Apa yg korang nak buat bila your most favourite writer kuarkn buku mereka?
Maunya tidak rasa cam time-time itu gak mahu pecah masuk kedai buku cari buku tersebut ye dak..
Apa? Harry Potter? Sooo sorry aku tak minat minah JK Rowling itu walaupon movienya aku lihat itupun setelah ditayangkan di kaca telivisyen. Nama nak beratur kat kedai buku and beratur utk tiket wayang for Harry Potter..mintak mahaplah ye..
Actually penulis yg daku minat ini tersangatlah ramai dr penulis buku omputeh sampailah ke buku bahasa Melayu. Tapi pengarang dari Malaysia ni aku lebih suka la almaklum harga buku berpatutan ye dak?
Ok now kita skrg review buku Mikhail - penulis: Ramlee Awang Murshid
Buku ni den baru beli semalam, padahal lama dah tgk dalam surat khabar ttg buku terbaru ini. RAm penulis yg sgt ku kagumi dia lain dari penulis novel sekarang. Dalam novelnya ada kisah cinta, tapi itu hanya sampingan main citer is lain. Semua novel RAM yg pernah kubaca, Cinta itu perlu ada tapi hidup bukan hanya sekadar cinta.
Citer ttg HITMAN, mula-mula membaca rasa cam citer HITMAN yg pernah ditayangkan dahulu. Tapi ini ada ciri ke'melayu'an. Seorang pemuda yg hanya tahu namanya adalah MIKHAIL, dikenali oleh msyarakat setempat sebagai penanam anggur. Namun ada sisi lain dalam hidupnya, kerjaya sebagai pembunuh upahan. Segala kenangan lama dalam hidupnya telah hilang yg diingat cuma satu keluarganya mati dibunuh. Mikhail ni juga ada satu penyakit di mana matanya tak boleh terkena cahaya matahari. Bila terkena cahaya matahari dia akan berada di alam yang lain. Watak yg diketahui dalam alam lain itu cuma seorang TAHIR namanya. Pulak dah lain lak dari citer HITMAN itu.
Yang buat citer ini bertambah menarik apabila si MIKHAIL ini enggan melaksanakan tugasannya yg terbaru, membunuh seorang anak kepada sasaran yg dia mahu bunuh. Hehe sinilah terselit kisah cinta itu. Tapi dalam buku ini takdenya ayat-ayat bunga menikam dada melastik bintang. Sumer ayat formal. MIKHAIL, man with few words. Sudahnya dia dituduh pula melakukan kesalahan yg dia tidak lakukan serta ada pula pihak lain yang ingin mematikan hayatnya dalam dunia itu. Waduh sungguh mendebarkan rasa cam tgk action movie lak. Cat and mouse game. Memang best dari 5 bintang den bagi 4.75 bintang. hehehehe
Apa? nak tahu ttg selanjutnya? beli la sendrik, for those yg sukakan citer misteri, konspirasi buku ini tak akan mengecewakan anda..(ewah promo!)
Ok next, Rooftop Rant - HLovate
HLovate 1st book yg ku baca adalah 5 tahun 5 bulan, diikuti dengan
Aa + Bb, now Roof top Rant. Kisah cinta tapi ada lainnya. Kisah tentang mereka yg datang dari dua situasi berbeza kenal, fahami, benci ,marah, menyampah bila hilang jadi rindu..hmmm
Ok berbalik pd buku ini. Citer ttg Trisy dan Jade. Mereka kenal apabila Jade membantu Trisy yg pengsan di atas bumbung yg berhadapan dengan Wisma Topaz. Bumbung itu tempat mereka lari dari dunia yg mereka diami. Atas bumbung itu mereka lebih tenang. Jade lari dari bebelan ibunya yg stsa membandingkan dirinya dengan abang dan adiknya. Trisy lari dari kesunyian yg amat sangat dr rumahnya. Dahaga kasih sayang keluarga. Mereka berbeza.
Yang ku kagumi penulis ini, dia ceritakan bagaimana watak Trisy dan Jade menjadi matang dan lebih baik. Bagaimana Trisy dari seorang minah punk (dengan rambut seperti anak burung tumbuh bulu- Kata Jade) berubah menjadi Wanita Melayu Terakhir. Bagaimana Jade lelaki yang tidak tahu hala tujunya berubah menjadi insan yang lebih baik. Menarik bukan?
Tidak ada sekalipun ayat antara mereka yg berbicara tentang "Aku cinta padamu" di ucapkan. Tapi menarik sungguh walaupon bertahun tak bertemu nama mereka tetap menjadi sebutan di bibir dan di hati masing-masing. Tiada janji utk bersama di antara mereka. Yang ada cuma pesanan untuk hidup baik-baik. Yang ada cuma kenangan antara mereka, bicara antara mereka tatkala bersama menghabiskan masa di atas bumbung sana.
Yang boleh menenangkan Trisy hanya Jade. Yang boleh kembalikan senyuman Jade cuma Trisy. They need each other without realizing, itu sebenarnya cinta. Kudos kepada penulis yang lari dari topik cinta melankolik tahap melampau sampai naik jelak aku membacanya.
So sahabatku..silalah apa kata kalian cuba membacanya.