Wednesday, February 23, 2011

SMS..

Semalam dapat sms..

my old fren (miss you dear) hantar sms

sms berbunyi " Hi haley (yeah itu nama glemer ai ok..sila jgn gelak), kelakar x __________ pegi tgk super junior? ` apa khabar? Assalamualaikum."

sweet je sms tuh..lama dah x sembang ngan dia
sgt lama..salah diri sendrik gak..lupa kat dia..kesian dia..siyes x lupa..coz ai rajin jengah blog dia..bg ilang wendu..huhu

ok..balik to topik utama..
sapekah super junior? itu soklan pertama akak terpikir..
jom kita tanya pakcik gugel
pagi-pagi masuk opis akak terus ask pakcik gugel..
hasilnya

Super Junior (Korean: 슈퍼주니어), often referred to as SJ or SuJu (슈주), is a boy band from South Korea formed by SM Entertainment in 2005. With a total of 12 members, they are one of the largest boy bands in the world. The group consists of Leeteuk, Heechul, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kibum and Kyuhyun. The former Chinese member, Han Geng, was chosen from three thousand applicants via auditions held in China by SM Entertainment in 2001.[1] As of 2010, only 10 members are active, due to Han Geng leaving SM Entertainment, Kangin's leave of absence for mandatory military service and Kibum's pursuit of an acting career.[2] However, the other members have insisted that the three are still part of the group.[3][4]


uish ramainyaa....

so ni sape solonya? heheheh dulu masa awal tahun dulu astro ada la tunjuk salah satu konsertnya..mak aii ramainya..

akak bhgn k-pop sumpah akak x kenal..sebut la nama saper pon ai x kenal..
tp kalu sebut drama tahun 2000 - 2009 tuh..akak taula sikit2
naper x caya? siyes nih..akak mmg minat drama korea tau..siap hembus hingus tahan sedih..

akak minat giler citer
1. Full House
2. All in..
3. My Lovely Samsoon (pergh habiskan whole story in 1 night..giler marathon)

ni kira top 3 la..yg lain2 tuh ada gak tp ingat2 lupa..hehehehehe

so, to my dear fren..i knw u really minat k-pop band..selamat menonton konsert ok..
jgn lupa belikan ai ole-ole tau..
full details citer psl konsert itu..

btw: g dgn sape ye? mahal x tiketnya?

Wednesday, February 16, 2011

Niat di hati...

hajat nak bercuti..
sakan merancang..
tepon mak..jom gi cuti-cuti
ok..sumer konperm..mak ayah..angah..encik suami

nak tahu tak ke mana hajatnya akak nak cuti tempoh hari?
ke sini..
cantik tau..siap mimpi2 lagik

isk..gbr ni x seberapa la pulak..jap2 akak paste kan lagik

you see the water..clear crystal lagik kan..
pergh akak siap mimpi2 lagik
alih2..lagi satu hari nak pegi..sedara tepon
jemput kenduri kawen kat cagar perah sana...huwaaaaaa...meraung tau
sadis rasa hati..tp xpe la nak wat cmne kan

but..
niat hati nak tgk laut masih menebal ok..
akak paksa gak encik suami bw akak g tgk laut..
tau tak dia bw g mana?
laut la juga..dalam malaysia je
jap2..akak paste tpt akak g holiday itu hari


ye para hadirin sekalian..akak bercuti di pengakalan balak, melaka..
dalam hati mengomel gak la..
ok la xpe la..
kalu nak banding ngan satun, thailand yang pantainya bersih putih..
mmg pantai pengkalan balak ni..agak ketinggalan la
tp ok la..boleh la..janji laut kan..kata encik suami (nada memujuk)

dalam mengomel tuh..akak bantai gak mandi sampai 3-4 jam
walaupon org kata..airnya x bersih..alhamdulillah tpt akak pegi tu..ok je..
cuak gak takut2 kalu ada kandang oink..oink berhampiran..xde pulak..alhamdulillah

kedai makanan berlambak depan chalet..chalet yg akak pegi 1 malam RM60
oh ye kedai makan palaing best...kat area sini is Kedai Makan Kak Jah (kedai warna hijau)..sape2 nak berkunjung ke sana jgn lupa order rojak buah..pisang gorengnya..mmg marbeles..siyes ni akak x tipu

p/s: akak ttp nak gi satun gak..lenkali la, satu hari nanti

Tuesday, February 8, 2011

Apa yang saya buat

hehehehe

apa saya buat sepanjang cuti 4 hari minggu lepas?

ok saya senaraikan

1. Tido sepuasnya..(sampai pening kepala)
2. Melayan tv..astro..macam2 ada
3. Erm..kejar anak2 cici..si milo, neslo and kopi
4. jalan2 di shopping kompleks
5. Tido lagik?

hahaha siyesly xde citer best mana pon..
yang pasti
a) i menangis teresak-esak tgk citer Hachiko
b) gelak sepuasnya ttgk Hantu Kak Limah Balik Rumah..tq Astro (dgn hati x ikhlas)
c) layan citer Detective Conan..
d) pehtu layan marathon NCIS for 3 days..siyesly Gibbs makin ensem kan?

nota ujung kuku kaki: Cantik x my new wall?

Tuesday, January 25, 2011

Yang baik-baik

assalam, artikel ini ai amik dari web ini

http://www.fulltimemuslim.com

COUPLE : YANG HARAM ITU TELAH JELAS...!

Isu berpacaran a.k.a. 'couple' ini memang suatu isu yang tidak pernah berakhir ke'seronokan'nya. Kata orang-orang yang buruk bahasanya, bercintan-cintun ini macam kurap, lagi banyak kurap, lagi sedap digaru. Eee.. Geli...

Dalam Islam, Allah telah menjawab semua persoalan yang tertimbul dalam hati. Antara kekuatan kita, sama ada mahu ikut atau tak. Kata nafsu :

1. "Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?"

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. "Tapi saya tak cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu"

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.

Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. "Memang saya tak cukup duit / tak mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngan org lain.…"

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.


Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.

Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.

Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.

Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Surah Yasin : 36



“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.

Surah Az-Zukhruf : 12



“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.

Surah Ar-Rum : 21
7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :

“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.

Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.

Riwayat Abu Mansur Al-Dailami
Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

Mood pagi selasa


Please don't ask anything...