Showing posts with label nasihat yg baik. Show all posts
Showing posts with label nasihat yg baik. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Pesan yang baik...


tadi berjalan ke blog ini. saya rajin gak ke sana. kredit to blog PakarHowTo


Kawan,

Benar katamu kubur kita memang lain-lain.
Tapi harus kamu ingat di mahsyar nanti kita akan bersama juga.

Kawan,

Benar katamu tentang perihalmu itu memang ia urusanmu.
Tapi harus kamu ingat tanggungjawab pada agamaku itu adalah urusanku…
memberi tegur tentang salahmu pada syariat itu adalah urusanku.

Kawan,

Tolong dengarkan perkiraanku padamu ini ;

Kalau lah nanti aku tidak khuatir terhadap pertanyaan Allah kepadaku di akhirat kelak…

Kalaulah aku tidak khuatir terhadap dakwaanmu di mahkamah Allah kerana mempersalahkanku kerana tidak menyeru kepadamu…

Dan kalaulah pasti aku boleh terlepas dari ancaman hari penghisaban kelak…

DEMI ALLAH yang setiap jiwa berada di genggaman-Nya, TIDAK INGIN aku mempedulikanmu walau kamu sewenangnya berbogel di khalayak ramai sekalipun.

Tolonglah fahami situasi ini wahai kawan.

Kawan,

Aku menegurmu bukan kerana aku lebih bagus.
Aku menasihati bukan kerana aku lebih hebat.
Aku menyatakan sesuatu kepadamu bukan kerana aku lebih pandai darimu.
Tetapi aku melakukan itu semua kerana ia adalah tuntutan agama kepadaku.
Aku melakukan itu semua kerana aku menyayangi mu, kerana Allah perintahkan begitu.
Aku melakukan ini semua semata-mata mahu kamu dan aku juga selamat dari azab Allah yang maha pedih.

Kawan,

Sama-sama lah kita saling mengingati. Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati.

Semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita. Semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Thursday, April 21, 2011

MENGELUH


"MENGELUH"

hari ini sblm kita mengatakan kata2 yg tidak baik,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG TIDAK DPT BERKATA-KATA SAMA SEKALI.

sblm kita mengeluh ttg rasa dari makanan,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG TIDAK PUNYA APAPUN UTK DIMAKAN


sblm anda mengeluh tidak punya apa2,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG MEMINTA-MINTA DIJALANAN.


sblm kita mengeluh bahawa kita buruk,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG BERADA PD KEADAAN YG TERBURUK DI DLM HIDUPNYA.


sblm mengeluh ttg suami atau isteri anda,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG MEMOHON KPD TUHAN UTK DIBERIKAN TEMAN HIDUP.


hari ini sebelum kita mengeluh ttg hidup,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG MENINGGAL TERLALU CEPAT.


sblm kita mengeluh ttg anak-anak kita,
FIKIRKAN TTG SESEORG YG SGT INGIN MEMPUNYAI ANAK TETAPI BELUM ADA REZEKI ANAK.


sblm kita mengeluh ttg rumah yg kotor krn pembantu tidak mengerjakan tugasnya, FIKIRKAN TTG MEREKA YG TINGGAL DI JALANAN.

dan di saat kita letih dan mengeluh ttg pekerjaan,
FIKIRKAN TTG PENGANGGURAN, ORG2 KURANG UPAYA YG BERHARAP MEREKA MEMPUNYAI PEKERJAAN SEPERTI KITA.


sblm kita menunjukkan jari dan menyalahkan org lain,
INGATLAH BAHAWA TIDAK ADA SEORANGPUN YG TIDAK BERDOSA.


dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dlm kesusahan,
TERSENYUM DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADA TUHAN BAHAWA KITA MASIH HIDUP.


SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Tuesday, January 25, 2011

Yang baik-baik

assalam, artikel ini ai amik dari web ini

http://www.fulltimemuslim.com

COUPLE : YANG HARAM ITU TELAH JELAS...!

Isu berpacaran a.k.a. 'couple' ini memang suatu isu yang tidak pernah berakhir ke'seronokan'nya. Kata orang-orang yang buruk bahasanya, bercintan-cintun ini macam kurap, lagi banyak kurap, lagi sedap digaru. Eee.. Geli...

Dalam Islam, Allah telah menjawab semua persoalan yang tertimbul dalam hati. Antara kekuatan kita, sama ada mahu ikut atau tak. Kata nafsu :

1. "Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?"

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. "Tapi saya tak cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu"

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.

Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. "Memang saya tak cukup duit / tak mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngan org lain.…"

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.


Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.

Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.

Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.

Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Surah Yasin : 36



“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.

Surah Az-Zukhruf : 12



“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.

Surah Ar-Rum : 21
7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :

“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.

Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.

Riwayat Abu Mansur Al-Dailami
Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

Wednesday, January 5, 2011

Aurat

kisahnya dr semalam la
semasa menemankan encik suami meniaga
ternampak la 2 org awek muda remaja melayu islam
yang siyesly cantik (tak tipu nih)
pakaiannya..astaghfirullah
i yg pompuan malu melihat
org lelaki di sepanjang jalan seronok memandang..
i wonder..pada siapa yg nak dia tunjuk ttg keindahannya itu
dah ketat..singkat..kemudian di tarik-tarik hujung baju (?) ke bawah..
konon mahu dilabuhkan lagi..malu pd mata yg me mandang
dah tahu singkat why dia pakai juga baju itu?
ok pilihan dia nak berpakaian, mak ayah dia pon x marah dia
bila kuar rumah pakai baju cenggitu kan

masa berganjak
ternampak kapel..muslim juga (almaklum kawasan melayu islam kan)
bertudung alhamdulillah..cuma..penutupan auratnya
agak kurang sempurna..
tudungnya singkat, bajunya ketat, suarnya ketat oh lupa baju singkat juga
aku memandang cuma..suara tersekat di kerongkong..di hujung tekak
angkat kedua-dua belah tangan, nampak pusatnya
tunduk ke bawah nampak bahagian belakang badannya
di mana bahagian menutup auratnya?

terfikir depa ikut sape ek fesyen sebegitu?
susah benar mungkin pakai baju yg siyesly menutup aurat dgn sempurna
tudung dilabuhkan
baju dilonggarkan
baju mesti menutup punggung
seluar pon jenis loose fitting & straight cut..no curvy curvy de..
tgk guide cm kt bwh ni..senang je rsnya kan




























Wednesday, January 13, 2010

Nasihat yang baik

Bila kita dengar sesuaru yg baik
itu adalah ilmu
tak kira sape pon yg kuarkan nasihat itu
baik sumber dari TV, Radio, Suratkhabar, Kata-kata pemimpin, Kata org sekeliling
Kata mak, nasihat abah, pesan kawan mahupon lawan
Paling penting nasihat, peringatan dari Al-Quran dan hadith

Itu sebab daku rasa
Sumer org leh jd guru yg baik
Sama ada dalam sedar atau tidak, secara tak sengaja
kita telah memberi nasihat atau pengajaran yg baik
untuk orang di sekeliling kita

Ok here i dapat dari seorang sahabat yg quote
dr someone popular

nama org nih Warren Buffet..mamat ni popular tp skit pon ku x heran
i cuma petik advise dia utk menjalani hidup yg financially healthy

Spending: If you buy things you don't need, you'll soon sell things you need.(sgt-sgt betul)

Savings: Don't save what is left after spending; spend what is left after saving. (ingat tuh dapat gaji..simpan dulu..belen2 baru spend)

Hard work: All hard work brings profit; but mere talk leads only to poverty.(action speaks louder than words..hehe)

Laziness: A sleeping lobster is carried away by the water current.(jangan malas..kalau tak kita ketinggalan)

Earnings: Never depend on a single source of income.(adakah kena wat part time? huh MLM? Never ever..kita keje part time yuk..)

Borrowings: The borrower becomes the lender's slave.(fokus on hapuskan hutang..jangan tambah hutang)

Accounting: It's no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking.(ooo jgn khianat akaun woo..)

Auditing: Beware of little expenses; a small leak can sink a large ship.(to auditor sila wat audit sesiyes mungkin ye..mungkin ada udang behind mee)

Risk-taking: Never test the depth of the river with both feet.(jgn terus terjun into the ship sblm siasat dulu environmentnya..risk taking..kalu totally involved kamu akan lemas)

Investment: Don't put all your eggs in one basket.(sape byk duit tuh..jgn laburkan sumer dalam pasaran saham..simpan skit..invest skit..joli sikit.waaaaaaaaaa)