saya? for me life is beautiful. Apa yg kita fikir tak semestinya sama dgn apa org lain fikirkan. jd hormati pdgnnya juga.
Friday, July 16, 2010
Duhai hati...bertabahlah..
Ingat Allah byk2 halimatun.. ingat Allah istighfar byk2..sabar sabar
itu ckp aku dalam hati..
pdhal dlm hati..bermacam kata nak dihamburkan
nak luahkan kemarahan pd siapa?
siapa yang nak dipersalahkan
bila terjadi kes sebegini?
Harga petrol, diesel, gula dan gas naik Jul 15, 10 6:26pm
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen. Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikut adalah harga baru: -
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter. - Petrol RON 97 - RM2.10 seliter. -
Diesel - RM1.75 seliter. -
Gula - RM1.70 sekilogram -
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas: *
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40) *
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20) *
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat. Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat. Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
so ..
sape tak marah?
every year dialog yg sama
x membebankan rakyat
demi ekonomi negara
dulu naikkan sbb untuk manik taraf sistem pengangkutan..
ada ke..xde gakkan kan
so pada siapa aku nak marah? sabar halimatun sabar byk2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dear...kdg2 iwa rasa rakyat msia ni terlalu baik smpai dah tahap tuuut dah bila berhadapan dgn kenyataan2 yg dibuat KERAjaan.
knapa rakyat msia ni lembut sgt sdgkn kita ni diwar2kn sbg negara demokrasi??dn kononnya suara rakyat didengar dn diutamakn??
kdg2 iwa rasa tak salah kalu kita berpakat adakn demontrasi mmbantah scr serius segala kenaikan yg tak munasabah dn tak masuk akal ni..
bukankah ini hak kita utk bersuara?kita rakyat msia masing2 tahu hakikat sebenar knapa hal ni terjadi tapi msg2 cuma diam dn angguk saja.
iwa bukan sekadar sakit hati,tapi sedih..sedih mngenangkn betapa kita rakyat msia yg diwar2kn bijak pandai ni diam dn tak betindak lgsg bila dpat pemimpin yg terang2 mnyusahkn dn mbodoh2kn rakyat..
kita tahu hakikat hal sebenarnya kn??
jadi kenapa kita terus begini??
keciwa...btoi2 keciwa...
Post a Comment