tgk harga barang makin meningkat..kadar inflasi berapa ye skrg?)
- Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011(hehehehehehe kira cam duit xde la ni kan)
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu (dagangan meningkat ye, jualan guna kontra or guna aliran tunai?)
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.(ok ok i know in 2012 kita akan open service sector to foreigners...so Malaysian companies in service sector sila amik perhatian..skills kena asah lagi, gali ilmu dalam dalam)
- Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 (akak tatau apa kena mengena buat bangunan 100 tingkat sbg lambang warisan negara..kat UK xde pong, UAE collapse sejak bangunan paling tinggi kat Dubai tu siap, pelancaran bukan main tp hasilnya kosong..why?)
- Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.(siyes akak x paham..kediaman mampu milik Sungai Buloh? tu kawasan jem teruk tuh..giler sesak..xpela itu je kwsn kosong kan..kat tgh KL ni rumah dah tahap RM500K ke atas dah)
- Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. ( Bagus la..at least ada juga peruntukan utk rakyat Malaysia di sana, tapi harap bermanfaat utk rakyat sana la..jgn projek mengkayakan kroni je sudah la..tahu tahu jadi projek Gajah Putih..)
- Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. (burung walit? pergh besor belanja nih...why x galakkan utk industri pemakanan ke, makanan asas ke cam beras tuh..xyah nak import import dah)
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.(why on food service sector only? yg lain-lain nak juga..)
- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.(harap jangan guna pakai duit KWSP untuk bailout projek yg bermasalah...my money also in there ok)
- Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.(akak nampak yg lesen utk syarikat asing tu je, apa syarikat tempatan dah habis skill ke? xde kelayakan ke?)
- Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah(hahahahaha...akak sokong 400 peratus!! walaupon akak x beli pon..akak suka tgk je..yang henbeg i dah koyak)
- Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri (masih dikaji...apa beza dia dengan EPF? adakah ini menggantikan skim Anuiti KWSP yang ke laut itu?)
- Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka (nak kuarkan minyak baru ek? bila harga petrol leh turun? travelling expenses mencanak naik skrg nih..ai think nak naik beskal ke opis after this)
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. (siyesly akak rasa somi akak tersenyum girang..sahih nak tuko henpon baru lagi next year tuh)
- RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. ( wilayah koridor lagik? baper byk koridor lagik ye? )
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. ( ok2 kita tgk tahun hadapan cmne ok )
- Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. (akak rasa tiap2 tahun bajet mesti ada citer psl R&D nih..hasilnya? )
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. (orang dalam entertainment industry mesti sengih kan?)
- Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011 (dah lama buat dah...)
- Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari. (akak x keje gomen..dunno)
- Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. (ok..syarat2nya? dear adik2 ku sila gunakan skim ini sebaik mungkin...bagus nih, akak? oh akak dah ada rumah..tapi kalu nak beli rumah guna pakai nama somi as his 1st house layak tak?)
- Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.(what? aiyoh....maka expenses makin tinggi la ni..so makan mekdi kfc nanti ada 6% service tax la kan instead of 5% sekarang nih)
- Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. (maka ahli JKKKK..tersenyum girang la...buat kerja dengan ikhlas dan amanah ok..jgn khianat)
- RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar(tiap tiap tahun ada janji yang nih..kualiti masih sama gak...janji dulu dah ditunaikan ke?)
- RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.(akak setuju sangat...x kisah la org kata ini projek menggulakan rakyat sarawak and sabah almaklum pilihanraya negeri nak dekat kan..most org semenanjung tatau bahwa keadaan jalanraya di sana..akak tau sgt )
- Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan (PTD akan ketuk dahi..dulu mereka yg rangka soklan2 kenaikan pangkat nih...so lepas ni naik pangkat dikira cmne lak?)
- Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.(ok la alhamdulillah, tapi kan encik PM kalu bg depa bonus 1 bulan pon ok kan..dah lama depa x dpt bonus )
2 comments:
wah...tang rumah tu saya suke...
shemmi,
sila beli rumah ok..itu aset
Post a Comment