Monday, August 16, 2010

Me? Penulis? hahahhahaa

" Kak nape tak sambung citer akak tuh, saya baca rasa best je'"

Aku blank jap..citer yg mana ek?
Aku ni masa SPM, keputusan BM cukup2 makan C4
ni karangan mana la pulak yang dia sebut nih

"Ada sambungan tak?" tanya dia sambil menunjukkan kertas sekeping.
Haiyoh, citer yg aku karang zaman 2007/2008 dedolu
masa tu tah datang dari mana tah idea dtg menjelma tetiba...

Nak tahu tak citer apa yg ai karang tuh? Jap ye i paste..
p/s: tajuk pon x tahu apa tau but siyesly ini karangan aku sendrik xde copycat

Bab 1

“So deal?”

Huh, Deal? Perjanjian? Sahih la mamat ni gila. Aku pun sama gila jugak sebab melayan perangai gila dia nih.

Kuangkat tanganku ke dahi, merasa suhu. Dia melihat aku. “Kenapa?” seraya bersuara. “Nak check, kau sihat ke tidak,” selamba ku bersuara. “Kau check suhu badan aku dekat dahi kau?” tanyanya lagi. “Eh pakcik, kau tu bukan mahram aku, mana boleh sentuh,” pantas ku bersuara.

“Ok, aku nak tanya dalam banyak-banyak perempuan yang kau kenal, kenapa kau pilih aku?” Seriusku bersuara. Hamik ko sedebik..jawab-jawab.”It’s only for temporary la Ayu, aku dah kenal kau lama. Dah kenal perangai masing-masing dan yang pasti, kalau aku kenalkan kau kepada parents aku, diorang takkan bising,” selamba dia berbicara. Amboi sesuka hati, ajak aku join sekuali nak tipu pakcik Ramli.

“Ko nak ajar aku tipu pakcik Ramli ek..ko gila apa? Tak ingat dosa?” dengusku. Aku membantah. Gila punya cadangan.Yang mamat ni pun satu, ajaklah si Suzana tu ke, Farah ke yang aku dipilihnya kenapa. Hampeh..

Matanya mencerun, mukanya berubah menjadi serius. Aiyak, dia nak berubah menjadi Sylar ke? Ke Hiro?..pantas aku terbayang watak Hiro daripada siri Heroes kegemaranku. Comelnye.

“Cik Ayu Farhana, aku fikir this is a win-win situation, kau nak senyapkan orang sekeliing kau tentang diri kau yang masih single, dan aku nak senyapkan parents aku,” tegas dia bersuara.

Hek e na..tentang aku yang masih single kenapa dia yang bising? Ku kerling ke arahnya. Adoi mak aii, kenapa la mamat ni semakin hensem. Kenapa dia tak ikut perangai macam bapanya Haji Ramli tu? Uiks..kenapa lak aku fikir camni? Control Ayu control. Think smart, act smart.

“Cik Ayu Farhana binti Saifuddin,” dia berbicara lagi. Ni yang payah ni, kalau dia dah guna pakai nama penuh aku bermakna tahap kesabaran dia dah half-tank. Sebelum kesabaran dia menjunam tahap zero baik aku bersuara.

“Any terms and conditions?” Aku bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri.

Dia tersenyum lagi. “Don’t bring your heart into it,” ringkas dia berbicara.

Aku nak mintak supaya kau jangan tersenyum macam tu lagi boleh tak? Jeritku dalam hati. Aduh confirm aku gila macam dia gak. Eleh macam la aku tergilakan dia sangat..huh..

“Ok deal,” Yakin aku bersuara. Hello, Hospital Bahagia, err..ada katil kosong tak?


Bab 2

“You did what?” jerit Hasmah.

Pantas aku menjarakkan diri. Hish..tempias. Aku sengih cuma.

“Explain to me, kenapa kau amik tindakan camni? Kau ingat ini drama swasta ke ada janji-janji?” bebel Hasmah lagi.

“Er..bukan dalam drama Korea ke? Hyun Bin punya lakonan tu?” jawabku, sengaja untuk berlawak. Pantas Hasmah membeliakkan matanya. Mak aii ngeri. Cepat-cepat aku tundukkan kepala. Masakla aku hari ni.

“Think Ayu think, fikir tahap logiknya perjanjian antara ko dengan Haikal tu..bagi aku tak masuk akal la,” sambung Hasmah lagi.

Aku sengih cuma. Hasmah kalau dia bercakap biarkan, kalau dilawan ampun disambung syarahan sampai ke Subuh nanti. Aku pun pelik kenapa aku boleh tergerak untuk menurut rentak permainan si Haikal nih. Apsal otak aku blank nih? Anak Pak Ramli tu ada jampi ke?

“Ok, memandangkan otak kau sekarang tengah berada dalam keadaan beku dan tak boleh berfungsi, biar aku beri pandangan tentang rancangan gila korang nih,” sambung Hasma lagi. Dia ni tak penat ke? Aku memerhatikan dirinya dari tadi mundar mandir macam budak ambil lesen untuk masuk parking. Kalau pakcik JPJ nampak ni confirmed failed..hehehe.

“Yang kau sengih tu kenapa ingat lawak?” Suara Hasmah mengembalikan aku ke alam nyata. Aiseh, panjang lagi ke? Kugaru belakang kepala.

“OK, you and him agreed to act as couple, but not for real la sebab nak buatkan both of your parents and also his parents shut up, but..no string attached, no emotional needs in this game kan?” Pantas aku mengangguk.

“Persoalan aku, why kau mesti setuju, kenapa dalam banyak-banyak perempuan yang dia kenal, kenapa dia pilih kau untuk take parts in this game?” Tanya Hasmah. Sebijik macam inspektor Aliza dalam cerita Gerak Khas, pelakon faveret tok wan aku.

“Entah,” jawabku mudah. Aku rasa aku kena jampi dengan anak Haji Ramli ni.

“Satu lagi Ayu, dari dulu lagi kau memang sukakan dia kan? Kenapa kau sanggup play this game? This is really not you Ayu,” ujar Hasmah lagi.

Saat itu, senyumanku mati. Apa jawapan yang aku ada?

Sebab yang aku ada DIA. KAWAN. AKU.

Sahih aku kena jampi dengan anak Haji Ramli. Confirmed aku under influence.

Tok wan..tolong Ayu..


Sekian karangan dari akak..muleh tak?
ada rasa cm muleh jual ke?

hahahaha..syok sendrik la pulak

Thursday, August 5, 2010

Tiba tiba terkenang

mengulang citer lama..
smlm i dpt call dr seseorang yg wendu sesangat
kawan baik aku yg hilang lebih dari 2 tahun (yes no call, no sms, no email)
tapi camne pon ada la gak i luahkan hati dalam my other blog
untuk tatapan dia..jap i singkap semula sejarah..(pergh sayu lak rasa tetiba)
yes Yati..sila menangis ye




Surat untuk Liza

Salam za,

lama kita x sembang kan? bila last time kita jumpa ye? hmm seingat aku masa percutian kita ke Kota Kinabalu. Sampai sekarang aku masih teringat betapa gilanya kita men gamble je pegi sana dgn xde perancangan trus meredah ke sana..ingat tak the first Hotel yg kita masuk tu? Aku perasan muka Yati and muka ko berubah. Masuk je bilik yg kita tempah..aku terus x pikir panjang..capai tepon trus tepon another hotel..nak check out time tu gak..i don’t care. Pandainya kita cipta alasan kenapa nak check out from tht hotel. Kita menyusur jln di KK tu sampai kita jumpa Kinabalu Daya Hotel. 3 of us agreed, rela dok hotel ni dr yg sebelumnya, walaupon harga dia a bit mahal utk kita.

Za,

Kenapa ye kita ke sana? Oh ye baru aku teringat, ko nak suprise kan si ‘hantu’ yang pada masa itu ko syg sangat. Sumpah masa tu aku cukup jeles sebab ko dah ada org yg ko syg and aku still single. Aku tak paham camne org boleh suka kat seseorang tuh. Aku ni kan gamble. Lelaki tgk aku mau dia lari 100 km ke hadapan, bak kata Yati “Matun, ko ni ganas sangat ,”. Dalam kelumpuk kita bertiga, Liza yang Cantik, Yati yang Anggun, Matun (aku) yang ganas. Hahaha…

Za,

Sampai sekarang aku teringat camne aku ngan Yati suka sakat ko. Bila ko gaduh ngan Yati, aku tukang tenangkan antara korang berdua. Ingat tak masa kat Airport KK? Ada ke patut nak beli makanan pon korang leh gaduh. Dah la kita bertiga masa tu cam rusa masuk kampung kt situ. Cam biasa aku berlagak cam aku terer pdhal dlm hati kecut giler..kat situ kita men redah je order keta sewa ke Taman Negara Kinabalu, menyusur ke Kundasang where kita beli bunga apa ek? Aku hadiahkan kat ko n Yati (aku kan x suka bunga). Pehtu kita gi Pasar Filipina, pehtu jln2 kat Pasar depa (apa nama pasar dia pon aku tatau) punye kita seronok tgk udang bukan men besar ngan sotong and segala jenis mknn laut yg kupikir lebih murah dr di semenanjung. Kemudian kita dok melantak seafood kat belakang Pasar Filipina.

Za,

Balik dr Sabah ko diam, padahal aku pikir of coz ko seronok sbb dh jumpa si ‘hantu’ tu. Tetiba aku dpt sms dr Yati kata si ‘hantu’ akan kawen x lama lagi. Punya la mmg HANTU!! No wonder ko x call aku. Pdhal seminggu dlm 3 hari kita mesti call or sms. Gayut lama-lama. Pehtu ko ilang..ko x angkat phone call dr aku maupon Yati. Ko ckp you need to be alone. Aku marah sgt-sgt kat si ‘hantu’ tuh. Sumpah Za, aku mmg x maafkan dia. Silap besar dia mainkan kawan aku.

Za,

Sampai la ni ko x call, sms, email aku. Nampak gaya ko boleh hidup dgn tenang dgn xdenya aku and Yati (why ko x call dia?). Cuma kadang2 kami terpikir, nape ko hukum kitorang sbb salah si ‘hantu’ tu. Xpe la Za, aku n Yati sentiasa doakan ko sentiasa happy. Don’t worry about me and Yati, we’ll be okay.

Take care Za..


surat ini dikarang pd March 2008

sekarang August 2010..lebih dari 2 tahun kan..kawan aku ni hilang

dear Liza, jangan hilang lagi ok..aku and yati wendu bangat kat ko