Thursday, October 14, 2010

Celaru? Haru?

hehehe lihat tajuk ai today..tah apa2 kan

ok today my tajuk is celaru..akak tgk artikel kat sini, masa akak baca tu akak geleng je napolah jd cmni

nak tahu kesah apa?

Konsert Amal Sharifah Aini

KL 13 OKT 10: Biduanita Datuk Sharifah Aini sanggup menghabiskan wang beratus ribu ringgit untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik walaupun hasrat itu tidak menjanjikan keuntungan.

Menurut Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah, dia akan mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 bagi setiap konsert amal yang akan dilakukannya.

"Daripada jumlah itu juga saya perlu membayar para pemuzik, sekali gus menyalurkan kutipan tiket kepada rumah-rumah kebajikan. Sebab itu tiket konsert saya sedikit mahal.

"Dengan cara itu, sekurang-kurangnya syarikat saya dapat menyalurkan wang konsert kepada individu yang memerlukan dengan jumlah yang besar.

"Setakat ini, sepanjang penganjuran konsert amal yang dibuat oleh syarikat saya, Seri Dewi Production dan Lime Events, kami tidak mengumpul sebarang keuntungan pun kerana saya ikhlas untuk menderma.

"Insya-Allah, saya akan mengadakan konsert seperti ini sekurang-kuranya setahun sekali yang tidak membabitkan mana-mana rumah kebajikan secara khusus," katanya pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal, Malam Juitaku Sayang di Hotel Seri Pasific di sini, Selasa.

Mengenai majlis makan malam amal tersebut yang sepatutnya diadakan pada 15 Oktober ini, ia telah ditunda kepada tarikh 31 Oktober 2010 yang akan diadakan di Hotel Seri Pasific, di sini.

Sebahagian kutipan tiket pada majlis persembahan yang turut disertai penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahhabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah Surau Jamal Assurur, Kuala Lumpur.

"Saya menjemput Datuk Ahmad Jais kerana dia ibarat seorang ayah yang banyak mendidik saya untuk mengharungi cabaran sebagai seorang penyanyi ketika awal pembabitan saya dulu.

"Dia juga menyokong usaha saya dalam mencari dana bagi rumah-rumah kebajikan yang memerlukan.

"Pada malam tersebut saya akan membawakan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu yang telah disusun semula oleh Belle Fatah dan Faizal Loke Yew," kata Kak Pah.

Kepada peminat-peminat Kak Pah yang ingin membuat tempahan menyaksikan persembahan berkenaan, sila hubungi di talian 019-3488054 atau 012-9332373.

Tempahan juga boleh dibuat melalui faksimili di talian 03-79568557. Untuk pertanyaan lanjut sila emelkan ke limeevent@gmail.com. Tiket dijual mengikut meja (10 orang setiap meja) dengan harga RM3,500, RM4,500 dan RM7,500.

Bagi yang ingin membuat tempahan secara individu, tiket berharga RM450 dan RM200. (mStar Online/AK)

ok, ok tgk kat huruf bold merah tuh

akak rasa kan instead of dia canangkan yg dia kuarkan belanja samapi RM150k utk buat konsert amal utk derma ke rumah tahfiz itu, ada baiknya..dia bg terus RM150k tu pada sekolah tahfiz tersebut, settle. xyah canang2


to makcik sharifah aini,

suara wanita adalah aurat makcik, mmg matlamatnya baik..tapi caranya makcik amatlah tidak sesuai. matlamat tidak menghalalkan cara wahai makcik sayang

Wednesday, October 13, 2010

Sakit kepala


kung!! kung..!! kung!!!
trettttttttttttttttttttt!! trettt!!!

bebebebebbebebe!!! bebebbebebe!!



berenti 40 seconds
1...2...14...30...35

start again

tretttttttttttttttttttttttttttt!!!! treeettttttttttttttttttttt!!! bebebebebebebeb!!! bebebbebebebebebe!!!!
kung!! kung!!! kung!!!



itu la yang akak hadapi skrg..
dah 2 minggu tau
opis bwh wat renovation..
sakit kepala woooo

apa depa xleh wat time org xde kt opis ke? haiyoh

Wednesday, October 6, 2010

I am speechless

wah tetiba akak spiking

tahu kan ala kisah ni ha yg akak jumpa kat sini

siyesly akak rasa ini parti kena wat siasatan menyeluruh
dok underground untuk setahun dua..
checking setiap ahli
tapis setiap yg jadi AJK
perlantikan setiausaha dibuat secara strict giler
selidik habis-habisan

ini tidak....
asal nama mengaku nak jadi sukarela
terus letak jadi org penting
tah sape dia..asal usul dari mana
takde siasat langsung
sesi investigation langsung xde
rerupanya dia lah api dalam sekam..
dialah gunting dalam lipatan
dan dia jugalah pagar yg dok makan padi-padi itu

itu baru jd petugas tuh
belum lagi...
nak pilih calon untuk mewakili rakyat jelata
calon tak discreen test habis-habisan..
ini baru sua awek2 and minah cun..terus gelap mata
ditawar jawatan dan wang sejuta dua ..dan-dan tu juga berpaling tadah
mana ketahanan?

cmne ini pemimpin nak jd bakal PeyEmm negara?
hancur
masalah dalaman parti awak xleh kawal
masalah kalangan ahli awak xleh settle
semangat setia tak berbelah bagi di kalangan ahli pon masih boleh dipersoal
pemilihan setiausaha sulit pon ikut suka hati..

ini ke yg bakal nak jadi bakal PM kami?
sorila bro..
i think kamu kena berundur la...bagi peluang kat org lain
dah tahu musuh mmg akan attack kamu
masih lagi kamu amik sikap sambil lewa..
ai tatau la nak kata apa

bengong? bangang? hampeh? hampas?

Tuesday, October 5, 2010

Kill Kill Die Die

musuh akak yang terbaru: kerajaan ANAI ANAI

Kill Kill Die Die

huk huk..misi sekarang adalah jelas
menghapuskan musuh..siyes ni akak bersemangat waja menghapuskan musuh
mula -mula hapuskan Queen dia..
cmno nak kenal Queen ek?
ooo pakcik gugel kata Queen paling besar..
kalu Queen mati..rakyat jelata dan kerajaan pon hapus
macam main catur lak kan?

Musuh utama akak skrg ini adalah ANAI ANAI!

citernya begini
semalam akak pegi la kat peti ais..pehtu dengar cam bunyi tik tik kat kabinet atas
memula akak ingatkan ada kebocoran melanda ke..sbb tgk dinding pon cam merekah je
so..akak wat siasatan..memanjat table top dapur
ketuk2 kabinet bunyi tik tik itu berhenti..
sah..sahih..tepat..ada kerajaan lain dalam rumahku
kerajaan ANAI-ANAI
akak menjerit sekuat hati..cik abang yg tgh tgk tv terganggu
cik abg melopong tgk biniknya memanjat table top..pehtu sengih (ai know ai seksi yang..)
punah kabinet dapur akak kalu x diselamatkan dengan segera

dengan berbekal ubat anai-anai yg akak beli di kedai hardware, bersama semburan
akak menjalankan tugasan pembunuhan di kitchen area dengan gigih
Cici..my beloved kucen telah diarahkan agar tidak memasuki ruang dapur..sila tahan lapar..
after operasi baru leh makan
ada musuh yg perlu akak musnah kan

settle ruang dapur
bersihkan segala habuk kayu sisa mknn kerajaan ANAI ANAI itu
tunggu 2 jam baru la cik Cici makan..pandai majuk sbb lambat bagi makan ngengada sungguh

misi esok hari
kabinet bilik tido...
katil
stor
satu rumah!

Friday, October 1, 2010

Lenkali kalau tak tahu ttg hukum jgn pandai-pandai jatuhkan hukum

apa akak merepek nih?
cmni korang ada tgk berita kan ttg si Reezal Merican kecoh2 tuh
actually adala baiknya juga dia hebohkan psl sumber wang ihsan yg diragui halal dan haramnya itu.
beliau mendakwa wang ihsan yg disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu hasil dari sumer judi..judi adalah haram..itu katanya la.

tapi dia berckp psl politik la kan..ok akak takmo sembang psl politik..
sbb lain org lain pendapat psl politik nih

balik rumah adik akak tanya psl kesah wang ehsan ini..akak takleh nak jwb sbb akak tak pandai nak jatuhkan hukum halal haram sesuka hati...sungguh bahaya..silap bg maklumat dosa woo
maka akak pon korek2 la maklumat, checking pada pakcik gugel

tetiba smlm akak tgk utusan malaysia kata ada 40 org warga emas pulangkan balik hasil sumbangan itu, yg pelik depa tak pulangkan pada tukang beri sumbangan (wakil kerajaan negeri), tapi depa pulangkan pada ketua pembangkang negeri pulau pinang pulak (sungguh politik gimik..you see dats why i hate politik), siap ada makcik tu kata somi dia meninggal sbb dia terkejut bila dpt tahu wang ehsan itu adalah hasil judi..adoiyaii..makcik beristighfar la bebanyak ok...lenkali nak tahu tentang hukum halal haram iini, sila rujuk pada ustaz ustazah..dan mereka2 yg arif ttg hukum2 dalam Islam ni ye...(psst..makcik..ada g kelas fardhu ain dak? saya bersangka baik tau..mungkin makcik ter miss kelas itu..xpe xpe esok kita buka kitab balik ok)

so pencarian akak pon berakhir bila akak jumpa artikel ini

Perlukah Memulangkan Wang

Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

gifts.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010



campur tolak darab bahagi..

utk yg tatau tu elok2 la bertanya pd org yg lebih arif..

jgn buat-buat pandai semata nak tarik perhatian ok..