Wednesday, August 12, 2009

Isu serius

Today akak nak amik nada siyes skit..
Tak banyak siyesnya sikit je

Akhir akhir ni banyak pihak yang menentang dan bertelagah tentang isu Arak di Selangor
tu dia ada pihak salahkan pihak yang lagi satu. bila puak lagi satu tahu dalam sesama geng dia bergaduh apa lagi..kecoh la satu negara!!
Akak tahu Arak itu haram mengikut hukum Islam. memang haram. Noktah.
Kesnya apa ye..ooo pihak satu nih mahukan Arak diharamkan di kawasan majoriti penduduknya Muslim. Hmm gud idea..

actually takde la pula saya membelek apa kesahnya sampai kecoh satu negara.
Bagi akak nih dah benda tu haram mmg patut diharamkan. lagipon agama mana yang galakkn penganutnya minum arak kan. mmg dah sahih ARAK NI BW MUDARAT LEBIH DR BAIKNYA

yang pakat kecoh sampai nak berbalah ni napenya. Ini kata yang ni kuang hajo..ni kata tak paham isu..yang ni pulak kata puak ni nak malukan dia. (who is who pandai-pandailah korang teka ye). Dulu kat utara sana berbalah merajuk sampai xmo kawan semata kerana sekawanan "ba alif ba ya". buek malu je. kalahkan buadak kecik. Ini macam nak jadi pemimpin rakyat. Gaduh sikit ugut..nak kuar dari jg geng..tah apa-apa tah

yang satu lagi puak yang konon nak perthnkan isu keagamaan dan bangsa tp..hati kengkwn xmo jaga. Rasullallah pon nak berbicara dgn non muslim pon berlapis tau dak. Bukan main serang je. Bila berbalah tu cuba kumpul..pakat bincang..bgtau apa yg x puas hati sesama korang. xyah la buat kenyataan media..dh tu kecoh satu negara..kan ke goyang persahabatan tuh. Kita nak bagi org paham Islam tu apa..jgnla sampai buat musuh pulak. Belum sepenggal pegang kuasa dh tunjuk gila kuasa..ini la perangai org kita..lupa diri

yang satu lagi pihak dok seronok tangguk ikan dlm air keruh itu, Jika benar perjuangkan agama kan dah lama korang bagi syarat kat 7 Eleven jgn jual langsung beer & liquor dalam premis mereka. Ada berani?

Ops..ckp psl politik ek. bukan apa akak bengang la..gaduh berbalah sbb tah apa-apa. Patutnya sama-sama bekerja untuk melunaskan janji-janji semasa nak pihanraya dulu. Ini pasal ba alif ba ya nak bertekak..cam bebudak aih

Satu lagi, yang akak perasan skrg nih, bia masuk 7E tuh kan yang rajin dok beli benda haram tuh mostly org kita gak. Muda belia lagi tuh. Tapi tu la cuping telinga dh penuh subang..rambut pon akak dh tatau kaler apa asalnya. Kawasan akak tau. Muslim majoriti!! 7-Eleven tuh pekerjanya memang Melayu. Yang rajin membeli pon Melayu gak. Bila akak bertanya kenapa bagi depa beli..jawabnya "Ala kak..kami bukannya minum," tu dia aih jawapan.

Hisk..macam-macam kan?
Hancur akhlak muda mudi skrg nih..

Sabtu 2-3 minggu lepas akak berjalan di pasar malam. Ada la seorang adik perempuan ni akak leh sure tangkap potong jari..maksima dia tingkatan 2. Pakaian dia Masya Allah ketatnya (well akak jeles gak badan minah nih..selim melim gitu), jeans ketat bukan main (did you know jeans yang ketat is not good utk rahim and tulang pelviks kita?), cmne lah adik ni memakai ye. Konperm tahan napas 40 seken nak pakai tuh. Akak xyah pakai masuk sebelah kaki pon sure xleh punye.

Ok mmg pakaian jd isunya..alih-alih tgk dia berkepit sakan dengan sorang mamat nih yang kupikir budak sekolah juga di mana "suar kecik" nya juga adalah subsidi daripd mak bapaknya juga. Ambuih gatai na!! Tgn si mamat ni bukan main lagi lepak di punggung awek itu..isk sungguh la kurang sopan. Tgh pasar lak tuh. Ni kat tgh pasar depa wat drama tempt lain tatau la akak sampai mana tgn si mamat subsidi itu. Kalu adik sepupu ku buat perangai cmni..mahu senduk pakcik jual mee goreng di pasar malam itu ku capai dan ku balun kedua-duanya suruh balik ke rumah.

Bila sembang-sembang ngan kengkwn di opis. Terkenang zaman muda mudi dulu cewahhhh siyes xde sape berani nak berkepit ke pasar malam..even though rasa cinta itu membuak kt dlm hati..giler aaaa. Bebudak skrg xde boipren dikatanya kolot.Amboi mulut..aku ni ha kenal cinta waktu usiaku hampir mencecah 30-an gitu (tidak termasuk syok sendrik, admire pada head prefect, head rebel of the school, crush pd mamat satu kuliah..woo hooo)..

hehe bebudak sekarang mungkin perhtian kurang kot..almaklum mak ayah both keje nak menampung expenses yang makin meningkat..selera semakin membesar gitu..aduhai..anak-anak zaman skrg..

2 comments:

Shemmi said...

ini seriuss...


emh...boleh nampak x... kaitan antara... "pemimpim" dgn yang di "pimpin"?...



sesungguhnya semua telah tertulis dlm alQuran..

chai n tea said...

tach

kan kan..seram tgk anak muda skrg. tapi yg pasti apsal adik2 pompuan skrg makin lawa ek? ke depa pandai bersolek? dulu haku..sampai umur 21 pon x pandai nk make up2