Suasana nampak tenang
Orang kata keadaannya macam
Keadaan yang tenang sebelum ribut menjelang
Keadaan seperti gunung berapi yang menyimpan laharnya
Aku tak faham keadaan sebenarnya
apa yang terjadi
ku telek ku kaji
ada kesalahan ke yang berlaku
Mungkin ada khilafku
sehingga mengundang jelek di hati kamu
Buat sahabat,"Aku tak sempurna"
walau bagaimana pon,jika kamu tak boleh terima keburukan dalam diri aku
aku mohon maaf
tapi ketahuilah, cantik & baiknya kamu aku terima
maka buruk kamu pon aku terima juga
kerna kita manusia memang tak sempurna
Sekarang aku menunggu sahaja
Menunggu ribut itu menjelma
Menunggu lahar itu meluahkan rasanya
Luahkan segalanya
kerna aku mahu tahu
apa punca kamu menyimpan rasa di dalam dada
aku mahu tahu punca mengapa nanah itu membusung di dada
Jadi buat masa sekarang, benarkan aku merasa
Suasana tenang sebelum ribut menjelma
1 comment:
wahh...sgt dlm maknanya..
juga sgt tulus..
apapun keadaannya..kamu di sana tach harap selalu aja happy yer...
Post a Comment