Friday, March 27, 2009

Rasa..


Sebelum ini pernah menegur sahabat
tentang blognya yg menternak sawang..
huhu tak malukan kata kat org padahal sawang kt blog sini
nah..beribu-ribu lemon banyaknya, maaf ye sahabat

Erm tentang apa nak ku ceritakan?
tentang kerja? buhsan..keje sampai bila-bila xkan habis kan?
tentang apa ek..tentang kehidupan seharian
hmm maklum bukan..
hidupku sekarang ini tertumpu pd seorang sahaja
sampaikan bondaku menegur, "Anak mak makin jauh rasanya.."..sayu..
aduhai rasa bersalah bersarang
Bonda menceritakan tentang ayahanda yg mengalirkan airmata tatkala menatap
video perkahwinanku..tersedar; anak perempuannya kini milik orang (menahan sebak..)
daku mengikut segala pesanan ayah dan bonda..
sesudah menjadi milik orang..syurgaku di bwh tapak kaki suamiku
segala keputusan dibuat merujuk pada sang suami..
dulu..daku anak manja abah..kini aku kesayangan seseorang

aduhai terasa macam sayu pulak entri kali ini kan

Buat abah
abah tetap my hero...
ya, kini si dia berada di hati
tapi abah.. terlebih dahulu punya tempat istimewa di hati..
bonda..kamu lebih tahu isi hati ini

Thursday, March 12, 2009

Entri merapu

Akhir-akhir ini kepala sakit
bukan nak marah pada sesiapa
rasanya salah diri sendiri juga
tapi kan, tugasan itu telah kuserahkan
kenapa ye manusia suka menudingkan kesalahan ke arah yg lain
hmm..aku pon bercakap utk diri sendrik
astghfirullah, subhanallah, Ya Allah

kepala sakit..hati sakit
mood jadi tak best
nak balik bela kucen...












ayang..org nak bela kucen...

Tuesday, March 10, 2009

Cuti-cuti

Me : Ayang minggu ni kita nak pegi mana?
Hubby : Kita pergi ke Ulu Langat nak? mandi sungai
Me : Sungai apa kat sana? (sahih memang x byk berjalan)
Hubby : Sungai Congkak
Me : Ok kita bawa your sisters sekalik ok
Hubby : OK!

So, cuti kali ini kami menghala ke ara Ulu Langat pula, nak bersantai main air sungai. Ku fikirkan nak main-main kat gigi air je la (kununnya la sangat..pdhal jd cam itik tak pernah jumpa air..kekeke)

Perjalanan yg sepatutnya bermula jam 7.30 pagi tergendala disebabkan his sister sebuk mengemas rumah. Den masakkan mihun goreng and sotong+udang masak tom yam goreng (resepi apakah?). Kira ok la kot, cuma rsnya sotong itu agak masin.

Bermula perjalanan hujan selebatnya, tapi memandangkan semangat nak bercuti itu, kami teruskan juga perjalanan. Sampai di sana hujan masih turun, cuma agak renyai. So boleh la kami masuk ke sana. Bayaran satu kepala RM 1.

Maka bermulalah peranagi kebudak-budakan daku mandi sungai dalam hujan..best woo..haha





ayang tahu kan your wife ni tembam saja nak kasik lagi tembam la ni





post malu-malu sblm jadik itik (ke dugong? Haha)










with hana and dik yah masa ni xmo naik dr air..cik abang dok tanya bila nak balik? jwbku xmoooo






setelah hampir nak kena rotan, kami bersiap utk pulang. Walaupon x pueh lagi nak mandi sungai tuh








Final picture sebelum balik.







keputusannnya? sangat berpuas hati...nak pegi lagi leh tak ayang?


Kawanku tawen...

last weekend cuti panjang
apa yg aku buat?
hehe den pergi ke majlis perkahwinan my fren
kawan ms belajar..Puan Farah Rahayu binti Othman
kawan satu room mate tuh
kawan yg ku gerakkan dia semasa dia tido semata nak minum coke tgh malam buta..
sudahnya kami ke 7 Eleven berbaju tido sahaja..
kekekekekeke
kawan yg sama menangis dgnku semasa x dpt tempat tinggal di Kamsis Dato' Onn (untuk 2 minggu)
seminggu kami stay di kamsis Alumni..org panggil Kamsis Keris Mas(?) pehtu aku tak tahan terus kuar dr sana..alhamdulillah dpt kembali mengegarkan kamsis Dato' Onn nan terchenta

meh sini ku selitkan beberapa gbr kenangan sempena majlis dia


ini lah gbr pengantin ayu itu..nama pon ayu PUAN FARAH RAHAYU







bg's reunion? tak cukup ahli - dr kiri: Mas, daku, penganton ayu, Yana and As..yg si tecik is anak Puan As (Mas after this your turn lak tau)











huhu..wendu kt korang..i miss zaman muda remaja kita..huwa huwa huwa..kekeke

sempat juga mengusik si Masrina..after dis you lak tau..hehe dia ckp "doakan lah utk aku ye tun.."

Thursday, March 5, 2009

Entry..bengang


sangat sakit hati
jika kita dh berusaha sehabis daya
masih lagi diperlekehkan kerja kita
sentiasa ada yg tak kena..

tanganku cuma ada dua!!
aku cuba sehabis baik..
setelah melihat draftnya boleh atau tidak berkata dgn elok pdku
bukan membebel yg bukan-bukan
meletakkan kesalahan ke atas diri ini

bukan hanya kamu
tempat utk aku menghadap..
aku ada tugasan lain..tanggungjwab yg lain
bukankah telah ku kata ini adalah draf..draft
yg mamat auditor itu serahkan pdku
tahu atau tidak tentang makna audit?
ingt sebegitu mudahkah nk keluarkan laporan audit utk dipersembahkan?
kalau didapati ada kesalahan..jarinya akan dituding ke arah aku
audit bukan kerja cincai
audit bukan main tutup mata utk membuatnya
tahu bukan makna audit itu apa?
kalau tak tahu tutup mulut kamu

benarkan aku melaksanakan tugasku sehabis baik
sekurang-kurangnya sedikit appreciation kerna aku melakukan tugasan dgn baik