Wednesday, November 9, 2011

Sabotaj? Khianat? Breach of trust...Ileak


today kan
mengalamai satu benda yg x terduga..lgsg x akak duga
selama ni akak anggap org tu sebagai kawan
secara professional akak hormat pd dia..

td
bos panggil masuk bilik
berckp ttg projek tender yg akak buat last week
katanya ada 1 syarikat bid harga rendah dr kita
terlalu rendah sampai tahap x masuk akal
akak pelik, kemudian depan akak bos buat panggilan
kemudian akak terdgr "depa bid satu site RM1,450"
dang!!!!
akak pernah info tu pd seorang yg akak panggil kawan
dia bertanya atas dasar kawan..akak jwb sbg professional
sbbnya dia bekerja dgn syarikat berkenaan
dia berjwtn tinggi..xkan dia sesuka hati jual info pd org lain
rupanya......
pdn ler dia tanya byk benda2 yg detail..tp akak x jwb coz itu luar scope akak
akak pon tahu batas mana..tp ini..aduhai
sgt la x sangka..cepat2 akak admit pd bos akak ttg hal dia yg bertanyakn info
bos terdiam..dia nak marah..akak pon terima je kalu dia hukum..tp..
Allahu Rabbi..siyes akak x sangka...akak diperdaya
ke akak terlalu stupid sbb mudah percaya pd org?
am i that naive?

Ya Allah daku mohon supaya org tu disedarkan atas perbuatannya..
Jahat sungguh dia..sbb tindakan itu akan menjahanamkan akak juaaa...
Ya Allah..siyes rasa teraniaya pulak

Tuesday, November 8, 2011

Oh no!!!

sape suka makan KFC? Me! Apart from Secret Recipe's Prawn macaroni & cheese

yummy......

KFC Hot & Spicy is my choice utk melantak mknn yg x sihat ini but now..pihak KFC buat hal lagi.. hari tu dia comes out with a few types of so- called- new taste- yg lebih delicious katanya antaranya;

oh please...i don't like it..
i love black pepper tp xmo yg ni


pehtu depa buat hal lagi..depa come out with this one

perasa curry lak..adoi mak..oh please.
i prefer ali maju restoran punya ayam goreng

ter NOW!! masih still go on


dia ckp the taste is mind blowing.. yup mmg blowing my mind..

sape punye idea yg buat resepi ini? sgt kuat rs tom yamnya..terus ilang seleraku

now to pihak pengurusan KFC...wake me up when kfc hot & spicy is back
please bring them back to me..ala ala merayu gitu

Wednesday, November 2, 2011

Cuti Cuti..suka suka..hepi hepi o yeah (hari pertama...)

assalamualaikum
menjelma semula kita di rancangan cuti-cuti suka-suka

kali ni saya dgn encik suami dgn bangganya menjadi hos rncgn cuti-cuti lokasi kita adalah di melaka..

tempat penginapan: Seraya Pantai Chalet, Pengkalan Balak, Melaka

cantik kan? of coz..

kos penginapan serendah RM 70 sehingga RM 150..of coz akak amik paling murah iaitu RM 70 sebilik. (
review..bilik bersih..xde almari..bilik air ok...sila bw toileteries)

kehadiran: 5 orang + akak and encik suami = 7 org dewasa yang marbeles + gojes (
patutnya 9 dewasa plus 2 budak kecik..tp apakan daya..xpe lenkali ok..sila bertabah melihat gbr)
dari kiri: faizal,encik suami, fahmi, adri, azie (tunang adri) and ija..er akak xde dlm gbr..coz i cameraman..

gbr di atas..selepas check di chalet..br tiba, lapor..bw mereka makan di gerai mak jah...x jauh dr chalet. kelaparan terbukti dgn pesanan berikut: pisang goreng RM3, pau 5 bijik, mee goreng sepinggan, laksa 4 mangkuk, otak-otak 10 keping..kuih kacang sebiji..air campur-campur.

acara seterusnya...of coz sesi renang peringkat tah apa2:
lihat kami sumer..ceria sungguh kan (akak maintain gojes)

kemudian akak tingat..eh malam tu nak gi makan sea food..dah la org ramai takut x cukup tempat...so akak jerit pd sumer suh naik..bersiap! Lps maghrib nak bergerak utk mkn malam..tp cam biasa..org dah biasa dok KL..punyela jenuh nak suh naik ke darat..nak piat xleh..kena bebel la..pehtu dia buat aksi bebudak..
tgk tgk camne akak x bebel?

so..after solat maghrib kami bergerak mencari tpt utk makan malam..mulanya nak makan di Umbai..tp kami di Pengkalan Balak. Perjalanan mengikut pakcik google map..katanya 49 minit. Tai kami dah lapar. sudahnya kami menuju ke Kuala Sg Linggi sajork...i bgtau depa..Umbai lenkali pegi..
tunjuk bil dulu..

Ni hasil belasahan...semasa makan malam..sempat baca bismillah tau

ini sebelum la..nampak lagi rupa ikan udang sayur and sotong

burp..alhamdulillah..licin..clear

after dat..sesi amik gbr lagik..
terujanya akak... cik ija pegang tiang takut roboh?

muka org yg kekenyangan..

pehtu kami balik ke chalet..x kemana pon..coz bebudak lelaki pakat nak tgk bola..di restoran dkt ngan chalet..mlm tu ada game Chelsea vs Arsenal (Chelsea kalah..sila bertabah), Piala Malaysia Final Negeri Sembilan vs Terengganu (NS Menang!!). akak x stay lama..badan letih..so masuk tidoooo...


bersambung...........

Tuesday, October 18, 2011

Pesan yang baik...


tadi berjalan ke blog ini. saya rajin gak ke sana. kredit to blog PakarHowTo


Kawan,

Benar katamu kubur kita memang lain-lain.
Tapi harus kamu ingat di mahsyar nanti kita akan bersama juga.

Kawan,

Benar katamu tentang perihalmu itu memang ia urusanmu.
Tapi harus kamu ingat tanggungjawab pada agamaku itu adalah urusanku…
memberi tegur tentang salahmu pada syariat itu adalah urusanku.

Kawan,

Tolong dengarkan perkiraanku padamu ini ;

Kalau lah nanti aku tidak khuatir terhadap pertanyaan Allah kepadaku di akhirat kelak…

Kalaulah aku tidak khuatir terhadap dakwaanmu di mahkamah Allah kerana mempersalahkanku kerana tidak menyeru kepadamu…

Dan kalaulah pasti aku boleh terlepas dari ancaman hari penghisaban kelak…

DEMI ALLAH yang setiap jiwa berada di genggaman-Nya, TIDAK INGIN aku mempedulikanmu walau kamu sewenangnya berbogel di khalayak ramai sekalipun.

Tolonglah fahami situasi ini wahai kawan.

Kawan,

Aku menegurmu bukan kerana aku lebih bagus.
Aku menasihati bukan kerana aku lebih hebat.
Aku menyatakan sesuatu kepadamu bukan kerana aku lebih pandai darimu.
Tetapi aku melakukan itu semua kerana ia adalah tuntutan agama kepadaku.
Aku melakukan itu semua kerana aku menyayangi mu, kerana Allah perintahkan begitu.
Aku melakukan ini semua semata-mata mahu kamu dan aku juga selamat dari azab Allah yang maha pedih.

Kawan,

Sama-sama lah kita saling mengingati. Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati.

Semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita. Semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Thursday, October 13, 2011

Hati-hati bila berjanji..

hihi..ada benarnya x?

nota: sesungguhnya xde kena mengena dgn idup ai skrg ini..juat sbg peringatan shja..