Wednesday, July 28, 2010

Drama

kisah ini kisah benar

tapi yg sebenar-benarnya tidaklah diketahui
almaklum dgr citer dr sebelah pihak saja kan

they're always 2 sides of a story,like 2 sides of coin

sinopsis awal kes:

wifey merajuk hati dgn si hubby kerna si hubby enggan patuh
pada permintaannya..jgn kuar bersama rakannya..hari sudah mlm
encik somi kuar juga, kerna si wifey bukannya berseorangan, wifey ditinggalkan di kalangan ahli keluarga si isteri jua
encik somi kuar x lama, cuma 30-40 minit shja
pulang dari kuar mkn..encik somi menjemput si wifey untuk pulang ke rumah
nota: wifey..muncung and masam

esok harinya
wifey menalipon abgnya..minta tolong agar cik abg menjemput dia di rumah
mahu ke kantor katanya..encik somi telah meninggalkan dia sensorang
encik abang x dpt menjemput kerana ada tugasan lain, menghantar anak jiran ke sekolah
encik abang menalipon isterinya..minta tolong jemput si adiknya a.k.a wifey itu
isteri xleh nak buat sbb isteri x pandai memandu kenderaan manual

petangnya
wifey melepak bersama adik beradik, si bongsu melaporkan pd isteri cik abang
bongsu kata encik somi telah memukul wifey..(haiyoh!!) punca wifey lambat kemaskan beg untuk pulang ke kampung encik somi. encik somi sudah lewat ke tempat kerja
marah melihat wifey buat kerja lambat, encik somi mencampakkan beg balik kampung yg besar itu ke arah wifey terkena lengan dan mendtgkan lebam (isteri cik abang sempat snap gbr lebam itu)

malamnya
encik somi masih tak kelihatan, isteri cik abang slow talk dgn wifey bertemankan si bongsu bertanyakan apa kesnya. ke mana encik somi pergi. wifey kata pagi itu (di ulang menurut citer wifey ok), encik somi marahkan dia telah melemparkan beg yg besar itu ke arahnya sehingga menyebabkan lebam muncul di lengan (sekali lagik dimaklumkan isteri cik abang telah snap gbr lebam di lengan itu). wifey kata dia telah call dan sms encik somi berkali-kali, masih tiada balasan dari encik somi. lama - kelamaan bermacam la citer kedengaran, pertengkaran (ini mmg selalu isteri cik abang nampak), kata-kata kurang manis yang encik somi lemparkan kepada si wifey (bodoh, pompuan tak guna, bengap itu adalah kata biasa..oh ye lupa pegi mampuslah..pon encik somi suka ucapkan pada si wifey). isteri cik abang bertanya lagi, pernah tak encik somi pukul wifey? wifey menggeleng katanya itu baru sekalik.

esok paginya
wifey masih di rumahnya ibunya xde berita dari encik somi. si bongsu menceritakan kepada isteri cik abang, encik somi byk kali juga memukul wifey, tapi wifey malu nak citer, termasuklah perbuatan encik somi mencampak henpon wifey semasa dia galak memukul wifey(kata wifey pada si bongsu, encik somi merampas telepon wifey kerana wifey mahu calling si bongsu utk minta tolong). masa mendengar cerita ini isteri cik abang punya tahap didih sudah meningkat ke tahap separa mendidih. kemudian isteri cik abang melaporkan ttg perbuatan encik somi pada cik abang beserta gambar lebam di lengan itu. isteri cik abang benci dengan lelaki yg memukul perempuan..isteri cik abang pesan pada cik abang, tolong bagitau pada encik somi, wifey masih ada keluarga. jgn sesuka hati membantai wifey wlaupon encik somi itu adalah ketua keluarga

petangnya
si bongsu bergaduh dengan si sulung..sbb si sulung dgr versi yg lain pula dari encik somi. encik somi meng 'sms' si sulung dengan pesanan jangan percaya apa pon kata wifey. (haiyoh adik beradik bergaduh sbb kesah rumahtangga org). isteri cik abang pesan pada si bongsu, jgn sakitkan kepala sendrik utk mslh rumahtangga org lain. stay low..diam aja. oh ye jgn citer apa2 pada si ibu..(nota: ibu masih tak ketahuan citer, tapi dia tahu wifey and encik somi berselisih faham)

keesokkannya..waktu petang
si bongsu terima sms dari encik somi, bertanyakan hukum seorang isteri kuar rumah tanpa izin somi, bertanyakan dalam rumahtangga sape lebih berkuasa somi atau isteri. si bongsu menunjukkan sms kepada isteri cik abang. isteri cik abang tergelak, bahagian itu pandai sungguh encik suami bertanya ye, bahagian sembahyang dan puasa yang sengaja ditinggalkn, mendatangkan kecedaraan ke atas isteri x pula di tanya. si bongsu menjwb sms encik somi "sila bertanya ttg hukum kepada cik abang,". si bongsu dah muak dgn mslh mereka. kemudian encik somi pon meng 'sms'kan his side of story ttg kejadian yg berlaku pd pagi kelmarin itu. masih tak menjawab persoalan mengapakah encik somi mengambil masa 3 hari untuk menjelaskan situasi, dan mengapa tak menjemput wifey untuk dibawa pulang ke kampung encik somi. (nota: citer lebih kurang sama cuma ada lainnya skit, encik somi kata dia tak tinggalkan wifey, wifey tinggalkan dia..encik somi kata dia tak pukul, dia tak sengaja terbaling beg besar itu ke arah wifey)

kesimpulan:
lantak la korang 2-2 sama je..lenkali jgn peningkan kepala org lain ttg mslh korang ok

nota kaki: sampai sekarang encik somi tak berani nak jumpa cik abang, alasan sakit tulang belikat, isteri cik abang tergelak besar mendengar alasannya..haiyoh so school days la

Friday, July 16, 2010

Duhai hati...bertabahlah..


Ingat Allah byk2 halimatun.. ingat Allah istighfar byk2..sabar sabar

itu ckp aku dalam hati..
pdhal dlm hati..bermacam kata nak dihamburkan
nak luahkan kemarahan pd siapa?
siapa yang nak dipersalahkan
bila terjadi kes sebegini?

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik Jul 15, 10 6:26pm

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen. Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:
-

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter. -
Diesel - RM1.75 seliter.
-
Gula - RM1.70 sekilogram
-
Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Berikut adalah harga baru gas: *

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
*
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
*
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat. Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

so ..
sape tak marah?
every year dialog yg sama
x membebankan rakyat
demi ekonomi negara
dulu naikkan sbb untuk manik taraf sistem pengangkutan..
ada ke..xde gakkan kan

so pada siapa aku nak marah? sabar halimatun sabar byk2

Tuesday, July 13, 2010

UPdate

phew lama giler xde cerita
ntah tatau nak citer apa
ada jugaklah beberapa citer..
cuma tatau worth itor not nak disembangkan

nak tahu gak ker?
ok2 i citer

citer 1
my office mate..more to my assistant tender his resignation..huwaaaaaaaaaaaaaaa
no..dia x gaduh ngan i ok..dia kawan baik i
plus anak dia pon jd anak angkat i ok..
ku relakan dia pergi..lgpon bisnes dia makin menjadik ai tgk..
wohoooo
bisnes t shirt, bisnes kain2, bisnes diapers budak yg boleh basuh tu
yang terbaru aku dgr dia dpt order untuk print 400 books untuk jd souvenir
so..aku melihat dia berkemampuan untuk jd lebih baik dr skrg ini, maka i galakkan dia untuk fokus habis habisan dalam bisnes ini..its gud for him and his family also..
kan kan kan..wat pe nak dengki2 sesama kawan

citer 2
tajuk - bisnes roti john
alhamdulillah dah makin ramai pelanggan gerai somi ai ini
sungguh aku suka tgk dia hepi dgn bisnes in
yup mmg penant..tp puasnya terasa
mkn hasil titik peluh sendrik kan..
x usaha..xde hasil..so kena kerja kuat
kami pon dh mohon lesen untuk tapak pasar ramadhan...
ada rezeki kamu, insya Allah adalah kami di sana bulan pose nanti (plus client2 dh tanya buka tak bulan pose nanti..hehehe bisnes bisnes)
oh ye..jika ada rezeki lebih..cdg nak buka lagi 1 cawangan kt tempat lain
location location location..

citer 3
takde citer..i dah habis idea..
huhu

p/s: tersentak jantung bila baca berita di harian metro, anak sendrik rogol anak org depan mata mak..pheww..aduhai apa nak jadi budak2 sekarang nih? mana silapnya?