Friday, July 31, 2009

Citer for today:Terluka


Apa citer utk hari nih?
Psala hati terluka, kaduk cederakan hati saya

Monday, July 27, 2009

Dilema sungguh..

Aku dalam dilema

dulu bila tak buat, auditor lambat aku disergah, di tekan-tekan suruh utk siapkan audit akaun itu

skrg dah ketemu auditor yg ok
auditor yg komited dlm laksanakan tugasan

dah deliver apa yg mereka janjikan, nak mintak diskaun pulak

aduhai. ada pulak tuh aku yang kena bersoal jwb dgn auditor itu

dilema sungguh

pandai mereka bhgn itu nak serahkan balik kat aku
cmne aku nak menjwb dengan auditorku? cmne nak jaga hubungan baik dengan mereka?

how? duit dh byk ratus ribu sebulan masuk poket tuh, kalau kurang sikit untuk dibayar kepada auditor x boleh? jaga nama baik awak juga

ini nak disamakan dengan auditor yg konperm xleh siapkan keje on time..cmne tuh?

ni la org kata beri betis nak peha pulak
sakit jiwa betul la..

Friday, July 24, 2009

Tweet..tweet - Telingaku terdengar sesuatu

Tweet..tweet

" Belum, kat 'sana' lah jap lagi kita turun," manja & longlai bunyinyaaaa

pantas telingaku ku buka seluas-luasnya

Hehehehe, ada cerita

Mengetuk jendela sang hud hud sana
Dimana hilangnya sang kancil kita

Turun bersantap jawab hud- hud semula
Seorang diri nampaknya dia, tidak berteman dirinya

Dalam hatiku menjawab
"Teman sang kancil telah menunggu dia di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Wednesday, July 22, 2009

Sebab-sebab & Punca kenapa Wanita Ditinggalkan

Hmm ini den dapat dr blog lain http://pakarhowto.com

rajin gak la ke sana, sbb dia rajin bgtau yg dia update..

___________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa seseorang lelaki meninggalkan seseorang wanita atau hilang terhadap seseorang wanita.

  • 1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki

Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

  • 2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.

Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

  • 3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.

Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu

Haaa begitulah 3 punca atau sebab yang sempat saya fikir dan catatkan. Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang lelaki. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul bagi sesetengah orang yang lain.

Apa pendapat anda?


Pendapat den: ini tulisan dr pandangan seorang lelaki. Ada benar ada tidaknya. Punca lain yang kita dapat jumpa kan LELAKI TU JUMPA AWEK LAIN..CURENGS..hehehehhehe

Tuesday, July 21, 2009

Tweet..tweet

Makin sumbang pula bunyi kisahnya

melewati meja sang kancil
aku terlihat sesuatu
revised..hmm
tahun lepas tugasan itu terletak di bahuku
tahun ini dia pula yang menggalasnya
waaa hebat sekali

ambillah semua sekali..almaklum kamu lebih rapat bukan?
oh ye lupa, itu arahan dr atas sana..maaf maaf
harus jujur menerima bukan
hati kena jujur..
jujur terima teguran, jujur membuat tugasan, ikhlas terima kritikan dan sindiran

ingin aku bertanya, tugasan ku yang selebihnya ini tidak mahu kamu galas juga?

Friday, July 17, 2009

Tweet..tweet

Apa yang kamu buat?

Jujur jujur..jgn berbuat sesuatu yang luar dari bidang tugas anda

Jujur jujur...kenapa tak punch card bila masuk ke opis

Jujur..jujur..jgn berbuat sumting fishy

Jujur..jujur terangkan sebab musabab kenapa dtg lewat

Jawab..jawab sila beri jawapan..

akan ku report segalanya pada sang pemilik !


kata ku: What happen to you? Nape jadi cmni?

fikiranku: apa patut dibuat?

hatiku: sahabatkah itu? serius aku makin tak kenal siapa dia

Thursday, July 16, 2009

Sirih Junjung: Moden? Tradisional?

Daku: Adik, apa tuh sirih junjung ke tuh? Takde rupa pon (nada agak courious)

Adik: Ye lah kak, ini Hana buat tau ikut buku.

Daku: Takde gaya sirih junjung pon (niat mengusik dah menjelma)

Adik: Betul la kak, penat Hana buat tau

Daku: Nope akak nmpk cam style jambangan bunga ka lobby hotel je, takde rupa sirih junjung pon

Adik: Akak nih, ni style moden tau. terkini

Daku: Huh? (sambil snap gbr sirih junjung gubahan adik iparku itu)

Daku: Kak ina, cuba tgk ada gaya sirih junjung ke? Ibu tgk la ada gaya tak? Kak yah? Ayang?

Kak Ina & Ibu: ........... (sengih and takde komen)

Dik Yah: ......... (bakal pengantin kena senyap kang wedding planner mogok..kekekekeke)

Ayang: ......... (no komen sebab dia kena pilih between isteri terchenta (me!) and adik tersyg)

Adik: Akakkkkkkkkkkkkk saja tau..(nada tak puas hati..hahahhaa yesa berjaya kenakan dia)

Aku masih tak puas hati sebenarnya (saja nak kenakan Hana sebenarnya). Sbb mmg tak nampk rupa sirih junjung pon gubahan adik iparku yang tersyg itu. Jap den pastekan kejap gbr gubahan dia itu (yeah, dia memang kreatip bab gubah menggubah nih)


Cuba korang tgk ada gaya sirih junjung ke nih? Bertanyakan pd kawanku..dia kata inilah style sekarang. Style tinggi melangit orang dah tak buat dah. Huhu ketinggalannya daku. Siyes kukatakan itu adalah jambangan bunga. Lagipon dia tak guna original sireh (ops..terpecah rahsia!!)

Mana perginya sirih junjung yang tradisional? hilang dah nilai tradisi dia...especially bila guna daun sirih pelsu..(tipah tertipu bang...huwa huwa).

kata ayang: nak cantik, tradisi, buat sendrik..(erk...alamat memang tak menjadi)

Antara collection sireh junjung di pasaran:




lumantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa






Adik tolong jawab, mana sirehnya?










Hana...akak like dis one..can aaaaa?

Wednesday, July 15, 2009

Sue and be sued!!


Assalamualaikum..

waduh lama juga nggak post anything here kan..
hmm..memang mcm2 jadi last few weeks

oh ye, dpt kelulusan utk claim perjalan for spjg masa daku meeting JMB yes yes!! aku dah pegi baper byk meeting ha?
1. Bayu JMB Meeting
2. Season Square JMB Meeting
3. Meeting SSQ account dgn Medan Prestasi
4. Idaman Meeting with JMB council
5. JMB Idaman Meeting dgn resident
6. JMB Meeting Dahlia
7. JMB Meeting teratai (siap postpone lagik)
8. JMB Meeting lestari

waaaaaaaa ada 8 meeting tuh. Ada lagi beberapa meeting lagi on the way. Alhamdulillah sumer audited akaun report siap.

Audit report, ini mengingatkan daku tentang perangai seorang mamat di Lestari yang mengamuk mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada laporan kewangan yang ku sediakan. Katanya syarikat ku ada menyembunyikan sesuatu. Huwaa..akaun ini aku yang sediakan, telah siap beraudit lagi. Satu apa pon aku tak sembunyikan dari auditor luar tersebut.

Kemudian aku jumlah mamat ini, tanyakan pd dia..apa yang kamu tak faham dengan audit report yg aku rasa akan dipertanggungjwbkn itu? Alih-alih mamat itu kata.."Ah tak guna nak ckp apa..benda dah habis," pulak..aku dah ready nak explain nih. Dengan kecoh kata Pest Control tu hapa, waste disposal tu hapa. Aku katakan itu adalah khidmat selenggara yg disediakan utk apartmentnya..sikit pon dia tak percaya. MAsih mengatakan bahawa akaun itu salah tak ada unsur penyelewengan. Dalam hati aku katakan, get ready ok. If you said anything about it, I'll sue you

I can be sued..and i also can sue you!!

Sape tak marah kan kerja yang menuntut masa kita. Checking satu persatu, dengan rasa sabar nak meletakkan dan mengenalpasti setiap sen yang dibayar oleh penghuni apartment, dikatanya ada penyelewengan..sakit hati woo. Sbb aku tahu aku tak buat pon, kompeni pon x buat..

Don't play play i' ll sue you tau kalau taburkan fitnah..aku rasa bertanggungjwb atas apa yg aku lakukan, i represent the company. Ini mata pencarian daku, ini yg jadi darah dagingku. Akan mengalir dalam keturunan daku, so kena amik perhatian serius.