Thursday, May 26, 2011

Bila Lelaki Merajuk (encik suami)


hehehee..
apa ingat org lelaki xleh merajuk ke? xde hati n perasaan
harus diingatkan mereka bukanlah robot ye
mereka juga manusia ada hati and perasaan

kenapa ai ckp topik nih? sbb encik suami kenkadang dia majuk juga..(selalunya akak yg majuk). kenkadang akak x perasan pon apa yg leh buat encik suami merajuk.

so mula2 kita tgk apa tanda2 lelaki merajuk (setelah puas tanya si google..akak dapat kat sini)

1. Dia akan senyap sepanjang masa. Lelaki ni bukan macam kaum perempuan. Dia merajuk cool. Walaupun kita bercakap sejuta perkataan sekali pun dengan dia, jangan harap lah dia nak balas balik. Jadi bila lelaki merajuk ibaratnya kita bercakap dengan patung.

2. Tidak melayan masej. Dia akan biarkan saja masej masuk tanpa ada perasaan untuk membalasnya.

3. Masam muka sepanjang masa. Yang ini boleh buat kita sakit hati. Lagi teruk dia boleh tarik muka. (lagi buruk)

4. Hisap rokok sekotak. Memang dah parah ni. (encik suami x merokok, alhamdulillah)

5. Menangis. Ada juga ke lelaki yang merajuk menangis..? Agak susah nak terima.


so dah leh agak kan..dah tahu lelaki merajuk..apa nak buat?
tapi sebelum tuh, kena tahu nape di a merajuk..

antara sbb lelaki merajuk mengikut survey dalam pakcik google..
1. Cemburu
2. Dia x dapat apa yg dia nak

3. Dia rasa ada org lain yg lebih hebat dari dia di mata kita (lebih kurang mcm nombor 1 kan?)

so dah tahu nak sbb dia merajuk, cmne lak nak pujuk?

mcm2 cara sbnrnya nak pujuk lelaki nih, tp ni antara yg akak buat untuk pujuk encik suami

1. Minta maaf (walaupon tatau apa salah kita..kita say sorry dulu almklum suami isteri kan, mesti ada salah kata..silap sebut, salah tingkah)

2. Taip lirik lagu cinta2 sms kat dia..or print ala2 surat cinta (siyesly akak buat nih, antara lagu pilihan Faizal Tahir- Hanyut, Andra & TheBackbone- Sempurna)

4. Masih simpan lagi gbr2 saat bahagia kalian? sila keluarkan dan tampal gbr berikut merata tempat dalam rumah, kat peti ais, pd almari baju. Tulis ayat2 cinta sekalik (siyeslya akak buat). Kat cermin2 dalam rumah sila tulis I LOVE YOU guna lipstick..so dia akan senyum sendrik ingat kat kita..(org lelaki pon suka dipujuk tau)

3. Laksanakan tugas cam biasa, jgn mogok2 (ni utk para isteri shja), gosokkan baju kerja, sediakan makan minum dia cam biasa..jgn nak memujuk, awak lak yg merajuk..lgsg communication breakdown

4. Mengadu dengan Allah. Jgn libatkan org lain, tp kalu perlukan org nak dgr luahan xpe..jgn cuba2 suh mereka mencorakkan rumahtangga kita. Aib suami kena jaga..sudahnya mengadu dgn Allah sahaja..

5. Biarkan lelaki itu pujuk hatinya sendrik..bagi hati panasnya reda sendrik. (Note: jgn terlebih memanjakn..ello kita pon byk kerja lain ok)


Monday, May 16, 2011

Cantik ke ?

xde la besar n berat mana pon masalahnya
kecik je
cmni,

opis ai skrg ni mewajibkan pemakaian uniform opis every monday
today monday (16/5/2011) dh start la mknanya
masa fitting baju dulu
ai awal2 amik baju uniform lelaki
motip? coz baju uniform ponpuan..baju fit, nampkkan bentuk badan (ai tembun n rimbun)
so bila dpt bajunya..ai amik uniform lelaki. saiz XL (akak x secret2 pong)
balik rumah tunjuk pada encik suami
dia ckp, syg xleh pakai baju nih..
ai pelik..napenya?
encik suami menjwb, baju ni mmg dh longgar tp betul2 atas punggung (actually 2 inci bwh punggung...motip menjwb ckp suami dalam ati?)
ai pon..ooooooooooooooooooooo (kepala angguk2 cam belatuk)
so alkisahnya akak pon meronda la shopping kompleks mencari cara pemakaian sesuai untuk uniform ku ini..
perlu diingat baju ini failed dr pdgn suamiku dr segi labuhnya (encik suami suka kalu ai pakai baju t shirt labuh sampai lutut kalu di luar rumah...tp kalau kt rumah?..err..next topic!!)
sudahnya ai x menemui apa2 pon untuk dipakai bersama dgn uniform tersebut

cmne ek?

Wednesday, May 4, 2011

Sembang sembang fesyen tudung...

ni sbnrnya nk mengomplen skit..
ai ni suka sgt2 menshopping ok..siyes ni x caya tanya my hubby
last 3 months ai shopping 3 biji henbeg (all bags harga bwh RM 70)
tapi topik today bukan la ttg handbag
tapi tentang tudung..

haaaaaaaaa...kan ke skrg ni glemer tudung yg men sarung terus tuh
xyah sibuk2 nak pin bagai cam tudung bawal tuh kan
juga bukan tudung jenis shawl panjang itu yg ni jenuh akak try...x pandai2.. sampai ada org buat buku kan ttg cmne nak pelbagaikan cr feseyn pemakaian tudung sebegini (akak x beli tp akak sempay skodeng kat MPH ..tgk dalam buku senang..tp buat sendrik x jd cantik cm buku tu buat..hampeh)


apsal dia pakai cantik ek? nampak easy je

skrg nih akak nak komplen ttg tudung jenis sarung tuh..apa namanya ek..
ala jap akak tepekkan gbr sat


cantik kan? akak suka nih

ok ok so apa yg komplennya? apa yg x puas hatinya?
siyesly bila kita jalan2 kt kedai nan berlambak jual tudung cmni kan
sumernya takat atas dada..yg cantik2 sumer tudungnya senteng
kenkadang akak rasa nk marah oengeluar tudung cmni tau
dia menyalahi akta memakai tudung sebenar..betul nih
kan ke Allah perintahkan dalam surah An-Nur..wanita wajib melabuhkan tudungkan sehingga menutup dada..so now most kedai tudung jual tudung nan cantik..sumer takat atas dada..dalam setengah jengkal sampai tengkuk..

no no no akak x marah sape2 yg pakai tudung sebegitu
itu terpulang mereka..plus akak tahu..mereka tahu yg cara pemakaian tudung ..but i will not judge them becoz of style tudung mereka..kenkdg bukan salah tudung..tp mereka singkatkan tudung berkenaan..its up to them utk mentafsir tutup aurat yg sbnr bagaimana

semalam akak pegi jalan2 kt area kedai jual tudung di Carrefour Wangsa Maju..mmg mereka ada jual tudung yg labuh menutup dada..tp failed bab kaler..sumer kaler kusam and lesu..aiyoh..apakah mereka fikir..yg bertudung labuh tutup dada itu buta dalam berfesyen sehingga nak menjual tudung yg kalernya sgt x menarik di mata..cuba la kuarkan tudung tu kaler soft pink..soft green...light hijau pucuk pisang..kaler warna2..ello cantik tau..akak nak beli

akak sgt x puas hati ok..