Friday, February 15, 2013

K.A.L.U.T

10 hari lepas..

abg ckp " Family rashid nak dtg ahad 17 hb ni, merisik,"

hati ckp "buat apa merisik, tunang je la terus,"

saya ckp " alhamdulillah, ok..tp kalu tunang terus kan bagus,"

8 hari lepas

abg ckp "Hana call minta kunci rumah Sentul mereka nak kemas rumah,"

hati cko "Owh buat rumah Sentul..ok"

saya ckp "Ok.."

5 hari lepas

Hana ckp "Family Rasyid dtg hari Sabtu kak, buat tunang terus"

saya ckp " Pulak, tp ok gak hari Ahad boleh rest sambil kemas rumah"

Abg "............"

Semalam waktu Maghrib

Hana singgah rumah, sementara bakal solat maghrib di masjid berhampiran

saya ckp "Camne preparation?"

Hana ckp "ok, tp pening gak..kena ikut ckp org lain pdhal kita nak buat kecil-kecilan je, pihak lelaki dtg  sampai 40 orang"

saya ckp "Sabar, ini baru 1st stage lps ni lagi byk..any problem boleh tanya or consult me,"

hati ckp "40 orang?? ramainya..muat ke rumah tu nanti?"

sambung sembang bla..bla..blaa..nasihat..gosip..luahan..gelak-gelak

Abg balik dr Masjid

abg ckp "Hana, lepas ambil mak nanti dtg jumpa abang di tempat kerja ye, nak jumpa mak jap"

Hana ckp "Ok," bisik perlahan pd saya "Nape kak? Ni yang risau ni,"

saya ckp "Takde apala..sumer ok tuh"..you see kondifen i menjwb

Pagi tadi

Abg ckp "Ibu dah kalut, hajatnya nak buat kecil-kecilan je now dh jadi besar,"

saya ckp "so..."

perlahan abg cakap, "Ibu tanya, buat rumah awak boleh ke? Tetamu makin ramai ni,"

Waktu tu jam 2.30 pagi..bulat mata ku
kepala terus fikir macam-macam..rumah ai cam tongkang pecah!
i have less than 48 hours untuk tukar rumah jd cam almost istana..almost ok..almost
fikir baju tak berlipat lantai kena mop, perabot kena alih, kandang kucing kena alihkan juga..

tapi mengenangkan..

Ibu mertuku ini 1 of the best in the world tak sampai hati nak menolak..dah minta tolong ni maknanya dia sangat serabut. Takkan nak say No pulak kan..ini la 1st time dia minta tolong nih.

Perlahan capai henpon sms to Hana utk kata setuju buat di rumah ku nan tongkang pecah..Titanic karam nih..

jam 3.30 pagi sms to Hana, 2 minutes later sms to my beloved bonda..crying for help..(idak ler crying nampak benor membohong)

6.45 a.m 15/02/2013

Hana call "Thanks kak, tapi akak oke ke?" (she spells ok..as oke..dunno why)

saya ckp" Ok jer cuma rumah kena kemas la,"

Hana said, "Akak tinggalkan la kunci tengah hari nanti Hana dtg,"

7.50 a.m 15/02/2013

call my bonda..dia gelakkan ai okeyh..she said "Kan mak dah ckp,
nanti mak minta tolong neng dtg rumah kemaskan rumah along..mana tahu boleh jumpa baju-baju mak yang along x pulangkan tu," 

tahan telinga..coz mmg rumah sgt bersepah..

8.20 a.m 15/02/2013

Abg call member..sewa kanopi kerusi meja

Sahih ler rumah ai la tpt majlis tu

now saya K.A.L.U.T

wish me luck!!

No comments: